Makanan Tidak Berkhasiat Yang Kita Beri Kepada Anak Tanpa Sedar
Pernah dengar orang kata, kita adalah apa yang kita makan. Setiap makanan yang masuk ke dalam mulut kita akan mempengaruhi tumbesaran, kecerdasan otak,…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Pernah dengar orang kata, kita adalah apa yang kita makan. Setiap makanan yang masuk ke dalam mulut kita akan mempengaruhi tumbesaran, kecerdasan otak, malahan emosi.
Makanan tidak berkhasiat bukan sahaja akan mempengaruhi tubuh badan kanak-kanak malahan juga orang dewasa. Istimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan senarai makanan tidak sihat yang seharusnya anda elakkan daripada dimakan setiap hari.

Sumber: Thejakartaapost
MSG
MSG atau bahan perasa adalah bahan yang dimasukkan ke dalam masakan dengan tujuan untuk menyedapkan makanan. Lagi banyak bahan MSg dimasukkan, makin sedap makanan tadi. Namun seperti yang kita sedia maklum, MSG adalah tidak baik untuk kesihatan bagi tempoh masa yang lama.
Kajian mendapati bahawa MSG adalah toksik yang akan meracun tubuh badan dan menyebabkan kesan buruk. Malah ada orang yang akan terus dilanda sakit kepala sebaik sahaja makan makanan yang mengandungi MSG.
Tahukah anda bahawa terdapat banyak nama lain untuk MSG. Di antaranya ialah:
- Monosodium Glutamate
- MSG
- Gelatin
- Calcium Caseinate
- Monosodium Glutamate
- Hydrolyzed Vegetable Protein (HVP)
- Textured Protein
- Plant Protein Extract
- Hydrolized Plant Protein (HPP)
- Hydrolyzed Protein
- Hydrolyzed Oat Flour
- Monopotassium Glutamate
- Yeast Extract
- Glutamate
- Autolyzed Plant Protein
- Yeast food or nutrient
- Glutamic Acid
- Sodium Caseinate
- Autolyzed Yeast
Oleh itu periksa label makanan sebelum membeli. Sebolehnya elakkan makanan yang tinggi kandungan MSG.
Marjerin
Ada yang menyangka bahawa merjerin dan butter adalah dua benda yang sama cuma marjerin dijual dengan harga yang lebih murah. Salah. Butter atau mentega dibuat dari susu sementara marjerin dibuat dari minyak kelapa sawit yang mengandungi minyak transfat atau minyak tak tepu yang akan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan. Di antara kesan buruk lemak tak tepu yang telah dikenal pasti ialah:
- Menyebabkan berlakunya sumbatan pada saluran darah lalu menyebabkab berlakunya sumbatan. Jika ia menyebabkan berlakunya sumbatan pada injap jantung akan menyebabkan risiko penyakit jantung meningkat.
- Lemak tak tepu juga dikaitkan dengan gangguan pada fungsi otak lalu menyebabkan berlakunya kemurungan dan penyakit nyanyuk.

Sumber: Rasa
Bijirin sarapan
Bagi ibu moden yang sentiasa sibuk terutamanya pada waktu pagi, menyediakan bijirin sarapan sebagai sarapan anak-anak adalah perkara biasa. Mudah sahaja kan, cuma sediakan susu segar dan tuang bijirin sarapan kegemaran anak-anak. Malah kita juga dimomokkan dengan iklan kononnya ianya sangat berkhasiat dan baik untuk anak-anak. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya bijirin sarapan mengandungi bahan-bahan yang boleh menjejaskan kesihatan anak anda seperti:
- Butylhydroxytoluene (BHT) yang berfungsi untuk memastikan bijirin sarapan sentiasa rangup dan tak mudah lemau.
- Perfluorooctanoic acid (PFOA) merupakan bahan yang dikaitkan dengan kanser. Tahukah anda bahawa bahan ini digunakan untuk membuat kuali non-stick dan bahan kosmetik. Ianya ada dalam makanan anak anda.
- Tributyltin (TBT) adalah salah satu bahan untuk membuat cat.
Organ dalaman
Anda suka makan organ dalaman haiwan sembelihan seperti hati, pedal, jantung, paru, limpa, dan sebagainya? Sudah pasti anda tahu bahawa sebagai orang islam, hukum memakan organ dalaman binatang adalah makruh. Ini kerana organ dalaman mengandungi bahan toksik dan bahan kimia yang boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh badan manusia. Di antara bahan yang ada dalam organ dalaman ialah seperti berikut:
- Organ dalaman kaya dengan bahan logam seperti tembaga (copper), zinc dan zat besi (iron) dalam jumlah yang banyak. Tahukah anda bahawa keperluan harian manusia ialah 0.9mg tembaga sahaja sedangkan seketul hati ayam sahaja membekalkan lebih dari 14mg tembaga. Banyak kan? Hasilnya badan akan menyerap tembaga yang berlebihan daripada keperluan harian. Itu kalau anda makan seketul ayam. Kalau anda makan sepinggan? Hati ayam yang bersaiz sederhana juga membekalkan 7mg zat besi serta 5mg zinc. Jumlah keduanya adalah sangat berlebihan untuk keperluan harian otak anda.
- Organ dalaman juga mengandungi kolesterol yang tinggi. Seketul hati ayam mengandungi 400mg kolesterol.
Nugget ayam atau daging
Namanya nugget ayam atau daging maka anda menyangka bahawa isinya ialah daging ayam atau daging lembu. Jika itu sangkaan anda, yang sebenarnya anda silap. Nugget yang dijual di pasaran hanya mengandungi sedikit isi daging dan ayam. Kebanyakannya ialah bahagian yang lain seperti kulit ayam, dan bahagian berlemak yang anda takkan hidangkan kepada keluarga. Selain itu, nugget juga mengandungi bahan-bahan berikut yang akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan:
1.Sodium Acid Pyrophosphate
2. Sodium Aluminum Phosphate
3. Monocalcium Phosphate
4. Calcium Lactate
5. Sodium Phosphates
6. Yellow Corn Flour,
7. Bleached Wheat Flour
8. Food Starch-Modified
9. Salt
10. Safflower Oil
11. Dextrose
12. Citric Acid
13. Hydrogenated Soybean Oil with TBHQ
14. Dimethylpolysiloxane
15. Autolyzed Yeast Extract mengandungi MSG.
Oleh itu, kurangkan pengambilan nugget yang dibeli di pasar raya dan jika anda ada masa boleh buat nugget homemade yang sangat mudah dan sihat.

Sumber: Romper
Itulah dia info tentang makanan tidak berkhasiat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Walau apa pun makanan yang diambil, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Nak lagi baik, kurangkan makan diproses yang dibeli di pasar raya. Pilih untuk buat sendiri atau homemade. Anda boleh dapatkan resepi di internet. Percayalah! Tak susah mana sebenarnya untuk menyediakan makanan homemade.
Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang makanan anti kanser, makanan punca kanser, dan keburukan makanan segera.