Yang sudah lama berkeluarga atau banyak anak-anak mesti sudah tahu hendak buat apa jika anak mereka demam. Cuma kan, macam mana kalau demam tidak kebah-kebah?
Mungkin ada di antara anda sudah pakar. Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata. Pasti mereka bingung, ye lah anak sulung kan, sebab itulah kena lebih berhati-hati.
Takutnya nanti diserang sawan kalau suhu terlampau tinggi. Kalau sudah diserang sekali tu, sampai tua tau sawan ini boleh menyerang lagi. Jadi, di sini ada sedikit perkongsian berguna untuk anda, yang dipetik dari laman Facebook peribadi Dr Ezairy M.Sallih.
1. Periksa suhu. Takut-takut terlalu tinggi, boleh diserang sawan.
2. Kerap basahkan badan dan kenpala. Supaya suhu badan dalam keadaan terkawal.
3. Pastikan makan minum dalam keadaan baik. Minum pun tak nak, terus muntah-muntah… bawa segera ke hospital.
4. Jangan bawa ke tempat ramai orang. Bimbang lebih ramai mendapat jangkitan.
5. Kerap basuh tangan dengan sabun dan bersih. Jangkitan virus boleh merebak secara titisan udara atau permukaan yang telah didedah dengan cairan daripada hidung dan semasa batuk.
6. Sediakan ubat demam di rumah. Jika terlalu panas, segera beri ubat.
7. Dapatkan pemeriksaan doktor jika masih tidak sembuh walau sudah diberi ubat demam.
*Jika petua 1 hingga 6 tidak berkesan, cepat-cepatlah bawa anak anda ke klinik atau hospital, kerana bimbang mungkin bukan demam biasa. Jangan lupa share!
*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.