Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Kalori Mee Goreng

Mee goreng merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran bagi kita semua. Mee goreng juga amat terkenal di beberapa negara seperti Indonesia,…

KesihatanDikemas kini 2 Oktober 2020oleh zulrina
Sepinggan mee goreng kuning dengan udang, sotong, ayam, telur, tomato dan bawang.

Ringkasan Ringkas

  • Satu hidangan mee goreng (290 gram) mengandungi 750 kalori bersama 43 gram lemak dan 107 gram karbohidrat.
  • Kalori dalam mee goreng akan meningkat sekiranya saiz hidangan bertambah.
  • Antara cara membakar 750 kalori adalah dengan berbasikal selama 1.9 jam atau berlari selama 1.2 jam.
  • Keburukan kerap memakan mee goreng termasuk obesiti, peningkatan kolestrol, tekanan darah tinggi, sakit jantung, dan kegagalan buah pinggang.
  • Cara memakan mee goreng dengan sihat adalah dengan merebus dan membasuh mee untuk membuang minyak, serta mengurangkan garam, sos, dan gunakan ayam sebagai gantian seafood.

Mee goreng merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran bagi kita semua. Mee goreng juga amat terkenal di beberapa negara seperti Indonesia, Singapura dan juga negara kita, Malaysia. Mee goreng biasanya boleh didapati di restoran, warung dan gerai mamak di rata-rata negara yang menjadikannya sebagai salah satu makanan rutin. Mee goreng diperbuat daripada rebusan mee kuning yang kemudiannya digoreng dengan udang, sotong, ayam, cili, telur, tomato dan juga bawang. Sememangnya terbukti bahawa mee goreng ini amat sedap di makan, namun pernahkah anda terfikir tentang kalori di dalam mee goreng tersebut? Jadi, jom kita ketahui tentang kandungan kalori mee goreng tersebut.

kalori mee goreng

Imej via remaja

Kalori Mee Goreng: 750

  • Lemak : 43 gram
  • Protein : 27 gram
  • Karbohidrat : 107 gram
  • Sodium : 707 miligram
  • Fiber : 7 gram
  • Gula : 11 gram
  • Potassium : 841 miligram
  • Kolestrol : 210 miligram

Penyataan di atas hanya tertakluk kepada saiz hidangan 290 gram sahaja. Sekiranya hidangan tersebut makin bertambah, maka kalorinya juga akan makin bertambah.

Cara Membakar 750 Kalori

  • Berbasikal : 1.9 jam
  • Berlari : 1.2 jam
  • Mengemas rumah : 4.6 jam

kalori mee goreng

Imej via makanlena

Keburukan Kerap Memakan Mee Goreng

  • Obesiti
  • Meningkatkan paras kolestrol dalam darah
  • Menaikkan tekanan darah
  • Kegagalan buah pinggang
  • Sakit jantung

Cara Memakan Mee Goreng Dengan Sihat

Bagi mengurangkan segala kalori yang terdapat pada mee goreng, disarankan membuang terlebih dahulu minyak pada mee tersebut dengan membasuhnya dan merebusnya terlebih dahulu. Kemudiannya, mengurangkan penggunaan garam, minyak dan gunakan ayam sebagai bahan gantian kepada udang, sotong dan daging. Penggunaan bahan perencah lain dan juga sos juga perlu diminimumkan. Jom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak.

Rujukan

  1. Mee Goreng Oh Mee Goreng.  https://www.facebook.com/Stayfit.my/posts/mee-goreng-oh-mee-goreng-1-kalori-dalam-sepinggan-mee-gorengberdasarkan-data-dar/311852498924991/
  2. Malaysia Mee Goreng.  https://www.myfitnesspal.com/food/calories/mee-goreng-561057779
  3. Kalori Mee Goreng.  https://kalorimakanan.com/kalori-mee-goreng