Kalori Maggi Goreng
Maggi goreng merupakan makanan segera yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Walaupun kebanyakkan orang menggangap ianya makanan orang bujang…

Ringkasan Ringkas
- Sepinggan maggi goreng mengandungi 312 kalori, 25g karbohidrat, 6g protein, dan 23g lemak.
- Kalori sebanyak 312 boleh dibakar melalui 104 minit bersenam, 42 minit joging, atau 78 minit membersihkan rumah.
- Pengambilan maggi goreng secara kerap berisiko mengganggu metabolisma badan, menyebabkan obesiti, tekanan darah tinggi, dan melemahkan ketahanan badan.
- Walaupun sedap dan mengenyangkan, maggi goreng tidak digalakkan dijadikan makanan rutin tetapi selamat dimakan sekala sekala.
Maggi goreng merupakan makanan segera yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Walaupun kebanyakkan orang menggangap ianya makanan orang bujang atau makanan hujung bulan,namun siapa sahaja gemar menikmatinya. Murah dan sedap adalah faktor utama ramai daripada kita gemar memakan maggi goreng. Selain itu, maggi goreng juga mudah dan cepat disediakan serta mengenyangkan. Baik disediakan sendiri atau makan di kedai mamak. Malaysia berada di kedudukan ke-13 dunia untuk jumlah mi segera terbanyak yang dimakan dalam setahun. Namun adakah maggi goreng baik untuk kesihatan dan diet tubuh badan? Jom kita lihat apakah kandungan bagi sepinggan maggi goreng.
Kandungan bagi sepinggan Maggi Goreng:

Imej via gedungresepi2u
- Kalori: 312
- Karbohidrat: 25 g
- Protein: 6 g
- Lemak: 23 g
- Lemak tepu: 3 g
Cara Membakar 312 Kalori:
- Bersenam: 104 min
- Joging: 42 min
- Membersihkan rumah: 78 min
Keburukan Maggi Goreng:

Imej via tripadvisor
- Berisiko untuk menggangu metabolisma badan jika dimakan secara kerap
- Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan obesiti
- Tekanan darah tinggi
- Melemahkan fungsi ketahanan badan
Peringatan di sini, kalori maggi goreng tidaklah terlalu membahayakan buat tubuh badan. Namun diingatkan, agar tidak menjadikannya sebagai makanan rutin. Pengambilan kalori maggi goreng perlu dikawal tetapi sekali sekala tidak ada masalah untuk dimakan. Air liur siapa tidak meleleh melihat maggi goreng bersama telur mata sedang berasap! Memang sedap sangat. Jom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng.
Rujukan:
- Maggi Goreng Mamak. https://www.inlivo.com/nutrition/asian-foods/asian-noodles/maggi—goreng-mamak
- Mi segera vs nasi, mana lebih rendah kalori? ini faktanya. https://www.rasa.my/mi-segera-vs-nasi-mana-lebih-rendah-kalori-ini-faktanya/
- Kesan makan maggi terhadap kesihatan. http://kesanmakanmaggiterhadapkesihatan.blogspot.com/2015/09/kesan-makan-maggi-terhadap-kesihatan.html