Kalori ayam berbeza-beza mengikut cara penyediaannya dan juga pada bahagian-bahagian ayam tersebut. Tiap-tiap bahagian mengandungi kalori yang berbeza. Justeru, cara menyediakan ayam itu memainkan peranan yang penting. Jika dimasak dengan cara yang betul maka akan baiklah untuk kesihatan sekaligus dapat membantu anda berdiet.

Jom lihat kalori ayam bagi kandungan nutrisi ayam 1 ketul bahagian paha.

kalori ayam

Imej via [merdeka]

  • 140 kalori
  • 14 gram protein
  •  0 gram karbohidrat
  • 9 gram lemak
  • 3 gram lemak tepu
  • 4 gram lemak tak jenuh tunggal
  •  2 gram lemak tak tepu
  •  dan 275 miligram natrium 

Kebaikan Makan Ayam Untuk Kesihatan

Tahukah anda, ayam adalah sumber protein rendah lemak yang memberikan tenaga.  Bagi tubuh badan kita, ayam juga merupakan sumber selenium, fosforus, vitamin B6, dan niasin yang sangat baik berfungsi sebagai nutrien. 

Selain itu, ayam membantu pembentukan otot. Ia juga mengandungi protein yang tinggi serta membantu memaksimalkan pembentukan otot. Malah dapat meningkatkan metabolisma tubuh badan.

kalori ayam

Imej via [espaceagro]

Cara Menyediakan Ayam Yang Baik Untuk Kesihatan

Cara anda memasak akan mempengaruhi kalori pada zat ayam. Membakar atau merebus ayam merupakan salah satu cara terbaik untuk menyediakan . Menggoreng dan penggunaan mentega atau minyak akan menambah lemak dan kalori yang banyak pada daging ayam. Penggunaan tepung pula akan meningkatkan karbohidrat. 

Ayam Membantu Untuk Diet?

Antara protein terbanyak yang terkandung dalam daging ayam, adalah di bahagian dada. Ia sangat baik untuk anda yang sedang mengamalkan diet. Hal ini kerana, protein akan membuatkan anda merasa kenyang tanpa perlu makan banyak. Sekaligus mengurangi rasa mengidam terhadap makanan lain yang tidak sihat. Namun, pastikan ia disediakan dengan cara yang sihat.

Jom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng.

Rujukan:

  1. Bahagian Pemakanan.  Bahagian Pemakanan.pdf
  2. Kalori Ayam Goreng.  https://kalorimakanan.com/kalori-ayam-goreng.
  3. Kalori Dan Pemakanan Bahagian Ayam.  https://ms.julinse.com/fakta-calorie-dan-pemakanan-untuk-bahagian-ayam-yang-berbeza/

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.