Adakah penyakit TB adalah penyakit merbahaya? Info sebenar mengenai penyakit TB paru-paru ini boleh dijadikan sebagai rujukan.

Mari kita ketahui mengenai infi sebenar tentang penyakit TB oleh Dr. Suhazeli Abdullah.

Penyakit Tb ini sukar untuk mati kecuali keadaan terlalu teruk atau didiagnos terlalu lambat sehingga pesakit sudah terlalu nazak. Ataupun pesakit mempunyai penyakit sampingan lain seperti HIV atau Kencing Manis, yang menambahkan lagi keterukan serangan kuman Tb.

penyakit tb paru-paru
Image via Facebook

Penyakit Tb boleh sembuh sepenuhnya dengan rawatan antibiotik khas Tb. Gabungan antibiotik anti-tb telah berjaya dari kajian saintifik mengubati penyakit Tb seluruh dunia.

Berikut Adalah Beberapa Fakta Yang Perlu Anda Ketahui

  • Tb adalah salah satu dari 10 punca kematian tertinggi di dunia.
  • Tahun 2017, 10 juta kes Tb dicatatkan dan 1.6 juta mati akibat Tb. Seramai 300 ribu kes dari kematian itu adalah pesakit yang juga menghidap HIV.
  • TB adalah punca utama kematian terhadap pesakit HIV.
  • Tahun 2017, dianggarkan 1 juta kanak-kanak dijangkiti Tb dan 230 ribu kes darinya mati.
  • Diagnosis awal dan rawatan segera Tb boleh menghindarkan kematian dengan anggaran 54 juta nyawa antara tahun 2000 hingga 2017.
  • Usaha gigih setiap strata masyarakat perlu bagi memastikan Tb terhapus atas mukabumi menjelang tahun 2030.
  • Rawatan alternatif atau komplimentari setakat ini tidak terbukti boleh merawat Tb. Kepercayaan dan pegangan bahawa pengubatan alternatif boleh menyembuhkan Tb menimbulkan kecelaruan dalam perawatan sebenar sehingga timbul kerentangan ubat Tb (multi-drug resistant – MDR).

*Kita tidak boleh memandang remeh terhadap penyakit TB. Jika kita rasa badan lemah tidak bemaya, batuk-batuk, cepat-cepat kita pergi berjumpa dengan doktor. Semoga info ini memberi mafaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya daripada penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.