Artikel ini merupakan kesinambungan daripada artikel mengenai tips untuk bantu atasi demam, batuk, dan selesema sebelum ini. Sekiranya anda belum membaca artikel tersebut, anda bolehlah membacanya di sini. Berikut merupakan ke-7 hingga 12.
Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
Tumbuhan ini boleh membantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus
Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.
Boleh disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam
Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Doktor anda
Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di link-link berikut: Tips 7-10, Tips 11-12.