Secara peribadi, saya sendiri memandang remeh tentang pemakaian sunblock. Saya berpendapat memakai sunblock ini merimaskan, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang agak panas. Saya juga sering menyalahkan sunblock sebagai punca munculnya jerawat di muka.
Teringat waktu dahulu, saya mula memakainya selepas emak saya sering memaksa saya memakainya. Sedikit pun saya tidak tahu kepentingannya. Sehingga kini pun, saya memakainya kerana “mak suruh”. Bukan kerana saya PATUT memakainya.
Segalanya berubah selepas saya menonton video ini. Terkejut! Baru saya Nampak betapa pentingnya sunblock. Saya yakin, persepsi anda pun turut berubah!
Video ini dihasilkan oleh Thomas Leveritt, seorang videopgrapher. Dalam video ini, dia menyuluh sinaran ultra-violet kepada muka orang ramai untuk mendedahkan kesan buruk matahari pada kulit manusia. Anda pasti terperanjat dengan keajaiban yang boleh dilakukan oleh sunblock!
Semoga bermanfaat. Wassalam :)
Kredit video: Thomas Leveritt