Menabung amalan mulia. Seawal anak-anak masih kecil sepatutnya kita didik supaya bijak menabung demi masa depan. Tambahan pula dengan kehidupan kita pada hari ini di mana serba-serbi mahal.

Kos memasuki institusi pengajian tinggi juga bukan murah harganya. Andai kita tidak menabung dari sekarang pastinya agak sukar untuk menyediakan keperluan anak-anak apabila tiba masanya nanti.

Terdapat pelbagai cara dan saluran untuk menabung duit anak. Di antara cara menabung yang paling popular di Malaysia ialah:

  • Simpanan emas
  • Insurans
  • Unit trust
  • ASB
  • Tabung haji
  • Simpanan tetap
  • Simpanan dalam akaun simpanan peribadi
  • SSPN

Tabung Haji menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk menyimpan duit anak memandangkan dividen yang ditawarkan setiap tahun adalah di antara yang paling tinggi di Malaysia. Satu lagi faktor kenapa ia menjadi pilihan utama ialah kerana pelaburan yang dilakukan oleh Tabung Haji adalah patuh syariah. Maka tiada ragu-ragu tentang kehalalan dan keberkatan dividen yang diperolehi.

Namun begitu mungkin ada ibu bapa yang beranggapan bahawa agak leceh untuk menyimpan di Tabung Haji memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa lapang untuk pergi ke Tabung Haji untuk melakukan deposit simpanan.

Hari ini kami akan bercerita tentang simpanan tabung haji dengan fokus kepada link CIMB Tabung Haji dimana anda boleh menyimpan duit anak dengan cara mudah secara online. Tak perlu lagi anda habiskan masa untuk pergi ke tabung Haji.

link cimb tabung hajiSumber: Mediamaklumat

1. Pastikan anda mempunyai akaun Tabung Haji dan CIMB Clicks

Perkara pertama yang anda perlukan untuk melakukan transaksi memindahkan duit dari CIMB ke Tabung Haji adalah dengan memastikan anda mempunyai akaun Tabung Haji dan CIMB Clicks yang masih aktif. Untuk akaun Tabung Haji, anda memerlukan nombor akaun yang sah.

Anda boleh memindahkan duit ke akaun Tabung Haji atas nama anda sendiri, nama anak, nama isteri, malah nama sesiapa sahaja asalkan anda mempunyai nombor akaun yang sah berserta nombor kad pengenalan.

Dalam masa yang sama pastikan CIMB Clicks anda masih aktif dan boleh digunakan. Jangan lupa tentang TAC Number. Pastikan nombor telefon yang didaftarkan ada bersama anda supaya urusan memindahkan duit tidak terganggu akibat masalah TAC number.

2. Login ke akaun CIMB Clicks anda

Langkah kedua ialah anda perlu login akaun CIMB Clicks anda. Untuk login, apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Anda boleh klik link berikut iaitu www.cimbclicks.com.my
  • Kemudian pilih login to CIMB Clicks
  • Masukkan user ID dan password
  • Pilih pay bills

Ingat ya! Terus pilih Pay Bills kerana di situlah letaknya arahan seterusnya untuk anda ikuti.

3. Pay bills

Dah masuk ke bahagian Pay Bills, di bahagian Biller anda boleh masukkan Lembaga Tabung Haji. Di sini anda masukkan nombor akaun yang ingin dimasukkan duit. Apa yang anda perlukan ialah nombor akaun dan nombor kad pengenalan. Pastikan anda masukkan maklumat yang betul bagi mengelakkan masalah selepas duit dipindahkan.

4. Masukkan jumlah duit yang ingin dipindahkan

Dah masukkan nombor akaun dan nombor kad pengenalan, langkah seterusnya ialah anda perlu memasukkan jumlah duit yang ingin dipindahkan. Pastikan akaun anda mempunyai baki yang mencukupi. Kalau baki dalam akaun anda tidak mencukupi, transaksi yang dilakukan tidak akan berjaya.

5. Semak maklumat yang dimasukkan

Dah masukkan nombor akaun, nombor kad pengenalan, dan jumlah wang untuk dipindahkan, pastikan anda semak semula maklumat yang dimasukkan. Semaklah dua tiga kali agar betul-betul pasti semuanya betul.

6. Tekan submit

Dah semak dan pasti semuanya betul, boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu request TAC.

7. Request TAC

Setelah pasti semua maklumat adalah betul, anda boleh tekan butang request TAC. TAC number akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan. Masukkan 6 digit yang dihantar dan tekan submit. Siap! Anda akan dicaj sebanyak 50 sen untuk setiap transaksi pemindahan duit dari CIMB ke Tabung Haji.

8. Simpan resit

Setelah TAC number dihantar dan baki dalam akaun anda mencukupi, transaksi akan diluluskan dan keluar resit dari CIMB. Simpan resit tersebut sebagai rujukan di masa hadapan. Seeloknya sediakan satu fail atau folder khas untuk menyimpan resit Tabunh Haji simpanan duit anak anda.

Anda boleh simpan screenshot di dalam folder telefon bimbit atau kalau anda jenis yangb lebih sukakan cara yang tersusun, anda boleh print dan simpan resit dalam fail fizikal.

link cimb tabung haji
Sumber: dropee

9. Set favourite

Untuk memudahkan urusan anda memindahkan duit dari akaun CIMB ke Tabung Haji pada masa hadapan, kami cadangkan supaya anda set kan nombor akaun Tabung Haji tadi sebagai favourite. Lepas ni kalau nak pindahkan duit tak perlu lagi anda bersusah-susah masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan. Malah anda tak perlu bimbang lagi kalau tersalah taip maklumat yang berkenaan. Sesungguhnya memasukkan akaun Tabung Haji sebagai favourite adalah sangat memudahkan urusan.

Untuk set favourite akaun Tabung Haji, caranya adalah sangat mudah. Anda Cuma perlu:

  • Pergi ke ‘My Accounts’
  • Kemudian klik ‘My Favourite’
  • Kemudian pilih ‘Biller’.
  • Pilih akaun Tabung Haji seperti tadi.
  • Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan.

10. Log out

Dah selesai semuanya jangan lupa untuk logut akaun CIMB Clicks anda untuk keselamatan.

Itu sahaja langkah yang perlu anda lakukan untuk memindahkan wang dari akaun CIMB ke Tabung Haji. Mudah sangat kan? Zaman moden semuanya di hujung jari. Untuk makluman anda, urusan pemindahan wang dari akaun CIMB ke Tabung Haji biasanya akan mengambil masa selama satu hingga tiga hari bekerja. Seeloknya tunggu selepas tiga hari untuk memeriksa sama ada duit yang dipindahkan sudah masuk ke akaun Tabung Haji atau tidak.

Itulah dia info tentang link CIMB Tabung Haji yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang amalan menjemput rezeki cara buka akaun tabung haji anak kadar mas kahwin

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.