Stroller adalah keperluan bagi anda yang mempunyai anak kecil bagi memudahkan perjalanan. Sekiranya anda berhasrat untuk melancong atau bercuti, stroller amat penting dibawa bersama.

Terdapat pelbagai jenis stroller mengikut jenis reka bentuk, ruang dan harga yang berbeza. Sukar untuk mencari stroller yang sesuai, jom lihat antara 12 stroller travel terbaik Malaysia boleh anda pilih.

1. MyTools Easy Fold Lightweight Baby Stroller

stroller travel terbaik Malaysia

Stroller dengan berat 3.6 kg ini sesuai untuk bayi baru lahir sehinggalah bayi berusia 3 tahun. Reka bentuknya yang bergaya, menjadikan stroller ini menjadi pilihan ibu bapa untuk dibawa semasa dalam perjalanan mereka.

Seperti stoller yang lain, ia juga dilengkapi dengan kanopi, sandaran tangan dan kepala untuk keselesaan si kecil menikmati pemandangan.

2. Sweet Heart Paris ST250 Compact Size Stroller

stroller travel terbaik Malaysia

Stroller bersaiz padat ini senang dibawa ke mana sahaja, terutamanya bagi ibu bapa yang ingin melancong ke luar negara.

Dilengkapi dengan 8 buah roda bersaiz 5 inci, bakul simpanan, tali pinggang keselamatan dan tempat duduk boleh disesuaikan untuk keselesaan anak anda ketika berada di dalam kereta dorong ini.

3. Louis Ultra Lightweight Foldable Portable Magic Stroller

stroller terbaik

Stroller terbaik ini mudah digunakan dan sangat ringan untuk dibawa dalam perjalan jarak jauh seperti melancong ke luar negara atau dalam negara.

Bagi ibu bapa yang tidak suka menggunakan stroller besar, anda boleh mendapatkan stroller ini dengan harga yang berpatutan. Stroller ini dapat disesuaikan mengikut keselesaan si kecil dan dilengkapi dengan dua arah untuk menghadap ke hadapan atau ke arah ibu bapa.

Tayarnya diperbuat daripada bahan getah sintetik untuk memastikan keselamatan si kecil semasa berada di jalan yang licin.

4. AMGO Luxurious High View Lightweight Baby Stroller

stroller terbaik

Stroller bersifat mewah ini menjadi pilihan ramai ibu-ibu bekerjaya. Bahannya diperbuat daripada krom berkualiti tinggi dan tidak mudah berkarat. Ia juga dilengkapi dengan kain lycra dan dapat melindungi si kecil daripada terkena sinaran UV.

Kerusinya pula boleh disesuaikan dengan 3 level iaitu duduk, separuh berbaring dan berbaring untuk memberi keselesaan kepada si kecil sambil menikmati susu.

5. Maclaren Major Buggy Special Need Stroller

stroller terbaik

Bagi kanak-kanak yang kurang upaya, stroller yang digunakan adalah sedikit berbeza dan istimewa berbanding dengan stroller konvensional. Walaupun terdapat beberapa perbezaan, stroller travel terbaik Malaysia ini masih dalam kategori lightweight yang memudahkan ibu bapa membawanya ketika dalam perjalanan.

Ia dilengkapi dengan sandaran kaki untuk keselesaan si kecil meletakkan kakinya tanpa merasa kebas atau lenguh.

6. Baby Jogger City Tour 2

 stroller travel terbaik Malaysia

Stroller ringan dari Baby Jogger ini sangat sesuai untuk anda gunakan selama 5 tahun. Ia mempunyai berat 6.4 kilogram dan boleh dilipat menggunakan sebelah tangan sahaja.

Stroller travel terbaik Malaysia ini juga dilengkapi dengan beg galas untuk memudahkan dibawa semasa dalam perjalanan dan juga menjimatkan ruang simpanan. Stroller ini dilengkapi dengan pelindung matahari agar si kecil tidak terkena sinaran UV.

7. Louis Le Petit Lightweight One Hand Stroller

stroller travel terbaik Malaysia

Stroller travel terbaik Malaysia ini mudah digunakan dan sangat ringan untuk dibawa menempuhi perjalanan jarak jauh bersama bayi anda.

Bagi ibu bapa yang tidak suka menggunakan stroller besar, anda boleh membeli stroller ini dengan harga yang berpatutan.

Ia juga dapat disesuaikan mengikut keselesaan si kecil dan dilengkapi dengan dua arah bagi menghadap ke hadapan atau ke arah ibu bapa.

8. Little One Compatto Lightweight One Hand Cabin Stroller

stroller travel terbaik Malaysia

Harganya boleh dikatakan agak murah tetapi berkualiti tinggi setanding dengan jenama yang mahal. Stroller ini sangat sesuai dibawa ke kabin kapal terbang dan boleh dilipat sehingga kelihatan seperti bagasi.

Stroller ini dilengkapi dengan sistem penyerap kejutan bagi menjaga keselamatan si kecil. Anda tidak perlu risau sekiranya makanan tumpah di stroller ini kerana ianya mudah ditanggalkan, dibersihkan atau dicuci.

9. MK Stylish Lightweight Baby Stroller

stroller travel terbaik Malaysia

Kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas pasti berat badannya akan meningkat. Sudah tentu anda dan pasangan anda tidak mampu untuk mendukungnya lagi. Apa kata sekiranya anda menggunakan stroller dari MK? 

Stroller ini dapat menampung berat maksimum anak anda sehingga 25 kilogram. Sekiranya anak anda bosan duduk, kerusi stroller ini juga boleh ditarik dan memberikan keselesaan berganda kepada si kecil anda.

10. Realeos Lightweight Baby Kids Magic Tricycle Stroller

stroller travel terbaik Malaysia

Walaupun berbentuk seperti basikal, stroller travel terbaik Malaysia dari Realeos ini sangat praktikal untuk dibawa bersama ketika anda keluar bersama dengan anak kecil. Tidak seperti stroller konvensional biasa, ia sangat mudah dilipat.

Dilengkapi dengan pemegang seperti kayu monopod, anda boleh mengawal arah stroller ini seperti berbasikal. Si kecil juga akan dapat melihat pemandangan tanpa sebarang halangan.

11. Chicago Bravo Primo Trio Travel Stroller

stroller travel terbaik Malaysia

Stroller ini dilengkapi dengan bakul kanak-kanak lipat, kusyen tempat duduk terbalik berkontur dan kanopi bertaraf UPF yang besar dengan pelindung yang boleh dibuka dan ditutup.

Stroller ini berfungsi memberi keselesaan maksimum, mempunyai tempat duduk berbaring pelbagai tempat dan tayar getah berisi busa besar seperti sebuah kereta sport. Ia sangat selesa digunakan.

12. Thule Urban Glide 2 Stroller

stroller travel terbaik Malaysia

Stroller travel terbaik Malaysia ini adalah salah satu stroller yang paling mudah untuk dibuka dan dipasang. Ia sesuai digunakan untuk membawa bayi bersiar-siar dengan mood berjogging.

Roda depannya dapat dikunci dalam posisi lurus untuk jangka masa yang panjang dan tayarnya yang diisi udara boleh diisi semula udaranya dengan menggunakan pam tayar basikal jenis apa sahaja.

Berikut adalah 12 stroller travel terbaik Malaysia yang menarik untuk digunakan. Jom baca juga seterika terbaik, Microwave oven terbaik Malaysia, termometer terbaik dan mekap remover drugstore terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.