Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya akan dijaga dengan rapi. Salah satu perkara yang paling disayangi dan dijaga oleh wanita ialah payudara. Ia merupakan aset utama yang paling penting untuk menambat hati suami tercinta. Namun semakin kita berumur, payudara akan semakin kurang tegang lebih-lebih lagi selepas bersalin dan menyusukan anak.

Pastinya anda tercari-cari apakah petua dan cara tegangkan payudara yang berkesan dengan cepat. Terutamanya jika anda baru lepas bersalin dan merancang untuk menyusukan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Tanggung jawab menyusukan anak mesti dilakukan, namun dalam masa yang sama kecantikan penting juga. Jangan sesekali diabaikan.

tegangkan payudara
Sumber: Bendonlongerie

Kenapa payudara menjadi kendur selepas kita bersalin? Untuk pengetauan anda, payudara kebanyakan wanita menjadi kendur selepas bersalin kerana sepanjang tempoh kehamilan ligamen Cooper iaitu ligamen yang menghubungkan antara dada dan otot payudara akan menegang. Keadaan ligamen yang menegang akan menyebabkan ia menjadi lemah lalu menyebabkan payudara menjadi besar dan layu ke bawah.

Ini adalah satu proses yang normal di mana tubuh badan anda sedang bersedia untuk menyusukan bayi yang bakal lahir. Tahap pengenduran payudara yang berlaku adalah bergantung kepada:

  • Umur. Semakin berumur, semakin kendur payudara.
  • Genetik. Jika anda mempunyai payudara yang besar, ia akan lebih mudah kendur berbanding payudara yang kecil.
  • Gaya hidup kita. Begitu juga dengan gaya hidup. Kalau kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat, payudara kita akan menjadi semakin kendur.
  • Penambahan berat badan yang berlebihan semasa mengandung juga akan menyebabkan payudara kita mengendur.

Apakah petua tegangkan payudara yang boleh anda amalkan?

Memilih nursing bra yang betul

Petua yang pertama cara tegangkan payudara yang paling berkesan. Pilih nursing bra yang betul dan tepat dengan saiz anda. Pemakaian nursing bra yang terlalu besar atau terlalu kecil akan menyebabkan ia tidak dapat menampung payudara anda dengan baik lalu menyebabkan payudara menjadi kendur.

Pastikan anda memakai nursing bra setiap masa kecuali semasa tidur

Tarikah graviti adalah di antara punca payudara menjadi kendur. Oleh itu pastikan anda memakai nursing bra setiap masa kecuali semasa tidur agar payudara anda sentiasa ditampung dengan baik untuk melawan tarikan graviti yang menjadi punca payudara kendur.

Kurangkan berat badan

Percayakah anda bahawa mengurangkan berat badan boleh mengatasi masalah payudara kendur. Ini kerana wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mempunyai payudara yang besar dan kendur. Apabila anda mengurangkan berat badan, payudara anda juga akan mengecil dan menjadi padat lalu kurang kendur.

Macam mana nak turunkan berat badan? Amalkan gaya hidup sihat dengan cara menjada pemakanan dan rajinkan diri untuk bersenam. Selepas bersalin elakkan daripada senaman yang agresif. Lakukan senaman ringan terlebih dahulu sehingga luka bersalin dan badan anda betul-betul sembuh.

Urutan menegangkan payudara

Tahukah anda bahawa terdapat sejenis urutan khas untuk mengangkan payudara? Ianya adalah urutan sendiri yang telah diamalkan sejak dulu lagi dan terbukti sangat berkesan untuk menegangkan semula payudara yang kendur. Anda boleh membuat carian di Google tentang teknik urutan untuk menegangkan payudara. Tak susah! Pasti anda boleh lakukannya setiap hari.

Urutan tradisional melayu

Selain urutan sendiri yang boleh anda lakukan di rumah, anda juga boleh berurut dengan bidan yang pandai untuk menegangkan payudara. Urutan tradisional melayu sememangnya terbukti berkesan untuk menegangkan payudara yang kendur. Selain urutan untuk menegangkan payudara, anda juga boleh mengamalkan urutan tradisional untuk:

  • Sengkak perut iaitu membetulkan kembali kedudukan rahim selepas bersalin
  • Urutan seluruh badan untuk menyegarkan semula badan dan menghilangkan sakit badan yang biasa dialami oleh ibu baru bersalin.
  • Urutan untuk merapatkan semula kawasan intim yang terjejas semasa proses melahirkan anak namun urutan ini biasanya dilakukan selepas anda habis berpantang.

Mandian air sejuk dan air panas secara berselang-seli

Satu lagi petua untuk menegangkan payudara yang anda boleh amalkan ialah dengan mengamalkan mandian air sejuk dan air panas secara berselang-seli. Semasa mandi, mandi dengan air panas dan air sejuk secara berselang-seli sambil mengurut lembut payudara anda.

Senaman khas untuk menegangkan payudara

Terdapat beberapa jenis senaman yang membantu menguatkan otot dada dan menegangkan semula payudara yang kendur. Di antara senaman yang boleh anda lakukan ialah:

1. Dumbbell pull-over

Anda boleh lakukan senaman dumbbel pull-over dengan cara berikut:

  • Baring di atas kerusi panjang dengan kaki di lantai.
  • Kemudian, angkat dua dumbbell melepasi kepala anda berulang kali.
  • Ulang sebanyak 20 kali setiap sesi.

2. Senaman tekan-tubi atau push up

Anda juga boleh melakukan senaman tekan-tubi, atau push-up. Jika anda tidak mampu melakukan tekan-tubi yang penuh, anda boleh buat secara separuh dengan meletakkan lutut di atas lantai. Ia adalah senaman tekan tubi yang lebih mudah untuk anda lakukan.

3. Chest press

Senaman terakhir yang boleh anda lakukan untuk menegangkan payudara yang kendur ialah dengan melakukan senaman chess press. Caranya sangat mudah. Anda cuma perlu:

  • Angkat dumbbell ke arah dada.
  • Kemudian letakkan semula dumbbell ke bawah.
  • Ulang sekurang-kurangnya 20 kali untuk setiap sesi.

Itulah dia petua dan cara tegangkan payudara yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua kempiskan perut dengan aur detox pink, kelebihan minyak argan, dan kebaikan aloe vera.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.