Alamak! Kenapa peti ais tak sejuk pula? Habis rosak semua barang-barang dalam ni

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti di atas. Dah cuba on dan off suis beberapa kali, namun peti sejuk masih juga tak sejuk. Apakah puncanya? Apa yang perlu dibuat?

Peti sejuk menjadi barangan keperluan dan bukannya kehendak lagi pada masa sekarang. Segala jenis barangan basah seperti ayam, makanan laut, daging, sayur dan sebagainya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Tujuannya untuk mengekalkan kesegaran dan tahan lebih lama.

Jika masih berkesempatan, anda boleh terus menghantarnya ke kedai membaiki barangan elektrik. Namun, yang menjadi masalah apabila peti sejuk rosak tengah-tengah malam pula. Mana nak cari kedai elektrik kan?

peti sejuk
Imej Via Bidadari

Jadi, apa kata anda cuba sendiri DIY peti ais yang tak sejuk. Selain menjimatkan masa,  barangan di dalam peti sejuk anda juga selamat. Yang paling penting, tak perlu bayar upah membaiki peti sejuk. Bukan calang-calang kosnya nanti.

Sebelum baca DIY peti ais tak sejuk yang anda boleh cuba, cuba fahamkan dulu sebab-sebab ianya berlaku.

Sebab-Sebab Peti Ais Tak Sejuk

Antara sebab masalah ini berlaku kerana:

  • Bingkai getah pintu telah rosak dan tertanggal menyebabkan pintu tak dapat tutup dengan betul.
  • Masalah pada pcb board (computer board). Jika sudah terbakar, ia tidak boleh dibaiki. Anda perlu beli yang baru.
  • Motor compressor terus berjalan walaupun mencapai suhu yang dilaraskan. Ini menyebabkan suhu sejuk keluar dari pintu yang getahnya rosak dan motor compressor tidak berhenti. Lama-kelamaan ia akan rosak.
  • Kehabisan gas.

Tips Penting Sebelum DIY Peti Ais Tak Sejuk

  • Tutup suis peti sejuk sebelum memulakan proses DIY anda.
  • Kalau bingkai getah pintu telah rosak, gantikan dengan yang baru. Anda boleh membelinya di kedai membaiki barangan elektrik dan pembekal.
  • Pastikan anda beli alat ganti yang berkualiti tinggi, original dan bergred A supaya masalah tidak berulang lagi.

DIY Peti Ais Tak Sejuk

Dibawah ini dikongsikan cara-cara DIY peti ais tak sejuk yang anda boleh cuba. Ikuti langkah-langkah berikut, iaitu:

Pertama sekali, tutupkan suis peti sejuk. Buka bahagian cover cooling coil (di bahagian dinding freezer). Buka dinding (cover) dengan berhati-hati dan cabut soket yang bersambung.

Anda mungkin akan dapati wujudnya ketulan ais di belakang cooling coil. Ketulan ais inilah yang menutup laluan udara ke atas dan bawah (chiller). Ada 2 cara untuk mencairkan ketulan ais itu.

Pertamanya, gunakan pengering rambut atau biarkan peti sejuk anda ditutup selama 3 hingga 4 hari. Setelah semuanya mencair, bersihkan dulu takungan air tersebut. Kemudian, pasang semula soket dan cover dengan betul.

peti sejuk
Imej Via Bidadari

Anda juga perlu memeriksa takungan air di atas compressor (belakang peti ais). Kalau ada, bersihkan sekali. In shaa Allah, peti ais anda akan berfungsi seperti biasa.

Cara ini hanya untuk masalah peti ais kurang sejuk. Kalau tidak sejuk langsung, anda tetap boleh mencuba. Jika tidak berjaya, mungkin ada masalah lain yang perlu diteliti.

Jika masih bermasalah? Cara lain yang boleh dicuba, selepas bahagian cover tadi dibuka anda akan ternampak tiub berwarna merah jambu. Itu ialah sensor. Potong cable tie yang diikat dan keluarkan sensor tersebut.

Gantikan sensor tadi dengan yang baru. Sambungkan wayar yang dipotong tadi kepada sensor yang baru. Kemaskan wayar guna heat shrink tube (warna hijau) atau pelekat hitam.

Letakkan sensor baru tadi pada kedudukan asal. Pastikan bahagian metal sensor dihalakan ke bahagian bawah. Dengan menggunakan cable tie, ikat sensor dengan kemas supaya ia tidak terjatuh dan bergerak-gerak.

Jika masalah masih berterusan, kemungkinan compressor rosak, kehabisan gas dan sebagainya.

Cara Jaga Peti Ais

Untuk mengelakkan kerosakan pada masa akan datang, anda perlu menjaga peti ais dengan baik. Kesilapan dan kecuaian yang sedikit mungkin akan menyebabkan anda sakit kepala nanti. Antara tips supaya peti sejuk anda bertahan lama ialah:

  • Elakkan meletak makanan yang atau minuman yang panas

Apabila anda menyejukkan dahulu makanan dan minuman sebelum disimpan, ia akan mengelakkan pembentukan bekuan.

  • Jangan biarkan pintu peti ais terbuka begitu lama

Apabila pintu peti ais dibiarkan ternganga dengan lama, udara sejuk akan keluar. Ini akan menyebabkan compressor bekerja dengan lebih kuat. Malahan, bil elektrik anda juga akan melambung!

  • Pastikan peti ais tidak penuh dengan barang-barang

Apabila terlalu banyak muatan di dalam ruang peti sejuk yang terhad, ia akan mengehadkan ruang udara. Malahan, udara sejuk juga akan dihalang untuk tersebar ke seluruh ruang peti sejuk.

peti sejuk
Imej Via Bidadari
  • Membersihkan kotoran

Jika anda meletakkan makanan mentah di bahagian sejuk beku, bersihkan air yang mengalir. Air, darah haiwan dan kotoran akan menyumbat dan mengeraskan bingkai getah di bahagian pintu. Kesannya, pintu akan rosak.

  • Biarkan ais defrost

Jangan sesekali mencungkil atau mengumpil ais yang membeku dengan tebal di bahagian freezer. Ia akan menyebabkan kebocoran dan kerosakan dinding di bahagian tersebut. Anda boleh defrost sahaja ais yang menebal.

  • Kedudukan peti sejuk

Jangan merapatkan peti sejuk ke dinding rumah. Pastikan ada ruang di bahagian kiri dan kanan supaya haba dapat dilepaskan dengan baik. Malah, jauhkan juga peti sejuk dengan punca api seperti dapur dan panas matahari.

  • Gunakan 1 suis sahaja

Peti sejuk menggunakan arus elektrik yang tinggi. Oleh itu, pastikan soket tidak berkongsi dengan peralatan elektrik yang lain. Ini akan menyebabkan arus elektrik berlebihan dan bekalan elektrik akan mudah terputus.

Setakat ini sahaja perkongsian penulis tentang DIY peti ais tak sejuk yang anda semua boleh cuba. Kadangkala, masalah peti ais anda itu kecil sahaja. Jadi, anda dapat menjimatkan kos daripada membayar upah yang mahal.

Jika anda pandangan atau tips yang lain, boleh juga kongsikan dengan kami.

Jangan lupa baca tentang tips servis aircond rumah dan cara cuci mesin basuh.

Rujukan

  • Youtube (link)
  • Peti Sejuk Kurang Sejuk Boleh Baikinya Sendiri (Link)
  • Facebook (link)
  • Facebook (link)
  • 7 Cara Jaga Peti Ais Supaya Tidak Mudah Rosak (link)

Penulis: Zuraidah Muhidden

Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.