Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Tabung Raya Adik-beradik Yang Awesome. Anda Taknak Cuba?

Sedar tak sedar, tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma. Selepas Ramadhan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Bila sebut sahaja hari raya pastinya…

KeluargaDikemas kini 11 Jun 2019oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
Gambar duit dikumpul di dalam beg diletakkan sangkut di dapur untuk tabung raya adik-beradik.

Ringkasan Ringkas

  • Mengumpul duit tabung Raya awal-awal (RM200 seorang) agar tidak terhabis beli baju raya
  • Konsep tabung tanpa bendahari membenarkan sesiapa belanja barang dapur ambil duit terus tanpa resit
  • Membentuk AJK adik-beradik untuk bahagikan tugas harian seperti masak, basuh, dan susun kuih raya
  • Bincang menu Raya awal dan tetapkan ketua chef serta pembantu untuk setiap menu
  • Anak-anak muda dan remaja dilibatkan dalam tanggungjawab kerja-kerja raya bersama rujukan senarai AJK
  • Lebihan duit tabung digunakan upah orang cuci rumah dan diberi kepada ibu bapa untuk bayar utiliti

Sedar tak sedar, tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma. Selepas Ramadhan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Bila sebut sahaja hari raya pastinya terbayang betapa banyak duit belanja yang diperlukan. Baju raya, kuih raya, duit raya, duit minyak, duit tol, dan sebagainya. Namun kita sering terlupa tentang satu perkara iaitu duit belanja dapur di rumah ibu bapa anda.

Bila tiba hari raya pastinya anda adik-beradik akan balik ke kampung beramai-ramai untuk berhari raya bersama. Kalau dah ramai pastinya ibu anda terpaksa menyediakan makanan yang banyak. Maksudnya ibu bapa anda peru sediakan duit yang banyak. Pernah tak anda terfikir untuk buat tabung adik-beradik di mana anda sediakan duit untuk hari raya. Ibu bapa anda tak perlu keluarkan satu sen pun.

Menarik kan? Jom kita baca perkongsian Puan Musleha Mohd Tahrir yang mendapat ribuan perkongsian di Facebook ini. Walaupun perkongsian lepas, kami percaya ianya boleh diaplikasi pada raya tahun ini.

tabung hari raya

Sumber: Harianmetro

Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang rm200 yg kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.

Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dgn Mak Bapak di Pagoh pada tahun yg sama. Jadi semua org boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.

Hasil kutipan #tabungraya sebanyak rm1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yg kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.

Bukan #tabungraya sahaja yg diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kg. Semua org terlibat dari yg kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yg baby lah kan… hihi…

tabung hari raya

Sumber: Widgetsaver

Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yg terror masak ni. Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yg perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.

Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.

Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh…Ini menu wajib yg tak pernah lagi diderhakai…(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam… keke…

Raya kedua : nasi ayam

Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe

Raya keempat : nasi putih, tomyam, ayam masak kicap, telur dadar.

tabung hari raya

Sumber: Selangorkini

Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.

Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing-masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu. Dan masa rosak tu, masa saya yg sedang guna. Huhu…sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yg pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.

Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.

Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu². Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka. Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yg tukang baca senarai AJK tu.

tabung hari raya

Sumber: Tambahcheese

Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.

Malam raya kami buat tahlil yg diketuai oleh Bapak. Siap ada yg jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.

Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Raya2017kgsaribarupagoh

Kakak saya kata saya jadi ketua disiplin.