Tips Kehamilan : Sakit Perut Semasa Hamil?
Apabila kami lihat di carian Google, kami dapati ramai juga yang mencari tentang maklumat ini. Iaitu kesan dan sebab sakit perut semasa hamil. Jadi kami…

Ringkasan Ringkas
- Ketidakselesaan perut sekali-sekala adalah biasa semasa hamil, tetapi sakit yang teruk atau berterusan perlukan perhatian doktor
- Sakit perut bersama pendarahan, demam, loya, atau kekejangan yang berpanjangan memerlukan rawatan segera
- Kehamilan ectopic berlaku apabila telur disenyawakan di luar rahim dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat
- Keguguran adalah kehilangan kehamilan sebelum 20 minggu, biasanya bermula dengan pendarahan diikuti sakit perut
- Kelahiran pra-matang berlaku sebelum usia 37 minggu kehamilan dengan tanda seperti kontraksi, pendarahan, dan tekanan pelvik
Apabila kami lihat di carian Google, kami dapati ramai juga yang mencari tentang maklumat ini. Iaitu kesan dan sebab sakit perut semasa hamil. Jadi kami membuat keputusan untuk menulis mengenainya. Semoga artikel ini membantu.
Adakah ia normal untuk sakit perut semasa mengandung?
Ketidakselesaan abdomen atau perut sekali-sekala adalah perkara biasa apabila berlakunya kehamilan. Tetapi awas sebaliknya. Pada peringkat awal ia mungkin nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menjadi tanda untuk masalah yang serius. Peringatan, perlu diketahui sakit perut yang teruk atau berterusan sama sekali tidak boleh diabaikan.
Di bawah ini kami kongsikan sebab kebiasaan sakit perut dan rasa tidak selesa semasa mengandung, tetapi jangan cuba untuk mendiagnosis sendiri. Lebih baik anda terus berjumpa dengan doktor untuk jawapan yang lebih tepat.
Terutamanya jika anda mengalami sakit perut atau kekejangan bersama-sama dengan pendarahan, pendarahan kecil, demam, menggigil, keputihan, rasa hendak pitam, rasa tidak selesa semasa membuang air kecil, atau loya dan muntah-muntah, atau kesakitan yang tidak reda selepas beberapa minit berehat.
Apakah masalah-masalah yang serius boleh menyebabkan sakit perut semasa mengandung?
Kehamilan ‘Ectopic’
Kehamilan ini berlaku apabila telur disenyawakan di luar rahim, biasanya di dalam salah satu tiub fallopio. Ia boleh menyebabkan beberapa kekejangan pada badan ibu dan lain-lain gejala di awal kehamilan.
Jika tidak dirawat, kehamilan ‘ectopic’ boleh mengancam nyawa. Hubungi doktor anda anda dengan segera jika anda mempunyai mana-mana gejala berikut.
- sakit pada abdomen atau pelvis
- mengesan atau berlakunya pendarahan (boleh menjadi merah atau coklat, banyak atau sedikit, berterusan atau sekejap-sekejap)
- sakit faraj yang menjadi lebih teruk semasa aktiviti fizikal atau semasa bergeraknya usus anda atau batuk, atau sakit di bahu
- jika terdapatnya pendarahan yang banyak atau mempunyai tanda-tanda kejutan (seperti nadi berdetik laju, pening, pengsan, atau pucat, kulit lekat), sila hubungi kecemasan dengan segera
Keguguran
Keguguran adalah kehilangan kehamilan dalam pertama 20 minggu. Ianya perkara paling ditakuti oleh setiap bakal ibu. Terdapatnya pendarahan adalah gejala pertama untuk keguguran. Kemudiannya diikuti oleh sakit perut beberapa jam untuk beberapa hari kemudian.
Pendarahan boleh menjadi sedikit atau banyak. Kesakitan mungkin terasa secara kejap atau berterusan, ringan atau tajam, dan mungkin ibu merasakan lebih kepada seperti sakit belakang atau tekanan pelvik.
‘Labour’ pra-matang
Ibu berada di keadaan ‘Labour’ pramatang atau kelahiran pra-matang jika sang ibu mula mempunyai pengecutan atau pengembangan serviks sebelum usia 37 minggu kehamilan.
Hubungi doktor segera jika mempunyai mana-mana gejala berikut dalam trimester kedua atau ketiga (sebelum 37 minggu):
- Peningkatan dalam vagina atau perubahan dalam jenis buangan (jika ia menjadi berair, seperti lendir, atau berdarah - walaupun ia hanya merah jambu atau diwarnai dengan darah)
- Pendarahan pada faraj
- Sakit perut, ala-ala senggugut, atau lebih daripada empat kontraksi dalam satu jam (walaupun ianya tidak menyakiti)
- Peningkatan tekanan di kawasan pelvik
- Sakit belakang yang rendah, terutamanya jika anda tidak pernah mempunyai sakit belakang
Semoga tips ini membantu untuk bakal ibu dan ayah :-)