Saya pernah menerima satu soalan dari pembaca. Ya Allah seronok rasanya, sebab sebenarnya beliau adalah ‘adik angkat’ saya di sekolah dulu yang dah lama lost-contact. Kali terakhir kami berjumpa ialah ketika saya pulang dari US, kami lunch sama-sama.

sakit hati

scarymommy.com

Dipendekkan cerita, adik angkat saya mengadu tentang masalah yang beliau hadapi. Beliau menjaga ibu mertuanya yang sakit. Mula-mula ok, beliau tidak berkira untuk membantu. Dijaganya ibu itu seperti ibunya sendiri.

Tapi makin lama semakin adik beradik yang lain buat ‘donno’ dan semua ‘lepas tangan’ sehinggalah hanya beliau seorang saja yang menjaga ibu mertua tersebut. Boleh anda bayangkan perasaannya?

Dengan izinnya, saya mohon untuk kongsikan di sini. Sebab saya percaya sebenarnya bukan beliau seorang yang berhadapan dengan situasi macam ni.

Berhadapan dengan orang yang lepas tangan. Tidak memikul tanggungjawab.

Bila saya baca mesej adik angkat ni, saya teringat pada seseorang yang saya kenali secara tak sengaja tahun lalu. Sebenarnya saya hampir lupa tentang kisah ini. Entah kenapa, tiba-tiba wajah seorang adik muncul semula di ingatan.

Waktu itu saya kerap ke Perpustakaan Awam Bangi untuk buat kerja. Adakalanya marking, sebab kalau marking di office ada saja orang yang mengetuk pintu. Saya takut nanti markah yang saya bagi tak fair antara student, so saya perlu fokus.

Maka Perpustakaan Awam Bangi selalu menjadi ‘port’ saya. Saya pilih tingkat atas, sebab view mengadap tasik boleh mengurangkan stress marking.

Beberapa kali saya ke sana, saya perasan ada seorang adik ni. Selalu ada. Duduk sorang-sorang dengan buku-buku SPM yang tersusun di hadapannya. Memang biasanya agak ramai juga orang yang menggunakan tingkat atas ni, tapi saya memang cam beliau.

Sebab orang lain sibuk buat kerja sambil bergurau. Ada yang duduk berdua lelaki-perempuan. Ada yang bersembang lebih.

Tapi adik yang seorang ni lain. Memang tekun habis. Kalau anda nak tahu macamana tekunnya dia, bayangkan orang tengah ambil SPM dalam dewan periksa. Ha macam tu lah dia.

Saya tidak nampak walau satu minit pun dibazirkan dengan berangan-angan atau bergurau. ‘Fuh dasyat. Rajin betul adik ni, untung mak ayahnya’ saya memuji-muji di dalam hati.

Satu hari saya duduk di hadapannya. Kebetulan waktu itu tiada meja lain yang kosong. Adik itu hanya tersenyum bila saya menegurnya. Tengah-tengah saya kusyuk marking, tiba-tiba dia bertanya “kak, nak pinjam kalkulator kejap boleh? saya tertinggal kalkulator di rumah”

Saya ambil kalkulator dan terus pass kat dia “Gunalah, akak pun tak guna sekarang”. Itulah permulaan perbualan kami.

Petang itu bila saya nak keluar dari perpustakaan, saya ternampak dia sedang duduk seorang diri di tangga di luar perpustakaan. Entah kenapa, tiba-tiba saya terdetik untuk duduk di sebelahnya.

Hobi saya memang suka berkenalan dan mengorek rahsia bila jumpa orang yang luar biasa. Sebab saya percaya, ada sesuatu yang saya boleh pelajari.

“Tunggu parents ke dik?” Saya duduk sambil offer adik tu gula-gula. Beliau tersenyum dan ambil gula-gula tu satu. “A ah tunggu mak ambil”

“Akak, thank you tadi bagi pinjam kalkulator” Dalam hati saya puji lagi adik ni. Pandai dia berbudi bahasa. Siapalah mak ayahnya.

“Mmm..takpe. Akak pun tak guna” Saya lihat dia tersenyum sambil menikmati gula-gula yang saya bagi. Sedap agaknya.

Kami berborak seketika. Saya tanya dia duduk mana, sekolah di mana. Dia bercerita macam dah lama kenal saya. Siap minta gula-gula lagi. Katanya memang itu gula-gula kegemarannya.

“Dik, boleh tak akak nak tahu kenapa adik rajin betul belajar?” Entah kenapa ringan saja mulut saya bertanya. Mungkin sebab adik tu pun dah mesra berborak dengan saya.

Tiba-tiba saya tengok adik tu berhenti menguyah gula-gula dalam mulutnya. ‘Alamak, aku salah tanya ke?’ Saya dah risau semacam dalam hati.

Baru saja nak say sorry, saya tengok dia mula tersenyum. Fuh lega.

“Sebab saya kasihan tengok mama” jawabnya sepatah.

Saya diam, hoping dia akan sambung cerita. Ikutkan hati nak je tanya, ‘kenapa, mama adik tak sihat ke?’ tapi takut pula salah tanya.

Seketika suasana sunyi. Orang lalu pun takde.

“Mama kerja keras nak besarkan saya dengan adik-adik. Saya kasihan tengok mama, semua benda mama kena buat” cerita adik itu, nadanya mula beremosi.

Saya kerut dahi. “Ayah?”

“Ayah ada sama macam takde, kak. Yang dia tahu dia nak marah mama. Tapi mama tak pernah melawan ayah. Ayah je yang suka-suka hati nak marah mama. Dahla hal kami adik beradik dia buat tak tahu. Saya kasihan tengok mama, kak”

ProductiveMuslim-Family-Life-Part2-Tips-for-Single-Parent-Households-600productivemuslim.com

Ceritanya perlahan. Suaranya sudah mula sebak. Ada kemarahan dalam hati yang ditahan-tahan anak remaja ini. Dia seperti ingin meluahkan satu rasa yang dipendam. Tiba-tiba saya tak tahu nak cakap apa dan hanya mampu membiarkan beliau meluahkan perasaannya.

Air matanya mula menitis.

Allahuakbar, tak sangka saya di sebalik ketekunannya itu rupanya ada cerita yang tersembunyi. Di sebalik senyumannya itu rupanya ada kepahitan yang sedang ditelan.

Saya tahan-tahan air mata.

“Saya selalu bengang dengan ayah. Kenapa buat mama macam tu. Tapi mama selalu cakap dengan saya takpelah ayah macam tu. Dia tetap ayah saya. Dia tetap suami mama. Yang penting mama kata mama tetap akan jadi isteri yang baik untuk ayah…”

“Sebab mama kata mama nak masuk syurga”

Allahuakbar. Tersentuhnya hati saya. Kali ini air mata saya jatuh juga akhirnya.

“Tiap-tiap kali kami solat bersama, mama akan minta saya doakan mama masuk syurga” Ceritanya dengan air mata yang mengalir laju. Sesekali disekanya.

Saya betul-betul tidak sangka dengan apa yang saya dengar. Baru tadi saya melihat adik ini gigih menjawab soalan latihan SPM. Rupanya di sebaliknya ada seorang ibu yang berhati cekal.

Seorang isteri yang faham bahawa syurga di bawah telapak kaki suaminya. Seorang wanita yang faham bahawa tidak apa-apa masalah yang dihadapinya, asalkan dia ‘lulus’ di sisi Tuhan Rabbul Izzati.

“Sebab tu saya nak belajar rajin-rajin kak. Saya nak hadiahkan kejayaan saya untuk mama. Saya nak mama gembira”

Katanya lagi dengan air mata mengalir laju. Saya peluk dia, tidak tahu nak kata apa apa. Sungguh Tuhan memang baik. Diberinya seorang anak yang berhati baik untuk membahagiakan seorang ibu.

“Insha Allah dik. Adik teruskan apa yang adik buat. Akak doakan adik berjaya” kata saya perlahan sambil menepuk bahunya.

Dikesatnya air mata cepat-cepat. “Terima kasih kak”

Saya lihat dia mula tersenyum “oklah kak, kita cerita benda lain pulak. Akak kerja mana?”

Oh adik, sungguh tabah hati mu. Pastinya setabah hati ibu mu.

Saya rasa ada dalam sepuluh minit saya berborak dengannya. Cerita pasal sekolah, pasal kerja saya sebagai pensyarah. Baru saya tahu rupanya adik ni bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi.

Tengah syok-syok cerita, tiba-tiba phone saya berbunyi. Bibik call, sebab anak saya aqif nangis tidak henti dan badannya mula panas. Saya bergegas minta diri untuk pulang.

Dalam hati saya mengomel ‘Allah..ruginya tak dapat jumpa mak dia’

Ya, sebenarnya saya stay berborak dengan adik ni sebab saya teringin nak jumpa mamanya. Saya nak salam dan cium tangannya. Orang yang hidupnya cukup Allah baginya.

Yang faham benar bahawa hidup ini hanya sementara. Biarlah orang lain melayannya bagaimana, yang penting adalah redha Tuhan ke atas dirinya.

Subhanallah. Sungguh akak ini adalah idola saya.

Sejak itu saya tidak berkesempatan ke perpustakaan dan itulah kali terakhir saya berjumpa dengan adik itu. Sekarang bila saya pergi ke sana saya dah tak nampak beliau lagi.

‘Maybe dah masuk u’ saya meneka di dalam hati. Semoga beliau berjaya dalam mengejar cita-citanya untuk membahagiakan mama tercinta.

Kini cerita ini segar semula di ingatan. Kepada adik angkat saya, saya katakan, apa yang dihadapi adalah satu cara Allah nak tengok sejauh mana dia mengejar redhaNya. Setiap orang ada ‘part’ masing-masing.

Tugas kita untuk melaluinya dengan ikhlas, sabar, syukur dan redha. Sebab kita boleh mati anytime, semoga bila masanya tiba Tuhan redha dgn kita. Seperti mama kepada adik ini yang faham benar bahawa tiada yang lebih penting dari ‘lulus’ di sisi Tuhan.

Bukan maksudnya membiarkan orang lain lepas tangan.

Tapi ayuh kita berhenti memeningkan kepala dan menekan perasaan kita dek sikap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebab pening kepala kita itu tidak akan mampu mengubah sikap mereka.

Sebenarnya orang yang lepas tangan itulah yang sepatutnya berfikir, bagaimanakah nanti bila ajal menjemput mereka. Adakah mereka lulus penilaian Tuhan?

Lets care about ourselves in the right way. Care, that we have the blessing from Allah.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.