Kedai Perabot Terpakai Popular Di Malaysia (Mengikut Negeri)
Kedai perabot terpakai sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan perabot ketika berpindah rumah, pejabat dan sebagainya. Suatu ketika dulu,…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Kedai perabot terpakai sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan perabot ketika berpindah rumah, pejabat dan sebagainya. Suatu ketika dulu, kedai perabot terpakai atau secondhand ini dianggap menjual perabot atau barangan lama dan murah. Kini, anggapan sebegini tidak boleh dipakai lagi. Jika anda bercadang hendak mencari kerusi kayu jati buatan tahun 1960-an, tidak mustahil di sinilah tempatnya. Perabot yang dijual ada yang baru dipakai, keluaran lama yang sudah tiada lagi dan rare. Harganya bergantung kepada tempoh digunakan, kualiti dan tahap permintaan. Misalnya, pada suatu ketika dulu pada tahun 1980-an, kerusi rotan tidaklah begitu mahal. Jangan terkejut jika harga kerusi rotan terpakai lebih mahal daripada sofa baru. Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan beberapa buah kedai perabot terpakai yang popular di seluruh negeri. Untuk memudahkan para pembaca, senarai yang diberikan adalah mengikut negeri. Sebelum, mari kita fahamkan dulu maksud barangan terpakai.
Maksud Barangan Terpakai
Barangan terpakai juga disebut sebagai secondhand atau preloved. Ia merujuk sebagai apa saja barang yang pernah dimiliki oleh orang lain terlebih dulu sebelum berubah tangan. Barangan terpakai ini biasanya dijual dengan harga yang rendah oleh pemilik asal kepada syarikat barangan terpakai. Antara barangan yang dijual ialah perabot, barangan elektrik, gadget, buku, pakaian dan sebagainya. Kini, terdapat pelbagai jenis kedai barangan terpakai sama ada di kedai fizikal atau secara online. Kalau di kedai perabot terpakai, ada yang mencari sofa yang unik dan klasik atau sekadar untuk mendapatkan perabot yang murah. Nak tahu antara kedai-kedai perabot terpakai yang popular di Malaysia? Jom semak!
Kedai Perabot Terpakai Popular Di Malaysia
1. Johor
- Nama kedai: QQ Furniture Enterprise
Alamat: 14, Jalan Satria , Taman Perindustrian JB Perdana, 81300 Johor Bahru, Johor. No telefon: 011-27751398
- Nama kedai: Zas Equipment & Services
Alamat: 33, Jalan Sri Perkasa 2/1 Tampoi Utama, 81110 Johor Bahru, Johor. No telefon: 017-3754787
2. Melaka
- Nama kedai: Perabot Haji Hussin
Alamat: 59, Jalan ASR 1, Taman Arked Seri Rambai, 75250 Bukit Rambai, Melaka. No telefon: 010-2769029
- Nama kedai: Perabot Terpakai Venture Global
Alamat: 4, Jalan TTC 12 A/1, Taman Teknologi Cheng, Melaka No telefon: 018-774899
3. Negeri Sembilan
- Nama kedai: Buy Sell Ventures
Alamat: 22, Jalan Desa Dahlia 1/8, Taman Desa Dahlia, 70450 Senawang, Negeri Sembilan No telefon: 012-6093497
- Nama kedai: SLE Store Barang Terpakai
Alamat: Jalan Lingkaran Tengah, Kampung Pasir Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan No telefon: 016-8696915
4. Selangor
- Nama kedai: One Stop Buy & Sell
Alamat: 23, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor No telefon: 03-58827969
- Nama kedai: Pakar Perabot Terpakai Shah Alam
Alamat: 32, 34 Jalan Rugbi 13/30, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor No telefon: 03-55243747
5. Kuala Lumpur
- Nama kedai: Kedai Kaki Lelong
Alamat: 67 Lorong Scott, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur No telefon: 03-22731717
- Nama kedai: Ecomax Budget Store
Alamat: 7, Lorong 2A, Off, Jalan 2, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur No telefon: 013-2187171
6. Pahang
- Nama kedai: Tawakal Vintage Furniture Kempadang
Alamat: Perkampungan Kempadang Perdana 2, 26060 Kuantan, Pahang No telefon: 012-2599581
- Nama kedai: Perabot Terpakai & Baru Batu 6 Kuantan
Alamat: Lot 2467/B2, Batu 6, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang No telefon: 018-2593592
7. Kelantan
- Nama kedai: MNM Perabot Terpakai Singapore
Alamat: Lot 3599, Jalan Tawang, Kampung Budi, 16020, Kelantan No telefon: 017-2808448
- Nama kedai: Remley Enterprise
Alamat: AH18, 17030 Pasir Mas, Kelantan No telefon: 019-7526529
8. Terengganu
- Nama kedai: Perabot Terpakai Singapore
Alamat: 7710, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Kampung Banggul Tuan Muda, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu No telefon: 09-6155851
- Nama kedai: MFL Designs
Alamat: PT 37824, Tingkat 1, Jalan Rimba Square, Kawasan Perindustrian Gong Badak, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu No telefon: 09-6666504
9. Perak
- Nama kedai: Perabot Murah Taiping
Alamat: Lot 1330, 75, Lorong Am 6, Changkat Jering, 34850 Taiping, Perak No telefon: 011-35331081
- Nama kedai: Radzi Family Furniture Homes
Alamat: 35, Jalan Putra D/1, 31200 Chemor, Perak No telefon: 016-7715313
10. Kedah
- Nama kedai: Stor Azlan
Alamat: Batu 18, Gurun, 06900 Guar Chempedak, Kedah No telefon: 014-2424214
- Nama kedai: Recon Hotel Furniture
Alamat: 12, Plaza Gunung Indah, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah No telefon: 019-7579370
11. Pulau Pinang
- Nama kedai: Hotachi Trading Used Furniture Store
Alamat: 1, Jalan Arowana 1, Kawasan Perniagaan Arowana, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang No telefon: 04-3972325
- Nama kedai: Kedai Terpakai Yus-Elektrik Guar Perahu
Alamat: TS 7110 Mukim 20 Guar Perahu, Jalan Arumugan Pillai, 14400 Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang No telefon: 018-2604318
12. Perlis
- Nama kedai: Husmat Furniture Sdn. Bhd.
Alamat: Lot 492/1, Kampung Terus Teritip, Jalan Kuala Perlis, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis No telefon: 04-9852788
- Nama kedai: In Akiray Furniture
Alamat: 5, Taman Putera Puteri, Jalan Santan Repoh, Kangar, 01000 Kangar, Perlis No telefon: 04-9413714
13. Sabah
- Nama kedai: Syarikat Perniagaan Perabot Nuri Sdn. Bhd.
Alamat: KM 11, Jalan Tuaran, Kampung Tebobon, 88450 Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah No telefon: 088-495190
- Nama kedai: Perabot CS Chan (KK) Sdn. Bhd.
Alamat: Lot 1 Mile, 10, Jalan Tuaran, Menggatal, 88450, Kota Kinabalu, Sabah No telefon: 088-497909
14. Sarawak
- Nama kedai: BST Enterprise
Alamat: 89, Jalan Burung Rawa, Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak No telefon: 012-8608688
- Nama kedai: Secondhand Store
Alamat: Min Chu Garden, 93200 Kuching, Sarawak No telefon: 012-8885589 Senarai yang diberikan ini merupakan antara kedai-kedai perabot terpakai yang terkenal di Malaysia. Jika anda tinggal jauh dari kedai-kedai tersebut, jangan risau. Biasanya perkhidmatan penghantaran dan pengeposan disediakan. Anda cuma perlu membayar kos pengangkutan dan pos. Biasanya perabot yang dijual masih elok dipakai dan jauh lebih murah. Bagi pasangan yang baru berkahwin, pengusaha homestay atau chalet, inilah tempatnya. Tentunya lebih menjimatkan dan anda tak perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Jika terdapat kerosakan pun biasanya tak begitu ketara dan masih boleh dibaiki. Jika terdapat perabot yang calar atau terkopek, anda boleh mengecatnya menggunakan cat kayu. Gunakan kreativiti anda untuk menyembunyikan kekurangan itu. Biasanya perabot yang ada kecacatan minimum dijual dengan harga yang agak murah. Diharapkan perkongsian ini memberikan idea untuk anda mencari kedai perabot terpakai yang terbaik. Rata-rata kedai tersebut mendapat rate tinggi dalam Google Review. Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang perabot yang ingin dibeli anda boleh menghubungi nombor telefon yang disertakan. Jangan lupa juga baca tentang tips kemas rumah cara KonMari dan tips urus rumah dengan efektif. Moga bermanfaat.
R********ujukan
- 5 Lokasi Kedai Perabot Secondhand Yang Wajib Anda Tahu (link)