Sering terjadi beberapa hal yang melibatkan masalah rumah tangga sehinggalah berlakunya hal-hal yang tidak diingini. Makin banyak perkara terjadi sehingga menyebabkan anak-anak menjadi mangsa keadaan yang seterusnya, malah ia menggangu emosi mereka.

Akhirnya, anak-anak tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya sehingga menyebabkan mereka terlibat dalam kancah yang tidak sihat seperti zina, rokok, rompak dan pelbagai jenis masalah sosial yang lain.

hubungan ibu bapa dan anak
Imej via [rebloggy]

Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka  dalam mengecapi keluarga yang bahagia dan harmoni. Hubungan kekeluargaan yang erat dan utuh akan dapat membangun keluarga yang bahagia.

Ia mampu menghindari berlakunya masalah perpecahan keluarga. Hubungan ibu bapa dan anak haruslah erat sepenuhnya. Jom lihat cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak dengan mudah harus anda lakukan.

1. Berbincang

hubungan ibu bapa dan anak
Imej via [fpvoices]

Berbincang adalah cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak. Masalah yang terjadi di dalam keluarga dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa memerlukan kekerasan dan dapat mengeratkan lagi hubungan tersebut. 

Contohnya, jeritan mahupun ayat kesat yang dilontarkan daripada ibu bapa akan membuatkan emosi anak-anak terganggu dan seterusnya akan menyebabkan anak-anak memberontak.

Anak akan menimbulkan perasaan hilang hormat akan orang tua mereka. Oleh itu, bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan, perbincangan yang baik akan menghasilkan penyelesaian yang baik. 

2. Tunjukkan Rasa Kasih Sayang

Cara mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak juga adalah menunjukkan rasa kasih sayang. Mengeratkan hubungan dengan ungkapan sayang amat mudah pada saat hangat dalam bercinta, namun ia menjadi semakin sukar sekiranya diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. 

Hanya kerana ego, ramai ibu bapa masa kini yang jarang mengungkapkan rasa sayang mereka kepada anak mereka sehingga menyebabkan anak-anak mereka merasa kurang kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa. 

Oleh itu, Ungkapan yang agak ringkas seperti “ mama sayang kamu”, “saya sayang papa dan mama” ataupun sebagainya sudah cukup bermakna dalam keluarga  supaya dapat mengeratkan hubungan dan memastikan bahawa setiap ahli keluarga sentiasa merasa disayangi dan dihargai. 

3. Menyambut Hari Penting Bersama

hubungan ibu bapa dan anak
Imej via [focusonthefamily]

Menyambut hari penting setiap ahli keluarga adalah cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak. Dengan menyambut hari penting bersama, ia merupakan satu aktiviti yang sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Hari penting yang dimaksudkan adalah hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari kesyukuran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perkara ini semakin dilupakan oleh sesetengah keluarga disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya faktor pekerjaan yang membuatkan mereka lupa akan hari-hari penting. 

Oleh itu, menyambut hari penting pasangan mahupun anak-anak akan mengeratkan lagi hubungan dan memberikan satu memori yang indah buat keluarga dan perasaan menyayangi antara ahli keluarga akan semakin bertambah. Begitu juga cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.

4. Memberi Sokongan

hubungan ibu bapa dan anak
Imej via [gpsbestari]

Ibu bapa haruslah memberi sokongan kepada anak-anak bagi mengeratkan hubungan ibubapa dan anak. Ibu bapa mestilah menjadi sumber kekuatan bagi anak-anak mereka dengan memberikan sokongan yang padu serta membimbing mereka kearah yang lebih baik. 

Sokongan yang diberikan mungkin dalam seperti hadir di acara sekolah, melihat mereka bertanding, memberi semangat kepada mereka untuk menjawab peperiksaan dan sebagainya.

5. Beriadah Bersama

Imej via [familyfriendhq]

Aktiviti riadah ini sangat sesuai dilakukan bersama keluarga bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping dapat meluangkan masa bersama dan melakukan aktiviti bersama, ia dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.

Aktiviti riadah di hujung minggu amat digalakkan bagi setiap keluarga supaya dapat mengeratkan lagi hubungan dan bagi membantu mengurangkan masalah stress di tempat kerja. Apa kata anda beriadah bersama keluarga selepas ini!

6. Selalu Memberi Pujian 

Tidak salah untuk memuji sesama ahli keluarga sendiri bagi mengeratkan hubungan. Hal ini demikian kerana secara semulajadinya pujian tersebut akan membuatkan anak-anak merasa gembira. Diri juga akan terasa dihargai selain mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.

Anda boleh memuji mereka disaat mereka melakukan sesuatu seperti mengemas rumah, memasak, berusaha untuk belajar dan sebagainya. Oleh itu, memuji mampu mengeratkan lagi hubungan dan dapat menenangkan hati tatkala sedang marah,sedih atau kecewa. 

7. Memberi Teguran

Imej via [raikankasih]

Teguran juga dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak. Anak-anak pastinya pernah dan akan membuat kesilapan, oleh itu, sebagai ibubapa, anda haruslah menegur atau memberi nasihat dengan cara yang baik. 

Jika kita sendiri disindiri dan dileteri oleh majikan, isteri atau suami. Pastinya kita akan merasa sangat tertekan walaupun apa yang dikatakan adalah benar dan ia berpunca daripada kesilapan diri kita. 

Bagi mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak, dengan memberi teguran, nasihat yang baik dan lemah lembut, ia dapat membuatkan anak-anak terima dengan elok teguran tersebut dan tidak salah faham.

8. Selalu Memberi Hadiah

hubungan ibu bapa dan anak
Imej via [mumcentral]

Ibubapa mahupun anak-anak hendaklah selalu memberikan hadiah untuk mengeratkan hubungan. Mengeratkan hubungan dengan memberi hadiah dapat membuatkan diri rasa diingati dan dihargai.

Ia turut menambahkan jalinan kasih sayang antara ibubapa dan anak. Malah, jika disampaikan dalam bentuk kejutan, maka ia akan menjadi lebih bermakna. Anda boleh memberi mainan, anak patung, bunga,coklat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, bukan nilai hadiah yang menjadi ukuran tetapi ingatan mendalam dari hati yang suci itulah yang memberikan kesan kepada si penerima seterusnya mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.

9. Tidak Terlalu Mengongkong

hubungan ibu bapa dan anak
Imej via [siraplimau]

Untuk mengeratkan hubungan ibubapa dan anak, anda tidak perlu selalu mengongkong anak-anak dalam membuat sesuatu hal. Bagi tidak menimbulkan perasaan benci atau dengki seterusnya ia dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak.

Contohnya, tidak memberi anak keluar rumah, tidak membenarkan anak bergaul dengan rakannya dan selalu membuat keputusan untuk anak membuatkan mereka rimas. Dengan ini, anak akan memberontak dan tidak akan menghormati diri sebagai ibubapa lagi. Oleh itu, Ibubapa haruslah mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak dengan memberi mereka sedikit kebebasan untuk bergerak, bergaul, dan bermain.

10. Selalu Berbual Mesra

Setiap perkara atau perbuatan yang mengeratkan hubungan pasti memulakan dengan berbual. Anak akan rasa disayangi jika ibu bapa meluangkan masa untuk mendengar luahan hati mereka dan berbual dengan mereka. Bergurau senda dengan mereka juga dapat meningkatkan tahap kasih sayang mereka terhadap keluarga.

Anda boleh berbual tentang kerja sekolah, percutian, tentang kawan mereka dan lain-lain. Oleh itu, sebuah keluarga dapat menjamin kebahagiaan dengan berbual mesra seterusnya mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Itulah dia 10 cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak. Jom lihat Tanggungjawab bapa terhadap anak, Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dan Peranan ibu bapa.

Rujukan

  1. Theasianparent
  2. Abahyasir
  3. siraplimau

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.