Printer berkualiti pasti dapat bertahan lebih daripada tempoh tiga tahun atau empat tahun penggunaannya. Printer biasanya digunakan oleh semua lapisan masyarakat untuk mencetak pelbagai jenis urusan kerjaya ataupun sebagai hobi.

Tambahan pula pada musim pandemik, pasti ramai yang bekerja dan belajar dari rumah yang memerlukan printer. Jom kami kongsikan 12 printer murah terbaik berkualiti.

HP Deskjet Ink Advantage 2336 All In One Printer

Printer ini mempunyai fungsi lengkap iaitu untuk mencetak, mengimbas dan menyalin. Semuanya menjadi mudah untuk dilakukan dan printer hanya perlu disambungkan melalui USB. Cetakan kertas mampu dibuat sebanyak 1000 helai dan ke atas secara purata.

Printer ini menggunakan ink 682. Walaupun printer ini menjadi pilihan ramai kerana sangat berkualiti, namun printer ini tidak menyokong cetakan dari telefon bimbit dan Mac Os.

Canon Pixma TS3470

Sekiranya anda mencari wireless printer dengan harga lebih murah tetapi tetap mempunyai fungsi cetak, imbas dan salin, Canon Pixma TS3470 pasti menjadi pilihan anda. Printer ini mampu mencetak sehingga 200 hingga 300 helaian.

Nak cetak secara terus dari laptop, telefon bimbit atau komputer pun boleh. Anda mempunyai pilihan untuk menyambung menggunakan USB dan wifi. Ramai yang membeli printer ini kerana harga inknya sangat murah.

HP Deskjet All In One Printer 2622

printer murah terbaik

Printer HP All-in-One 2622 ini mempunyai fungsi mengimbas dan menyalin yang menyerupai mesin fotokopi. Anda boleh membuat salinan tanpa perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk pergi ke kedai percetakan.

Anda juga boleh menggunakan printer ini secara wireless melalui memuat turun aplikasi pada telefon pintar. Dengan reka bentuk yang menarik dan futuristik, printer murah ini adalah pilihan kebanyakan pengguna yang sukakan printer yang simple tetapi mudah digunakan.

Canon TS307 Single Function Inkjet Color Printer

printer murah terbaik

Printer Canon TS307 yang dikatakan printer murah terbaik ini mempunyai fungsi yang dapat memudahkan pekerjaan anda dengan kemampuannya untuk mencetak tanpa wayar.

Anda boleh mencetak secara terus dokumen yang diinginkan menggunakan aplikasi khas yang dimuat turun di telefon pintar. Reka bentuknya juga cukup unik yang menjadikan ianya kelihatan cukup premium berbanding harganya. Namun kekurangannya adalah printer ini tidak mempunyai fungsi pengimbasan.

Canon Pixma Single Function IP2770

printer murah terbaik

Printer ini mampu mencetak foto berkualiti tinggi dalam resolusi tinggi sehingga beresolusi 4800×1200. Anda juga boleh mencetak gambar atau pelekat yang diinginkan tanpa had dengan menggunakan printer ini.

Namun harus diingatkan juga, sekiranya anda ingin mencetak pelekat, anda perlu menggunakan kertas pelekat yang terdapat di kedai alat tulis. Ia sangat serbaguna untuk mencetak.

HP Sprocket

printer murah terbaik

Printer kecil dan ringan ini adalah pencetak yang hanya dikhaskan untuk anda yang suka mencetak gambar. Ia boleh dihubungkan menggunakan Bluetooth, sama ada melalui telefon pintar, komputer riba ataupun komputer desktop.

Untuk pengetahuan anda, printer murah terbaik ini hanya boleh mencetak foto menggunakan kertas khas kerana printer ini mempunyai teknologi HP ZINK.

Brother Monochrome Laser Printer HL-1110

printer murah terbaik

Printer laser Brother Monochrome HL-1110 ini sangat terkenal dengan kelajuan tinggi dan tidak mudah rosak. Namun, harga printer laser yang mampu mencetak warna boleh dikatakan sedikit mahal.

Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan printer laser jenis hitam putih dengan harga yang sangat berpatutan.

Harga dakwat yang digunakan oleh printer Brother Monochrome ini juga lebih murah dan tahan lama. Sekiranya anda perlu mencetak kertas dengan dakwat warna hitam putih, printer ini sangat sesuai untuk anda.

Canon Pixma E510

printer murah terbaik

Kerjaya sebagai guru selalunya memerlukan anda mencetak sukatan pelajaran atau bahan pelajaran untuk dibawa ke sekolah. Anda boleh menjimatkan wang anda jika membeli printer ini kerana ia turut menjimatkan dakwat.

Tak perlu nak ke kedai printing atau mencari printer di kawasan berhampiran anda lagi. Anda juga dapat menggunakan printer murah terbaik ini untuk mengimbas dan membuat salinan juga.

Canon Pixma E410

printer murah terbaik

Printer Canon Pixma E410 dengan harga yang berpatutan ini mempunyai pelbagai fungsi. Ia bukan hanya mampu mencetak tetapi turut mempunyai fungsi pengimbasan yang membolehkan anda membuat pelbagai jenis salinan.

Menarik lagi, printer murah terbaik ini mempunyai mod senyap yang mengurangkan bunyi bising pencetak ke tahap yang paling minimum. Jadi, ia tidak akan menghasilkan gangguan bunyi.

Canon Pixma G1010

printer murah terbaik

Printer Canon Pixma Ink G1010 merupakan printer murah terbaik yang mempunyai kapasiti tangki dakwat yang besar dan murah untuk diganti.

Bagi mereka yang inginkan printer yang tahan lama dan dapat mencetak dengan jumlah helaian yang banyak, printer ini adalah jawapannya. Ia sangat sesuai untuk pelajar kerana kemampuannya untuk mencetak dengan cepat akan memudahkan mereka.

Epson L3256 Ecotank All In One Ink Tank

Banyak kelebihan printer ini seperti mampu mencetak dengan revolusi tinggi iaitu 1440dpi dengan kelajuan yang tinggi, boleh berfungsi dengan wifi dan boleh disambungkan dengan telefon bimbit.

Harganya sedikit tinggi berbanding printer yang lain namun berbaloi dengan fungsinya yang pelbagai dan berkualiti. Nak cetak, imbas dan salin, semuanya boleh dilakukan. Dengan anggaran 4 500 helaian untuk cetakan hitam putih dan 7 500 helaian cetakan berwarna, sesuai jika anda merupakan seorang pelajar atau pekerja yang sering mencetak apa-apa bahan.

Paperang P2

printer terbaik

Paperang P2 Bluetooth Mini Photo Printer adalah printer mini mudah alih daripada China. Printer murah terbaik ini menggunakan teknologi percetakan terma menggunakan bateri lithium-ion yang mempunyai ketahanan untuk jangka masa yang panjang iaitu hampir 24 jam. Printer ini boleh didapati dengan harga bermula serendah RM 219.

Printer yang ringan dan kecil ini memiliki fungsi bluetooth dan boleh digunakan untuk membuat cetakan secara langsung dari telefon pintar anda.

Dengan fungsi ini, anda kini dapat mencetak gambar yang anda mahukan dengan serta-merta. Saiznya yang kecil menjadikannya senang untuk dibawa ke mana sahaja. 

Gambar dan tulisan yang dicetak hanya boleh menghasilkan warna hitam dan putih sahaja. Bagi mereka yang tidak berminat dengan gambar berwarna monokrom, anda tidak digalakkan untuk menggunakan printer ini.

Berikut adalah Printer Murah Terbaik Berkualiti sesuai untuk kegunaan anda. Jom baca juga wifi portable terbaikMicrowave oven terbaik Malaysiatermometer terbaik dan mekap remover drugstore terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.