Semasa anak-anak masih kecil seawal umur 2 tahun, kita sudah boleh dedahkan kepada mereka dengan pensil warna dan kertas. Hal ini kerana ia dapat mengembangkan daya kreativiti mereka dalam seni lukisan. Bukan sahaja lukisan, dekorasi juga boleh diajarkan kepada anak-anak. Contohnya, dekorasi bunga menggunakan barang-barang kitar semula.

Sebelum mereka masuk ke alam persekolahan, tidak salah jika kita ajar mereka untuk melukis dan mewarna. Biasanya, di awal persekolahan cikgu akan mulakan dengan melukis da mewarna untuk sesi pembelajaran untuk menarik minat mereka untuk belajar. Jadi, kita boleh mulakan dari rumah mengajar mereka untuk mewarna dan melukis.

Usia muda seperti mereka memang mempunyai banyak persoalaan dan kekurangan. Pada permulaan memang agak susah. Sebagai ibu bapa kita perlu mengajar mereka dengan sabar. Bagaimanakah untuk kita galakkan anak-anak untuk melukis dan mewarna?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 perkara yang perlu dilakukan untuk galakkan anak dalam seni lukisan. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC.

6 Fasa perkembangan dalam kemahiran melukis

10 perlu buat galakkan anak melukis
Image via 100comments

Menurut Nicole Avery (pakar perkembangan kanak2), ada 6 fasa perkembangan dalam kemahiran melukis :

Fasa 1: Anak menconteng dengan corak jalur memanjang (ke kiri ke kanan atau ke atas ke bawah)

Fasa 2: Anak menconteng dengan corak bulat dan bujur. (mula dan habis lukisan pada titik yg sama)

Fasa 3: Anak mula mewarna bentuk2 yang dilukis, dan bercerita tentang objek2 yg dilukis. Contohnya kereta, matahari, pokok, ultraman — walaupun mungkin takde rupa langsung.

Fasa 4: Anak mula melukis wajah dan anggota badan manusia (mata, mulut, rambut, kaki, tangan) walaupun mungkin sekadar lidi dan bulatan. 

Fasa 5: Anak mula melukis benda2 disekeliling — pokok, kereta, bangunan, bunga, kucing. Dan kita dah mula nampak rupa dan faham maksud lukisan anak.

Fasa 6: Anak mula melibatkan saiz, jarak, perspektif, dan mood dalam lukisannya. 

10 Perkara untuk galakkan anak dalam seni lukisan

Berikut adalah 10 perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa :

1. Tampal kertas mahjung banyak-banyak di dinding rumah yang anak boleh capai, dan bagi dia conteng guna pensel warna, chalk, or anything yang senang padam.

2. Kalau pergi kedai makan, bentang kertas mahjung tu jadi alas meja, dan keluarkan pen warna warni. Sementara tunggu makanan sampai, ajak anak lukis sama-sama.

3. Bila balik kampung, bawa kertas mahjung dan tampal kat satu corner. Ajak anak dan sepupu sepapat dia doodle kat situ.

4. Everytime pergi pantai atau kawasan berpasir, beri anak doodle around guna ranting atau jari. Ini salah satu cara effective juga untuk latih anak menulis alphabet & numbers.

5. Bagi anak conteng lantai car porch guna arang atau sidewalk chalk. Jangan bimbang, ia boleh hilang dengan air biasa.

6. Beli mug atau mangkuk warna putih plain, beli glass colour marker, dan bagi anak lukis atas mug dan mangkuk tu. Ini paling saya suka, sebab ia beri sentimental value bila tengok balik cawan dilukis.

7. Beli tshirt plain dan fabric marker, dan bagi anak lukis atas tshirt tu.

8. Beli drawing block atau buku lukisan supaya anak bersemangat melukis dan kumpul koleksi lukisan dia. 

10 perlu buat galakkan anak melukis
Image via sogeliga

10. Beli Lookisslah Tablet. Seawal umur 2 tahun boleh bermain Lookisslah, ia bagus untuk kanak-kanak dan boleh disimpan dalam beg, dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.

*Anak-anak kita adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan ibu bapa. Jika bukan kita yang didik mereka dari kecil siapa lagi yang akan didik mereka. Usia mereka yang masih muda masih banyak perkara yang mereka perlu belajar, ada banyak perkara yang mereka ingin tahu dan cuba. Jadi mulakan dengan ajar mereka dengan melukis dan mewarna kerana ia dapat mengembangkan kreativiti mereka.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.