Menambat hati suami sememangnya amat penting bagi setiap isteri. Seronok kan kalau setiap hari dipuji suami? Itu tandanya anda berjaya menambat hati suami. Salah satu faktor yang membolehkan suami makin sayang dan tertambat dengan anda adalah dengan melakukan urutan manja untuk suami.

Urutan, seringkali kita dengar bahawa urutan adalah sesuatu yang menyedapkan dan melegakan. Ya, anda harus ketahui beberapa jenis urutan yang sesuai dilakukan untuk si suami. Sebenarnya setiap jenis urutan mempunyai maksud dan sebabnya yang tersendiri.

Sekiranya anda ingin melakukan urutan manja untuk suami terpikat, selesa dan sedap sentiasa bersama anda, jom lihat beberapa jenis urutan manja yang bakal kami kongsikan ini.

#1 Urutan Kepala

urutan
Imej via [greenangelica]

Bermula dengan kepala, akhirnya kita turun hingga ke tubuh pula. Untuk menambat hati suami, urutan sebeginilah yang harus anda lakukan. Mulakan dengan mencium atau membelai wajah suami dengan tenang dan lembut. Kemudian, lakukan sedikit urutan di wajahnya iaitu di bahagian kepala kiri kanan keduanya secara perlahan-lahan.

Lama kelamaan suami akan terasa sedap dan selesa dengan urutan kepala yang dilakukan oleh anda. Anda boleh menarik sedikit rambutnya di bahagian-bahagian kepala yang berangin, selalunya bahagian yang kerap si dia sakit kepala. Tanya sahaja kepada suami sebelum anda melakukan urutan kepala ini.

#2 Urutan Tengkuk

Urutan tengkuk berbeza dengan bahu dimana tengkuk adalah bahagian yang sedikit atas daripada bahu. Usap perlahan-lahan di belakang kepala suami anda dengan urutan yang sederhana. Kemudian, urutlah bahagian tengkuk suami dengan menggunakan jari tunjuk dan ibu jari. Suami pasti tertarik dan sedap melayan urutan manja anda ini.

#3 Urutan Bahu (Suami Baring)

urutan
Imej via [deliabeautyspa]

Terdapat banyak jenis urutan bahu yang boleh anda lakukan. Pertama, anda boleh meminta suami meniarap dan letakkan sedikit minyak aroma lavender atau minyak aura (jika tidak ingin minyak panas) di tapak tangan anda.

Mulakan urutan manja di bahu suami dengan menekan bahu mereka secara perlahan dan melakukan urutan turun naik lengan anda di bahu mereka. Kemudian, sesekali anda perlu lock jari anda di bahagian bahu yang merupakan point-point yang membuatkan suami anda lega dan sedap.

Anda boleh teruskan urutan anda ke bawah badan, menghala ke dada dan belakang badan. Belakang badan mempunyai cara urutan manja yang boleh anda teruskan iaitu dengan mengusap dan membelai perlahan dan tidak menyentuh seluruh belakang badan suami anda.

Beberapa lama kemudian, barulah anda mula mengurut dengan lebih kuat sedikit dari atas belakang badan menghala ke bawah bahagian tubuh sehingga atas punggung pula.

#4 Urutan Bahu (Cakar Harimau)

Teknik urutan manja di bahagian bahu ini sangat terkenal dengan nama cakar harimau. Teknik ini dikongsikan oleh Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Terdapat beberapa cara urutan cakar harimau ini dilakukan.

Biarkan suami duduk menghadap dari belakang. Bermula urutan dari tengkuk suami, isteri boleh terus mengurut secara perlahan sehinggalah ke bahu dan lengan. Kemudian, isteri boleh membuat sedikit ‘jemput-jemput’ di bahagian belakang tulang belikat suami.

Dari bahagian tengkuk, anda boleh menggunakan gaya cakaran harimau menariknya sehingga ke pinggang. Kemudian, dari pinggang hingga ke tengkuk pula, anda boleh selang-selikan dengan urutan manja labah-labah supaya suami terasa geli-geli, sedap dan tertambat.

Awas kalau tiba-tiba suami mencium anda pula, urutan jenis ini memberikan mood yang menyeronokkan buat suami. Namun, anda boleh teruskan memegang tangan suami dan menepuk bahagian belakang badannya hingga ke pinggang untuk menamatkan urutan ini.

Jangan lupa untuk mengatakan ucapan romantis anda buat suami supaya si dia lebih cair dengan anda. Pastinya hati akan lebih berbunga-bunga jika menerima urutan manja ini daripada anda, si buah hatinya!

#5 Urutan Jejari Suami

urutan
Imej via [employernews]

Urutan manja pada jejari suami juga bakal menambat hati suami secara tidak sedar. Nampak gaya anda sangat mengambil berat akan keadaan suami dengan cara memegang jari jemarinya dan mengurutnya.

Tak susah, picit-picit jari mereka, kemudian hanya menekankan sedikit pada bahagian antara ibu jari dan jari telunjuk sahaja. Suami pasti suka jika sebelum ini anda belum pernah lakukan sedemikian untuknya!

#6 Urutan Pinggul – Paling Sedap Dan Menambat Suami

Urutan manja ini bermula dari bahagian bawah ketiak suami atau lengannya sehingga ke pinggangnya. Dalam keadaan suami berbaring, anda boleh mula menerjah suami dengan mengusap secara perlahan perutnya serta melakukan urutan dari bawah lengan sehingga ke bahagian pinggul suami.

Apabila tiba di bahagian bawah pusat suami, urutan manja di kedua-dua pinggang kiri dan kanan penting kerana kebanyakan lelaki amat manja dan geli di bahagian tersebut. Ada pula lelaki yang mempunyai g-spot di bahagian tersebut iaitu bahagian mudah terangsang. Itu membuatkan mereka lebih sedap dan kemungkinan mereka akan usik tubuh anda pula!

#7 Urutan Dada – Mood Suami Tinggi

Urutan dada suami boleh anda lakukan dengan cara menyentuh dada mereka dan mengusap-usap perlahan. Urutan dada ini dapat menaikkan mood suami dan dapat merangsang suami. Oleh itu, lakukanlah urutan manja ini dengan baik sekali.

Itulah dia 7 urutan manja untuk suami yang boleh anda lakukan sehingga menyebabkan suami terpikat, selesa dan terasa sedap sekali. Semoga berjaya! Jom baca juga rawatan kesuburan suami isteri, tips jadi isteri seksi menggoda dan Tips kembalikan rasa cinta kepada suami.

Rujukan:

  1. mingguanwanita
  2. cosmopolitan
  3. my.theasianparent

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.