Dalam masa kita ingin membahagiakan mak kita dengan membelikan pelbagai hadiah dan bawa pergi melancong ke sana sini, kita lupa bahawa ada orang lain yang melihat dari tepi. Orang tersebut adalah ayah kita sendiri. Dalam islam juga mengatakan bahawa kita perlu utamakan mak kita tapi tidak bermaksud kita perlu abaikan ayah kita.

Walaupun mereka tidak melahirkan kita, tetapi mereka yang keluar mencari rezeki demi membesarkan kita. Terdapat fakta mengenai ayah yang kita mungkin tidak tahu. Apakah fakta tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 fakta tentang bapa kita. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

10 Fakta tentang ayah

fakta tentang ayah

Imej via Facebook

1. Mengikut kajian, bila ayah melibatkan diri dalam pendidikan anak anaknya, anak anak lebih cenderung untuk skor peperiksaan, lebih banyak belajar dan menunjukkan perangai yang lebih baik

2. Mengikut kajian terbaru juga, bapa yang berkongsi kerja rumah dengan pasangannya lebih cenderung mempunyai anak yang bercita cita tinggi ( ambitious daughter )

3. Ketika si ibu sedang hamil, paras hormon testosterone si bapa akan cenderung menurun dan paras hormon prolactin si ibu akan meningkat

4. Tiada bapa yang mengandung melainkan kuda laut jantan. Kuda laut jantan akan menerima 50-1500 telur daripada kuda laut betina. Ia akan mensenyawakan dan membawanya selama beberapa minggu. Untunglah jadi bapa manusia kan tak perlu hamil hamil ni.

5. Ada kajian menunjukkan bahawa bapa yang terlibat dalam menjaga anak anak akan membuatkan anak anak mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dan risiko untuk minum minuman keras, penyalagunaan dadah dan bahan terlarang tu akan menurun

6. Kajian terbaru menunjukkan bahawa anak akan lebih berisiko terkena penyakit asma jika si bapa pernah merokok ketika remaja

7. Bergusti dan bergomol dengan bapa akan sangat berpengaruh pada pembentukan otak anak. Ianya membuatkan mereka lebih pandai mengurus emosi mereka

8. Kajian pada tahun 2008 daripada University Of New Hampshire menunjukkan bahawa kelahiran anak boleh meningkatkan pendapatan tahunan seorang bapa kerana mereka akan bekerja lebih keras lagi bila mereka mempunyai tanggungjawab

9. Sebuah kajian menunjukkan bahawa si bapa juga boleh mengalami tekanan ketika mereka baru pertama kali menjadi ayah. Itu menunjukkan mereka juga mempunyai emosi walaupun muka mereka gitu je macam tak ada apa apa berlaku

10. Secara genetik, mamalia lebih mirip dengan si bapa daripada si ibu. Tu yang geram tu kan? Letih letih si ibu beranakkan, keluar keluar je tersengeh sengeh macam muka si ayah!

*Berikut adalah 10 fakta mengenai bapa yang dikongsikan oleh Dr Taufiq. Mungkin ayah tidak selalu menunjukkan perasaannya tetapi dalam hatinya dia begitu menyayangi anak dan isterinya. Hargailah ayah selagi dia masih ada. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.