Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ahli politik yang paling ikonik di Malaysia. Tidak mungkin akan ada lagi insan hebat yang mampu memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia untuk dua kali. Beliau bukan sahaja dikasihi oleh rakyat Malaysia malah disanjungi di seluruh dunia kerana kredibiliti dan kehebatan Malaysia dibawah tampuk pemerintahan beliau.

Pastinya anda berminat untuk mengenali Tun dengan lebih dekat, terutamanya untuk mengenali anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang tak kurang hebat dan terkenal di Malaysia. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan nama serta sedikit biodata ringkas anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad. Jom kita kenali keluarga hebat ini.

anak mahathir
Sumber: Lurunews

Tun Mahathir berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pada tahun 1956. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor. Tun Dr siti Hasmah mempunyai kelulusan MBBS dari Universiti Malaya di Singapura. 

Apa yang lebih membanggakan, Tun Dr. Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita Melayu pertama yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura. Beliau juga merupakan di antara doktor wanita pertama di Malaysia.

Selain itu, Tun Dr Siti Hasmah juga merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak. Pada tahun 1974, beliau adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Kanak-kanak dan Ibu Negeri. Sungguh membanggakan!

Untuk makluman anda, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mempunyai 4 orang anak kandung dan 3 orang anak angkat iaitu:

  • Marina Mahathir
  • Mokhzani Mahathir
  • Mirzan Mahathir
  • Mukhriz Mahathir
  • Melinda Mahathir
  • Mazhar Mahathir
  • Maizura Mahathir

Datin Paduka Marina Mahathir

Datin Paduka Marina binti Mahathir dilahirkan pada 9 Jun 1957. Beliau adalah anak sulung kepada Tun Mahathir dan mendapat pendidikan di Univrsity of Sussex, London. Beliau pernah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Perancis dan mendapat seorang anak perempuan yang diberi nama Ineza.

Pada 7 Jun 1998 beliau berkahwin buat kali kedua dengan Tara Sosrowardoyo yang merupakan seorang  jurugambar  profesional. Hasil perkahwinan ini, beliau mendapat dua orang anak iaitu Haga Tara ( lelaki ) dan Sharistal Maryada Sosrowardoyo yang merupakan anak perempuan.

Datin Paduka Marina binti Mahathir mempunyai sebuah syarikat penerbitan yang bernama Mosaique yang menerbitkan menerbitkan buku-buku meja kopi, kraf tangan dan buku ensiklopedia berbahasa melayu. Selain itu beliau merupakan seorang aktivis sosial di Malaysia dan mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara seperti:

  • Gelaran Datin Paduka. Pada tahun 1997 beliau mendapat gelaran Datin Paduka apabila beliau menerima anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor daripada daripada Sultan Selangor.
  • Tokoh Sepanjang Tahun 2010. Pada 5 Oktober 2010, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganugerahkan gelaran “Tokoh Sepanjang Tahun 2010” kepada Datin Paduka Marina Mahathir atas kegigihan dan usahanya dalam memperjuangkan hak kaum wanita serta sentiasa lantang dalam berkempen tentang kesedaran HIV dan AIDS.

Tan Sri Mokhzani Mahathir

Beliau merupakan anak kedua Tun Mahathir yang lahir pada 2 Januari 1961 dengan kelulusan Ijazah Sarja Muda (Kepujian ) Sains Petroleum dari Universiti of Tulsa, Amerika Syarikat. Beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan memainkan peranan yang penting dalam UMNO. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat gergasi di Malaysia seperti:

  • Sapura Kencana
  • Maxis
  • Opcom Holdings
  • Astro Malaysia Holdings

Selain itu beliau merupakan presiden bagi Litar Sepang. Apa yang menarik, pada tahun 2014 beliau telah tersenarai sebagai lelaki kesebelas terkaya di Malaysia dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM3.81 bilion) oleh majalah antarabangsa Forbes.

anak mahathir
Sumber: Freemalaysiatoday

Mirzan Mahathir

Mirzan merupakan anak Tun Mahathir yang mungkin kurang menyerlah berbanding yang lain namun tak kurang hebatnya. Dari segi pendidikan, berikut adalah kelulusan beliau:

  • Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Sains Komputer dari Brighton Polytechnic United Kingdom
  • Ijazah Pengurusan Perniagaan, Wharton Business of School Amerika Syarikat

Beliau juga merupakan pengarah bagi beberapa syarikat terkemuka seperti:

  • IBM Corporation
  • Solomon Brothers
  • Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI)
  • Sunway Building Sdn Bhd
  • Petron Corporation
  • Dolomite Corporation Berhad
  • Nakamichi Corporation Berhad
  • Dataprep Holdings Berhad
  • AHB Holdings Berhad
  • Emerson Radio Corporation, Amerika Syarikat
  • World Wide Holdings Berhad
  • Artwright Holdings Berhad
  • Capetronic Consumer Electronics Holdings Berhad

Dato’ Seri Haji Mukhriz Mahathir

Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr Mahathir ialah anak kelima Tun Mahathir. Beliau lahir pada 25 November 1964. Mendapat pendidikan di MRSM Kota Bharu dan kemudian beliau menyambung pelajaran di Sophia University, Jepun dan University Boston dalam bidang pengurusan perniagaan.

Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2013 dan 2018. Selain itu beliau juga memegang jawatan penting dalam syarikat gergasi di Malaysia seperti:

  • Opcom Holdings
  • Kosmo Tech
  • Bioven

Melinda Mahathir

Melinda Mahathir adalah seorang surirumah dan memilih untuk menjalankan cara hidup low profile.

Mazhar Mahathir

Mazhar Mahathir adalah anak angkat kedua tun Mahathir. Beliau adalah berketurunan Pakistan dan bergiat aktif dalam dunia teater. Di antara teater yang dibintangi oleh beliau ialah:

  • Tun Mahathir
  • Upin Dan ipin
  • Dream Girls

Maizura Mahathir

Maizura Mahathir adalah anak angkat Tun Mahathir yang diambil pada tahun 1983 semasa beliau berumur 6 bulan. Beliau adalah anak bongsu dalam keluarga ini.

anak mahathir
Sumber: Says

Itulah dia info tentang nama anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda semua. Didoakan semoga dipanjangkan usia Tun dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.