Tak sabar sambut hari ibu, ibu pasti terkejut jika kita buat kejutan berupa parti dan hadiah ni! Nak buat sendiri kek atau nak beli tiada masalah, tetapi kek hari ibu bagaimana yang menarik dan unik yang menjadi pilihan anda.

Terdapat banyak jenis kek hari ibu yang boleh anda dapatkan. Menghasilkan sendiri adalah lebih baik sekiranya anda pandai buat kek dan dessert. Pasti sedap kan! Sebelum beli atau buat kek hari ibu, penting untuk anda ketahui perkara-perkara berikut:

  • Perisa kek kegemaran ibu
  • Corak atau kesukaan ibu
  • Makanan tambahan atau dessert seperti ais krim, walnut, ceri dan lain-lain lagi
  • Tekstur kek kegemaran ibu (lebih krim atau kek)

Dengan mengetahui asas kegemaran kek hari ibu, anda boleh memilih reka bentuk kek, design, warna dan corak kek. Ibu pasti suka! Jom lihat 15 jenis kek hari ibu boleh anda beli atau buat sendiri.

1. Kek Coklat Moist

kek hari ibu
Imej via [daridapur]

Kek coklat moist atau dikenali dengan nama kek coklat kukus adalah pilihan seluruh keluarga. Dari anak kecil sehinggalah tua, pasti akan makan kek coklat moist ini. Sangat sedap dan menarik jika anda hiaskan dengan buah-buahan atau coklat-coklat.

2. Kek Red Velvet

kek hari ibu
Imej via [tokopedia]

Sekiranya ibu anda meminati kek perisa red velvet, kek red velvet ini sesuai dijadikan kek hari ibu. Tambahan fondant dan krim boleh digunakan untuk mencantikkan kek. Yang penting, rasa dalaman kek adalah kek red velvet. Jika ibu anda meminati warna merah, boleh juga anda beli kek red velvet sebagai kek hari ibu.

3. Kek Buah Kukus

kek hari ibu
Imej via [instagram]

Ramai kaum ibu suka makan kek buah kukus. Bukan sahaja sedap, tetapi juga berkhasiat. Cara membuatnya juga tidak susah, tidak juga perlukan kos yang banyak. Kek buah kukus ini tidak memeningkan anda memandangkan ia tidak terlalu manis dan tiada fondant.

4. Nutella Cheese Tart

kek hari ibu
Imej via [akubai]

Bagi anda yang merupakan penggemar nutela, apa kata anda beli atau buat sendiri kek nutela khas untuk hari ibu. Kek hari ibu ini pasti menyerlah dan rasanya lebih sedap dari kek yang lain sebelum ini. Apatah lagi, ia adalah kek cheese tart Nutela.

5. Brownies Hari Ibu

kek hari ibu
Imej via [instagram]

Jika ibu anda tidak gemarkan kek, jangan risau, brownies adalah pilihan yang tepat. Kek tidak terlalu padat seperti brownies. Makan banyak kali pun tidak mual. Nak nampak cantik dan menarik, tambah buah strawberri, anggur atau coklat di atas brownies tersebut.

6. Kek Buah-Buahan

kek hari ibu
Imej via [salamtoday]

Wau, ini menjadi kegemaran ramai para ibu. Kek buah yang segar ini sangat berkhasiat dan dipenuhi pelbagai jenis buah-buahan. Sebiji kek macam tak cukup rasanya, buatlah saiz yang lebih besar supaya semua dapat merasa dan menikmati kek buah ini.

7. Kek Jelly

kek hari ibu
Imej via [salamtoday]

Kek hari ibu berkonsep kek jelly ini sesuai anda buat jika ingin menjimatkan wang. Kek ini memerlukan bajet yang sangat rendah tetapi tidak mengapa jika anda ingin buat sendiri atau membelinya. Pasti ada!

8. Kek Cheese

Kek cheese adalah kek kegemaran ramai wanita dan lelaki. Luaran kek boleh dihias dengan pelbagai jenis bunga, buah, fondant, cheese dan lain lagi. Sekali makan, pasti nak lagi! Ada juga ibu bapa yang tidak gemar makan makanan seperti cheese, anda harus ketahui dahulu selera mereka.

9. Kek Kopi Atau Kek Tiramisu

Pasti ada peminat tiramisu di sini! Tidak terkecuali ibu dan keluarga anda. Peminat kek tiramisu pastinya mereka yang sukakan perisa kopi, teh, nescafe dan sebagainya. Ada juga yang memang gemarkan kek ini sahaja.

10. Kek Nombor

Sempena hari ibu, anda boleh buat atau tempah sahaja kek nombor mengikut jumlah nombor umur ibu anda. Lebih meriah lagi kek tersebut jika anda tambahkan buah-buahan seperti anggur, strawberi, berri dan juga macaroon. Hiasan gula bunga atau fondant bunga pun boleh ditambah.

11. Kek Nasi Lemak

kek hari ibu
Imej via [maggi]

Kek hari ibu ini agak rare. Jika ibu anda tidak meminati kek, anda boleh jadikan nasi lemak atau makanan ruji yang lain seperti mee goreng, bihun goreng, laksa dan macam-macam lagi sebagai kek. Mudah sahaja, cuma susun atur sahaja seperti sebiji kek.

12. Kek Topi

kek hari ibu
Imej via [bettycrocker]

Lihat sahaja sudah cukup menyelerakan, tekstur dan bentuk kek yang cantik seperti topi ini adalah pilihan terbaik untuk dijadikan kek hari ibu. Kek hari ibu berbentuk topi ini boleh digunakan perisa vanila, strawberi dan lain-lain lagi yang bersesuaian.

Persiapan Kek Hari Ibu – Beli Atau Buat Kek Sendiri

kek hari ibu
Imej via [finder]

Sama ada membeli atau membuat kek sendiri sempena hari ibu, semuanya harus dimulakan dengan segera. Maklumlah jika terlambat, tak sempat buat atau tak dapat bahan kek yang lengkap.

Sekiranya anda ingin menempah kek, anda boleh tempah di mana-mana kedai dengan beritahu mereka lebih awal atau bersama kenalan yang pakar membuat kek. Jangan lupa maklumkan secara terperinci akan kek yang anda inginkan. Kek hari ibu anda pasti menjadi jika persiapan dilakukan dengan teliti.

Itulah dia 12 jenis kek hari ibu yang sesuai untuk anda buat sendiri atau beli untuk ibu anda. Pasti sedap dan menepati citarasa mereka. Jom baca Resepi biskut red velvet, Hadiah menarik untuk ibu dan cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.

Rujukan:

  1. salamtoday
  2. irabakeri
  3. Finder

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.