Anak-anak yang masih kecil mempunyai badan yang cergas dan sihat. Mereka mempunyai tenaga yang banyak ketika bermain. Tidak kisah bermain permainan yang lasak atau tidak lasak. Mereka hanya ingin berseronok dan belajar benda yang baru.

Oleh sebab kecergasan mereka ini boleh mendatangkan kemarahan dalam diri ibu bapa. Hal ini kerana, mereka terlalu leka bermain sehingga boleh mendatangkan kemalangan yang tidak diingini. Sebagai contoh, terpecahkan pasu bunga, menumpahkan makanan, terjatuh sehingga terluka dan macam-macam lagi.

Apabila kemalangan-kemalangan kecil ini berlaku, ia boleh menyebabkan ibu bapa marah kepada anak-anaknya dan melontarkan kata-kata yang tidak elok didengari oleh anak-anak. Contohnya, ayat yang kita selalu dengar adalah ‘anak yang nakal’. Punca utama ibu bapa berkata begitu kerana anak-anak tidak mahu mendengar nasihat atau melakukan kesilapan.

Tahukah anda, apabila kita berkata begitu, ia adalah sebuah doa? Jadi kita perlu mengelakkan daripada berkata begitu kepada anak-anak. Apakah manfaat tidak memanggil anak kita nakal?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 manfaat tidak memanggil anak kita nakal. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

5 manfaat tidak memanggil anak kita nakal
Image via Facebook

5 Manfaat tidak memanggil anak kita nakal.

1. Boleh jadikan anak kita anak kinesthetic yang belajar melalui pergerakan badannya

2. Boleh jadikan anak kita anak yang aktif yang mana dia sedang mempersiapkan otot dan tubuhnya untuk membesar

3. Boleh jadikan anak kita tu aktif untuk meluahkan emosi terpendam yang dirasakannya. Aktiviti fizikal tu lah cara paling sihat untuk dia menukarkan emosi negatif kepada emosi positif

4. Boleh jadikan anak kita tu melompat ke sana ke sini, berlari dan bermain hanya untuk menenangkan diri. Itulah yang kita namakan sebagai Coping Mechanism

5. Boleh jadi juga kerana ia adalah hasil doa kita yang mahukan anak yang bijak dan cerdas otaknya.

*Ada kebaikannya jika kita tidak memanggil anak kita nakal. Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu bapa itu adalah sebuah doa. Maka, kita perlu menjaga kata-kata kita ketika berbicara. Jangan mengikut perasaan yang marah itu dan lepaskan kepada anak-anak. Mereka tidak bersalah dan tidak mengetahui apa-apa.

Tegurlah anak-anak dengan cara yang baik dan lembut. Selain itu, jangan berkasar dengan mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.