Bertandang ke Spa sememangnya masa-masa bernilai bagi seorang wanita. Terdapat banyak spa muslimah yang menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia boleh anda kunjungi di seluruh negeri. Mana satukah spa muslimah yang menjadi pilihan anda?

Sebelum berkunjung ke Spa Muslimah, anda harus kenalpasti dahulu pakej yang anda inginkan, harga, lokasi dan keselesaan spa tersebut. Mudah sahaja, baca review, komen dan kata-kata pengguna yang pernah ke spa muslimah tersebut sebelum ini.

Jom kami sarankan kepada anda 10 spa muslimah yang menjadi pilihan ramai di Malaysia. Nikmatilah pakej spa yang menyeronokkan dan berpatutan setiap bulan!

1. Akma Spa

spa muslimah
Imej via [akmaspa]

Akma Spa mempunyai banyak cawangan di di Selangor dan Kuala Lumpur. Menariknya, ia menawarkan harga mampu milik buat semua wanita. Akma Spa juga menawarkan pakej pelangsingan untuk menjadikan wanita lebih ramping, kurus dan cantik. Menarik bukan?

2. Scentual Beauty

spa muslimah
Imej via [scentualbeauty]

Scentual Beauty dikenali ramai oleh penduduk Kuala Lumpur dan Selangor juga dimana ia merupakan spa muslimah yang penuh privasi dan amat relaks. Anda akan berasa tenang dengan suasananya dan juruterapi spa juga mempunyai pengalaman yang baik dalam memberikan khidmat servis. Tidak rugi jika anda memilih Scentual Beauty untuk apa-apa pakej spa yang ditawarkan.

3. Teratak Spa

spa muslimah
Imej via [travelmalaysia]

Spa muslimah seterusnya adalah Teratak Spa. Namanya ala-ala tradisional, begitu jugalah dengan konsepnya. Ia mempunyai cawangan di negeri Pulau Pinang (HQ), Kuala Lumpur, Kota Bharu dan juga selangor.

Nama pakej yang ditawarkan di Teratak Spa ini juga amat menarik iaitu Mak Inang, Srikandi, Nona Manis, Dandan Puteri, Ulek Mayang dan lain-lain lagi. Barulah unik dan diingati!

4. Hannan Medispa

spa muslimah
Imej via [placesmap]

Boleh dikatakan setiap negeri mempunyai cawangan Hannan Medispa yang tersendiri. Dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Johor dan lain-lain negeri lagi boleh anda temui spa ini. Ia adalah Spa Muslimah yang menjadi pilihan ramai wanita kerana menyediakan pakej rawatan eksklusif yang berkesan dan terbaik.

Antara rawatan yang ditawarkan adalah Dermapen Terapi, Janus, Eyelash Perming, Acne Peel Terapi, Sulam Korea Terapi dan banyak lagi. Antara pakej Spa muslimah ini yang menawarkan 5 sehingga 15 sesi terapi adalah pakej Emerald, Sapphire, Ruby dan Diamond.

5. Yoyoy Kamphora Spa

spa muslimah
Imej via [tripadvisor]

Yoyoy Kamphora Spa sangat terkenal dalam kalangan wanita muslimah. Ia adalah salah satu spa muslimah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Yoyoy Kamphora Spa mendapat pengiktirafan sebagai spa terbaik di Malaysia dan Spa Tradisional yang best.

Yoyoy Kamphora Spa juga menawarkan pakej spa yang memberikan servis terbanyak dan terbaik untuk manjakan diri anda. Jom lihat pakej spa yang ditawarkan oleh Spa Muslimah ini di laman sesawang mereka, Yoyoy Kamphora Spa.

6. Jemari Spa & Beauty House

spa muslimahImej via [bfab]

Jemari Spa & Beauty House juga dikenali ramai dan menjadi pilihan wanita di Malaysia. Ramai yang ingin mencuba servis yang ditawarkan di Spa muslimah ini. Barang-barang yang digunakan di Spa ini sangat berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Kesan rawatan juga amat menakjubkan. Jom cuba rawatan spa di spa muslimah ini!

7. Spa Rania Stailista 

spa muslimah
Imej via [foursquare]

Spa Muslimah yang sangat stylo dan trending gitu adalah Spa Rania Stailista. Dari namanya sahaja, pasti anda sudah tertarik! Walau bagaimanapun, anda akan berasa super duper selesa dan bahagia melakukan rawatan kecantikan di sini. Mereka memberikan anda servis dan layanan 5 bintang. Hasilnya juga pasti membuatkan anda berpuas hati.

Selain rawatan wajah dan tubuh badan, anda juga boleh berdandan rambut, mencuci rambut dan mendapatkan rambut baru yang cantik di sini. Tidak kurang hebatnya, nak berurut badan dan tradisional pun dialu-alukan di sini.

8. Bunga Mawar Spa

Spa muslimah ini menawarkan pelbagai rawatan wajah dan kecantikan bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Harga yang ditawarkan pula adalah dari RM 60 dan ke atas. Nak rasai spa muslimah yang berpatutan dan murah, jangan lupa datang ke Bunga Mawar Spa yang terletak di Kuala Lumpur ini.

9. Spa Mawar Putih

spa muslimah
Imej via [spamawarputih]

Spa Mawar Putih adalah spa muslimah yang terletak di Puchong Selangor. Ia menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pakej spa yang menarik dan sesuai untuk anda semua. Dari anak dara, bakal pengantin, isteri, ibu mengandung, ibu berpantang dan lain-lain lagi boleh mendapatkan pakej yang sesuai dan menenangkan di sini.

Pakej jimat dengan harga RM 100 membolehkan anda menikmati sesi spa yang pelbagai untuk seluruh tubuh badan anda. Anda juga boleh membuat tempahan online dan lebih awal sebelum ke spa pada hari yang anda inginkan. Jom lihat cara tempah di sini: Tempahan Pakej Spa Mawar Putih.

10. Kayu Manis Spa

spa muslimah
Imej via [MyPlayPlay]

Nama spa muslimah ini cukup menggambarkan bahawa spa ini bersifat tradisional dan tenang. Sebagai muslimah, pasti anda inginkan ruangan yang privasi dan tertutup bukan?

Kayu Manis Spa sangat privasi dan selesa untuk anda jalani rawatan kecantikan di sini. Anda boleh memilih semua pakej rawatan yang anda inginkan. Mereka pasti tidak akan hampakan anda. Kayu Manis Spa juga menyediakan rawatan untuk orang berpantang dari pakej 3 hari sehingga 44 hari untuk bayi dan ibu.

spa muslimah
Imej via [profhariz]

Wah, menarik kan spa muslimah pilihan ramai di Malaysia ini. Banyak lagi yang boleh anda terjah, tapi apa kata anda cuba spa muslimah yang kami sarankan tadi dahulu. Mana tahu, ia memang menyeronokkan!

Rujukan:

  1. ohbulan
  2. Google Place
  3. Facebook

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.