Facebook adalah sebuah platform media sosial yang sangat terkenal sejak beberapa tahun yang lepas lagi. Tidak sah lah jika salah seorang daripada kita tidak mempunyai sebuah akaun Facebook.
Banyak perkongsian menarik yang dapat kita lihat di laman Facebook dan kita dapat melihat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen di ruangan komen setiap perkongsian.
Selain daripada komen dan reaksi netizen di ruangan komen, dapat juga kita lihat mereka-mereka yang sudah berkahwin tag pasangan mereka di ruangan komen tersebut. Ini bukanlah perkara yang asing lagi yang kita dapat lihat di ruangan komen setiap perkongsian di Facebook. Ada pasangan yang tidak suka ditag oleh isterinya kerana tidak ada kena mengena dengan mereka.
Kita sebagai pasangan janganlah marah jika isteri kita sering tag kita di Facebook tetapi cuba untuk melihat dengan lebih dalam tujuan mereka tag kita. Dengan cara ini, kita dapat mengenal isteri kita dengan lebih mendalam dan ianya adalah sejenis komunikasi antara si isteri dengan kita. Mari kita lihat mengapa isteri kita suka tag kita di Facebook yang telah dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif.
Para suami perlulah memahami setiap tindak tanduk isteri. Setiap perlakuan yang mereka lakukan pastinya membawa maksud di sebaliknya kerana sifat semulajadi wanita ini meraka memang suka berkias tidak seperti lelaki.
Jika para suami dapat memahami setiap perkara yang isteri lakukan pastinya rumah tangga anda akan lebih bahagia kerana si isteri merasakan perasaan dan kehendak mereka juga dijaga oleh suami. Semoga dengan perkongsian ini rumah tangga anda makin ceria dan bahagia.
Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.
Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini.