Siapa yang ingin terpisah dengan anak? Pastinya tiada satu pun ibu bapa di dunia ini yang sanggup berjauhan dengan anak biarpun anak sudah besar mahupun masih kecil lagi. Apabila bercerai, ibu bapa terpaksa membuat pilihan kepada siapa anak harus ikut dan mendapat jagaan.

Penjagaan Anak Mengikut Hukum Syarak

Penjagaan anak selepas bercerai adalah kepada ibu yang melahirkan anak tersebut berdasarkan Hukum Syara’ dan Undang-undang keluarga
Islam yang berkuatkuasa. Sudah pasti ibu paling berhak mendapat penjagaan anak (hadhanah) yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bukan sahaja ibu, tetapi keluarga sebelah ibu seperti nenek juga layak. Barulah seterusnya adalah bapa dan sebelah keluarga bapa. Namun demikian, mahkamah juga akan mempertimbangkan kembali sekiranya terdapat pilihan anak dengan melihat semula kepada kepentingan dan kebajikan anak. Tuntutan Hak Jagaan Anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

hak penjagaan anak
Imej via [baituljannah]

Kenapa Ibu Dipilih Untuk Menjaga Anak?

Ibu dipilih untuk menjaga anak adalah kerana keperluan anak yang mampu diberikan oleh si ibu sahaja seperti susu badan, penjagaan bayi yang rapi, kasih sayang dan lain-lain lagi. Walaupun ayah juga mampu, tetapi anak kecil memerlukan seorang ibu untuk menguruskan segala keperluannya melainkan ibu tidak menepati syarat yang diperlukan. Tahukah anda, terdapat syarat-syarat yang harus diikuti oleh ibu untuk menjaga anak. Antaranya adalah:

  • Seorang beragama Islam
  • Mempunyai akal fikiran yang waras
  • Mampu memberi perlindungan, jagaan dan kasih sayang
  • Baik akhlak
  • Mampu menyediakan tempat tinggal yang selamat

Adakah Ibu Selamanya Menjadi Penjaga Anak?

Tidak, walaupun ibu menepati syarat hak penjagaan anak, tetapi ia adalah dalam tempoh yang tertentu. Perlu anda ketahui bahawa syarat penjagaan anak dari si ibu (hadhanah) akan hilang sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut.

hak penjagaan anak
Imej via [theasianparent]

Sebab Syarat Hak Penjagaan Anak Terhadap Ibu (Hadhanah) Akan Hilang:

  1. Sekiranya ibu telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tiada pertalian dengan anak tersebut dan dilarang berkahwin dengan anak tersebut. Hak penjagaan anak untuk ibu akan dapat semula jika perkahwinan dengan lelaki itu dibubarkan.
  2. Sekiranya ibu berkelakuan tidak baik dan buruk secara terbuka dan keterlaluan.
  3. Sekiranya ibu menukar tempat bermastautinnya semata-mata kerana ingin mengelakkan bapa anak tersebut mengawasi anak tersebut (kecuali jika isteri yang bercerai ingin membawa anak ke tempat lahir isteri).
  4. Sekiranya ibu telah murtad.
  5. Sekiranya ibu telah menganiaya anaknya dan telah mencuaikannya.

Perpindahan Hak Penjagaan Anak Selepas Ibu

Sekiranya ibu telah kehilangan syarat di atas dan tiada hak penjagaan anak lagi, anak tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada bapa tetapi ia akan dilihat berdasarkan kelayakan dahulu. Berikut adalah mereka yang layak mengikut susunan terhadap hak penjagaan anak.

(a) Nenek sebelah ibu hingga ke atas;
(b) Bapa;
(c) Nenek sebelah bapa hingga ke atas;
(d) Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) Kakak atau adik perempuan seibu;
(f) Kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
(i) Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) Emak saudara sebelah ibu;
(k) Emak saudara sebelah bapa;
(j) Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau
rasiduari;
(k) Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan
kanak-kanak itu.

Tempoh Penjagaan Anak Dan Pertukaran Hak Penjagaan Anak

hak penjagaan anak
Imej via [verywellfamily]

Selain dari penjagaan mengutamakan keluarga sebelah ibu, ia juga bergantung kepada hak penjagaan dan situasi untuk bapa mendapat hak penjagaan anak.

Menurut peruntukan seksyen 85(1) dan (2), hak hadhanah menjaga seseorang kanak-kanak akan tamat setelah kanak-kanak mencapai umur tujuh tahun (kanak-kanak lelaki) dan sembilan tahun (kanak-kanak perempuan).

Subseksyen (2) pula memperuntukkan bahawa tempoh penjagaan anak adalah sehingga anak mumayyiz (boleh bezakan yang baik dan buruk), barulah boleh tinggal dengan bapanya dan dia boleh memilih dengan siapa untuk tinggal.

Pertukaran hak penjagaan anak juga boleh berlaku atas sebab permintaan ibu bapa dan permintaan kanak-kanak. Namun, mahkamah akan melihat semula berdasarkan kemampuan memberi kebajikan, keselamatan dan pendidikan kepada anak-anak. Jelaslah hak penjagaan anak tertakluk kepada seksyen dan syarat yang telah ditetapkan. Ia akan dikaji dan dibincangkan oleh pihak mahkamah.

Perkara Yang Akan DiPertimbangkan Oleh Mahkamah:

Apakah yang akan dilihat dan dipertimbangkan oleh mahkamah untuk membuat keputusan hak penjagaan anak. Terdapat banyak faktor yang akan dilihat seperti berikut:

(a) hasrat ibu bapa kanak-kanak tersebut;
(b) kemahuan kanak-kanak itu sendiri sekiranya
dia berada dalam peringkat umur yang boleh
menyatakan pendapatnya dengan bebas;

hak penjagaan anak
Imej via [baituljannah]

(g) kemungkinan pihak-pihak berdamai;
(h) kelebihan dari segi pendidikan dan material;
(i) faktor kesihatan dan perubatan.
(c) umur dan jantina kanak-kanak tersebut;
(d) agama dan adat resam;
(e) bangsa dan latar belakang budaya;
(f) kelakuan pihak-pihak yang membuat tuntutan;

Akhir sekali, anda boleh menghubungi mahkamah dan mendapatkan khidmat nasihat atau sebarang persoalan berkaitan hak penjagaan anak. Bagi anak yang bukan beragama Islam pula, boleh hubungi mana-mana Jabatan Bantuan Guaman untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

Harap segala maklumat yang dikongsikan dapat memanfaatkan anda. Jom baca juga Anak tak sah taraf (Perundangan), Senarai rumah anak yatim di Malaysia dan Cara ambil anak angkat di hospital.

Rujukan:

  1. studentsrepo
  2. jbg.gov
  3. sistersinislam

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.