Anda mencari koleksi resepi dessert untuk malam ini? Khas untuk anda yang teringin memanjakan selera, sepatutnya anda cubakan 25 resepi dessert yang kami kongsikan ini.

Dessert merupakan makanan pencuci mulut yang disajikan setelah makanan utama. Ia bukanlah sejenis makanan berat. Biasanya dessert terdiri daripada minuman mahupun makanan yang segar, manis dan nyaman. Desert dapat berupa puding, kek, aiskrim, biskut, pai, tart, kartard dan lain-lain.

25 resepi dessert yang kami bawakan untuk anda ini ialah resepi yang sangat viral dan famous. Ramai orang telah mencuba resepi ini dan selalunya puas dengan kejadinnya. Resepi di bawah ini sangat mudah, bahan simple dan rasanya sangat menitik air liur.

Tunggu apalagi, sila cuba 25 resepi dessert di bawah ini. Sajikan resepi dessert yang memikat tekak anda dan keluarga. Tidak hanya untuk keluarga, disajikan untuk tetamu pun sangat boleh. Selamat mencuba.

1. Resepi Buko Pandan

buko pandan

Imej via Facebook

Resepi dessert satu ini sudah lama dikenal masyarakat Malaysia, namun ia tak lekang hingga sekarang. Sentiasa menyelerekan tekak masyarakat kita. Berikut kami kongsikan resepi buko pandan yang biasa dibuat niaga oleh Siti Zaimah Hamilun‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Agar-agar 5 pek
  • Sagu putih 2-3 gelas
  • Isi kelapa muda
  • Susu manis 2 tin
  • Susu cair 2 tin
  • Nestle cream 1 tin (bancuh dengan sedikit air)

Cara-cara :

  1. Didihkan air bersama daun pandan.
  2. Bila air sudah mendidih, keluarkan pandan dan masukkan agar-agar. ( Saya tidak guna perasa, tapi boleh saja kalau mahu guna perasa pandan).
  3. Masak agar-agar hingga larut.
  4. Tambah sedikit pewarna hijau.
  5. Bila sudah larut, sejukkan. Potong dadu bila sudah keras.
  6. Masak sagu hingga masak.
  7. Tos dan alirkan dengan air paip hingga sejuk supaya sagu tidak melekat.
  8. Satukan susu manis, susu cair dan nestle cream.
  9. Gaul hingga sebati dan sesedap rasa.
  10. Lepas itu masukkan agar-agar, sagi dan isi kelapa tadi.
  11. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidang.
  12. Tambah aiskrim vanilla lagi sedap.

2. Resepi Puding Jagung

puding jagung

Imej via Miya Aira

Puding jagung anti lembik. Sedap sangat-sangat. Dessert yang sangat favorit satu keluarga. Step by step cara membuat puding sedap ini dapat dilihat di bawah. Resepi perkongsian daripada ‎Miya Aira‎ di laman Facebook. Terliur tak? Jom cuba resepinya.

Bahan-bahan :

  • Satu cawan tepung kastard
  • 800ml santan (500 ml santan pekat campur air biasa 300 ml) 300ml air (ini asing)
  • 1 tin Jagung manis (guna brand adabi, ambil isi sahaja)
  • Satu cawan gula, jika suka lagi manis boleh lebihkan

Nota : Guna santan kotak brand kara. Nak guna santan asli pun boleh lagi sedap.

Cara-cara :

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas dan masukkan air biasa 300 ml.
  2. Selepas itu kacau pakai whisk atau senduk pun boleh. Kacau hingga tepung tak berketul.
  3. Bila tepung dah tak berketul, masukkan santan 800 ml.
  4. Masukkan gula.
  5. Masukkan satu tin jagung manis.
  6. Kacau sebati. Nota : kalau suka jagung halus boleh blender jagung, tapi bagi saya lagi sedap jika masuk sebiji-sebiji macam resepi di atas.
  7. Masukkan ke dalam kuali atau periuk.
  8. Masukkan semua bahan tadi. Buka api kecil.
  9. Masukkan sedikit garam bagi rasa lemak, dalam satu atau setengah sudu kecil sahaja. Nota : INGAT!!Amaran keras kena sentiasa kacau. Jangan biar ya. Kalau tak dia boleh jadi hangus.
  10. Kacau sampai jadi likat dan berkilat.
  11. Untuk warna kuning cantik, saya tambah setengah sudu kecil pewarna (option).
  12. Akhir sekali masukkan kedalam loyang.
  13. Ratakan permukaan pakai pisau sapu jem atau sudu kalau nak bagi licin.
  14. Kalau menggerutu sikit tidak apa. Janji sedap. Guna loyang size 20 cm.
  15. Biarkan sejuk sekejap baru masukkan dalam peti ais.
  16. Biar selama sejam.
  17. Sila potong dan hidang sesuka anda.

3. Resepi Dessert Nutella Bites

nutella bites

Imej via Facebook

Esok ada potluck rumah kawan, terpikir nak buat dessert yang simple but fun, kira tetamu boleh grab makan begitu saja. Sekali datang lah idea ini guna 2 bahan saja. Sekali hidang mesti tetamu suka dan terus habis dulu. Jom tengok resepi daripada Hurun’Iin Malik‎ di Facebook seperti di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • 1 paket roti paratha (5 keping)
  • Nutella

Cara-cara:

  1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan.
  2. Sudukan sedikit nutella di tengah-tengah dan picitkan paratha di bahagian yang lurus sampai tertutup.
  3. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi nutella.
  4. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi nutella membentuk seperti jambangan bunga.
  5. Bakar pada suhu 180 ‘C api atas bawah, rak oven bawah sekali selama 30-40 minit atau sehingga paratha masak.

Nota : Guna aluminium round tin saiz 6”. Senang boleh terus hidang.

4. Resepi Dessert Tiramisu

tiramisu

Imej via Facebook

Tiramisu ialah dessert yang paling senang untuk kita sediakan. Tak perlu bakar, tak perlu kukus. Hanya bancuh, susun dan hias tapi rasanya yang sejuk dan nyaman bila masuk ke dalam mulut. Jom tengok resepi tiramisu kegemaran ramai perkongsian Ruhaiza Bunyamin‎ di laman Facebook.

Bahan Utama :

  • Kek swiss roll @ chiffon. Tak kisah perasa apa pun. Selalu saya gunakan mocha, choc, pandan dan coffee.
  • Bancuhan 1 sudu besar nescafe dengan air panas.
  • 250 g creamcheese
  • 50 g gula castor
  • 1/2 cawan whipping cream

Bahan Hiasan:

  • Buah-buahan : strawberry @ anggur @ kiwi @ peach.
  • Serbuk koko @ Milo

Cara-cara :

  1. Pukul creamcheese + gula + whipping cream.
  2. Potong nipis kek (± 1cm).
  3. Susun kek dalam bekas.
  4. Siramkan sedikit-sedikit bancuhan nescafe di atas kek.
  5. Tuang adunan cheese atas kek dan ratakan.
  6. Lapiskan lagi satu kek dan lakukan step 4 dan 5 semula.
  7. Taburkan serbuk koko @ Milo gunakan penapis kopi.
  8. Susun buah dan chill overnight.

Cara dapat corak atas kek :

  1. Guntingkan kertas A4 kecil-kecil dan panjang-panjang.
  2. Susun selang seli di atas kek dan taburkan coco powder.
  3. Jangan gerak-gerakkan kertas.
  4. Jika sudah siap tabur, angkat kertas. Siap.

5. Resepi Seafood Tomyam Quiche

seafood tomyam quiche

Imej via Facebook

Pernah dengar tak nama dessert ini? Ini bukan sembarang dessert. Biasa orang buat online class RM 10. Nah di sini kami bagi free terus. Dessert yang best seller. Agak mahal sikit, sebab menggunakan seekor udang sebekas. Lagi berbaloi buat sendiri kan. Jom tengok resepi daripada Fahmy Zahid‎ pada perkongsiannya di laman Facebook ini.

Bahan Doh :

  • 220 g tepung gandum
  • 125 g mentega sejuk, didadu kecil
  • 1 camca besar gula aising
  • Garam secukup rasa
  • Satu biji telur, dipukul
  • 1 tsp mix herbs
  • Mould : ikut suka

Cara-cara :

  1. Campur semua buat macam kulit tart.
  2. Bakar suhu 160 ‘C hingga half bake.
  3. Keluarkan.

Bahan Inti :

  • Bawang besar didadu
  • Udang
  • Kiub tomyam

Cara Membuat Inti :

  1. Tumis bawang masukkan udang dan kiub tomyam.
  2. Perasakan dengan garam.
  3. Masak hingga udang masak ketepikan.
  4. Ambil 1 biji Telur dan 150ml whipping cream kacau rata.
  5. Amik pastry masukkan inti tadi.
  6. Kemudian tuang bahan nombor 4,  bakar hingga masak.

6. Resepi Aiskrim Biskut Mangga

aiskrim biskut mangga

Imej via Facebook

Mencari dessert yang sedap, terliuq dan nyaman? Anda patut cuba resepi ini. Aiskrim yang dilapis dengan biskut dan potongan isi mangga. Resepi paling viral di laman Facebook ini mendapat perkongsian hingga 66K. Mari tengok resepi yang dikongsikan oleh Nor Izan Mustapa ini.

Bahan-bahan :

  • Mangga
  • Whipping cream
  • Susu pekat
  • Biskut

Cara-cara :

  1. Mula-mula potong dadu mangga. Ketepikan.
  2. Dalam bekas pukul whipping cream sampai kental.
  3. Tuang susu pekat dan kacau smpai sebati (tak perlu pukul).
  4. Susun biskut dalam bekas yang beralas plastik.
  5. Tuang sedkit campuran cream dan ratakan.
  6. Tabur potongan mangga.
  7. Susun lagi biskut di atasnya dan ulang semula step. Terpulang berapa layer yang nak dibuat.

Untuk Topping Atas (boleh pilih mana-mana ikut suka)

  1. Tabur potongan mangga pada lapisan cream yang terakhir dan terus bekukan. Atau,
  2. Masak serbuk puding mangga ikut arahan pada kotak. Biarkan sejuk tapi jangan sampai beku. Tuang rata di atasnya. Atau,
  3. Cairkn filling mangga (di kedai bakery ada jual) dan tuang atasnya.
  4. Simpan di tempat beku 4-5 jam sebelum dipotong (lagi elok seamalaman)

7. Resepi Pumpkin Bua Loy

pumpkin bua loy

Imej via Facebook

Dessert viral yang digemari sejak kebelakangan ini. Dessert ini sesuai untuk makan pada waktu petang dan malam. Apa itu pumpkin lua boy? Sejenis ala-ala macam cendol tapi ini dengan labu. Yang tak sabar nak tahu resepi dessert labu yang comel ini. Mari tengok resepi perkongsian daripada Yunk Mardhiah‎ di laman Facebook.

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan labu yang telah direbus dan dilecek
  • 3 cawan tepung pulut (boleh campur sedikit tepung gandum jika tak nak liat)
  • Pewarna oren dan hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula @ ikut suka manis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Sedikit sagu yang telah dimasak

Cara Penyediaan:

  1. Satukan labu dan tepung pulut.
  2. Gaul hingga jadi doh.
  3. Asingkan dalam 2 sudu besar campur dengan pewarna hijau untuk dijadikan tangkai labu.
  4. Doh selebihnya campur dengan pewarna oren.
  5. Ambil sedikit doh oren, gentel bulat. Tekan gariskan dari atas ke bawah dengan pencungkil gigi untuk buat corak labu.
  6. Buat lubang di tengah-tengahnya.
  7. Kemudian, ambik doh hjau gentel panjang. Cucuk pada lubang tadi kemaskan. Buat sampai habis adunan.
  8. Dalam periuk, didihkan air dan masukkan bebola labu. Bila ia sudah timbul, angkat dan toskan.
  9. Masukkan ke dalam air sejuk supaya ia tak melekat antara satu sama lain.
  10. Masak santan bersama air, gula, garam dan daun pandan. Bila sudah hampir mendidih, masukkan bebola labu & sagu. Kacau rata
  11. Siap untuk dihidangkan.

8. Resepi Puding Buah

Imej via Facebook

Puding diperbuat daripada serbuk agar agar atau jelly, santan dan susu. Diolah dengan cara dikukus atau direbus dan ada juga dibakar. Berikut kami sediakan resepi puding buah yang segar dan patut cuba dikongsikan oleh Nor Azlin Ahmad Hamizan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 paket serbuk agar agar (10 gram),
  • 4 cawan air,
  • 1 cawan gula,
  • 1 tin susu cair,
  • 1 tin besar buah peach,

Cara-cara :

  1. Buah peach sajat airnya. ¾ buah dipotong dadu, ¼ lagi dihancurkan. Ketepikan.
  2. Kemudian masak air, gula dan serbuk agar agar sehingga mendidih.
  3. Masukkan susu cair. Masak sekejap. Tutup api.
  4. Lalu masukkan buah peach yang telah dipotong dadu dan dihancurkan tadi.
  5. Seterusnya basahkan loyang. Tuang adunan puding. Biarkan wap panas hilang.
  6. Sejukkan  puding dalam peti ais.
  7. Boleh hiaskan dengan kepingan buah peach dan buah lain.

9. Resepi Puding Trifle

puding trifle

Imej via Facebook

Trifle ialah makanan gaya barat di mana ia bermaksud hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada buah-buahan, jelly, kastard dan whipped krim yang mana bahan-bahan ini disusun berlapis-lapis dalam mangkuk trifle bagi menampakkan lapisan dessert nya. Puding trifle tampak sangat menggoda dan segar dibuat oleh Suriea Mohd Noor‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 Swiss roll perasa pandan,
  • 1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah),
  • 2 kotak kristal jelly cap Nona,
  • 1 tin susu cair,
  • 1 tin air,
  • 7 sudu gula pasir,
  • 4 sudu besar tepung kastad – sukatan membukit.

Cara-cara :

Lapisan 1 :

  1. Potong Swiss roll anggaran 1.5 cm tebal, susunkan dalam acuan pilihan. Padatkan agar tidak ada ruang.
  2. Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu. (Air fruit coktail mungkin berbaki, tidak perlu habiskan).

Lapisan 2 :

  • 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api. Tunggu sekejap.
  • Sambil tunggu susu mendidih, bancuhkan 4 sudu tepung kastard dengan ½ tin air.
  • Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3 :

  1. Buah koktail tadi ditabur ke atas lapisan 2 (kastard). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4 :

  1. Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly hingga mendidih.
  2. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

10. Resepi Pulut Mangga Thai Special

pulut mangga

Imej via Facebook

Jika anda pernah makan pulut mangga, anda mesti teringin lagi dan lagi. Kombinasi rasa manis mangga dengan liat pulut lemak santan sangat menarik dan bikin ketagih. Resepi ini dikongsikan oleh ‎Munirah Jafar di laman Facebook. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan Pulut Mangga :

  • 400 gram beras pulut direndam semalaman,
  • 1 cawan santan pekat,
  • 1 cawan santan cair,
  • 2-3 sudu besar gula,
  • Sedikit garam,
  • Beberapa helai daun pandan atau daun pisang,
  • 2 sudu besar bijan dibakar tanpa minyak untuk taburan,
  • 3 biji mangga.

Bahan Untuk Kuah Santan :

  • 1 cawan santan pekat,
  • 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung dibancuh dengan sedikit air,
  • 1 helai daun pandan dicarik dan simpul,
  • Garam secukup rasa (biar kuah agak masin).

Cara Membuat Pulut :

  1. Mula-mula panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. Kemudian bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya
  3. Setelah kering airnya, masukkan pulut ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  4. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  5. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.
  6. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
  7. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
  8. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  9. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Cara Membuat Kuah Santan:

  1. Mula-mula panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
  2. Kemudian masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  3. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

11. Resepi Durian Crepe

durian crepe

Imej via Facebook

Durian crepe menggunakan inti durian dengan whipping cream dan dibalut dengan kulit crepe yang sangat nipis. Semakin nipis kulit maka semakin sedap rasa crepe. Sila buat resepi crepe durian lemak berkrim yang dikongsikan oleh ‎Shah Sue‎ di laman Facebook ini sangat mudah untuk dicuba. Kesemua gambar dalam resepi ini dikredit oleh Syazwani Awang. 

Bahan-bahan :

  • 1 sudu besar tepung gandum,
  • 1 sudu besar tepung jagung,
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu,
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang,
  • 1 sudu besar tepung kastard,
  • Sedikit garam,
  • 2 sudu besar gula icing,
  • 2 biji telur saiz A,
  • 1 sudu besar minyak masak,
  • 1/2 cawan air,
  • 1/2 cawan susu cair,
  • Sedikit esen vanila,
  • Beberapa titik pewarna kuning.
  • Isi durian yang dihancurkan
  • 500 gm whipping cream,
  • 2 sudu besar gula icing.

Cara Membuat Kulit Crepe :

  1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam satu bekas.
  2. Masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati dan masukkan air, susu segar serta pewarna kuning. Blenderkan. Kemudian tapis.
  3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17 cm diameter tapak) api sederhana. Sapu kuali dengan sedikit minyak. (Oles guna tisu).
  4. Apabila kuali dah panas, angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali sehingga adunan rata dan nipis. Pastikan crepe tadi memenuhi permukaan kuali.
  5. Letak kembali kuali di atas dapur untuk seketika dan kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti crepe akan hangit. Crepe ini tidak perlu diterbalikkan kerana ia nipis dan mudah masak.
  6. Ulangi langkah sehingga habis. Boleh ditindih bertindan sebab tidak melekat.

Cara Membuat Inti Durian dan Whipp Cream :

  1. Dalam bekas lain, masukkan isi durian dihancurkan. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya tidak cair.
  2. Untuk whipp cream pula, dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500 gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing.
  3. Kemudian pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tidak cair.
  4. Seterusnya, paipkan whipp cream, isi durian ditengah dan paipkan lagi whipp cream.
  5. Balut. Ulangi langkah untuk crepe yang berikutnya.
  6. Sejukkan sebelum dinikmati.

12. Resepi Apple Strudel

apple strudel

Imej via Facebook

Apple Strudel ialah makanan yang menggunakan epal yang dipotong kecil sebagai bahan utamanya. kemudiannya digulung dengan puff pastry. Puff digulung memanjang bersama epal kemudian di bakar. Kena hati-hati masa menggulung itu ya. Takut isinya keluar semua. Makanan ini cocok dijadikan masakan untuk hidangan majlis mewah. Dihidangkan sebagai dessert dalam acara pesta. Resepi menarik daripada ‎Mahfuzah Amin‎ di laman Facebook ini.

Bahan-bahan :

  • Puff pastry
  • 2 biji apple
  • 2 sudu besar gula kastor (kalau nak manis boleh lebihkan)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil chinnamon powder
  • 1 biji telur
  • Almond flake
  • Gula aising

Cara-cara :

  1. Potong dadu/wedges apple.
  2. Gaulkan dengan tepung, gula kastor dan chinnamon powder.
  3. Nipiskan puff pastry, nanti jadi memanjang sikit.
  4. Letak inti apple. Gulung.
  5. Kemaskan tepi takut nanti inti meleleh.
  6. Gariskan. Sapu telur. Tabur almond flake, tekan sikit bagi melekat.
  7. Bakar pada suhu 200°C selama 30 minit (ikut oven masing-masing).
  8. Biarkan sejuk sikit. Taburkan gula aising.

13. Resepi Rainbow Rubies

rainbow rubies

Imej via Facebook

Nama dessert yang sedap ni berasal dari Thailand ini ialah Tub Tim Krob (Red Rubies) tapi sebab buat warna warni jadi kita tukar sedikit nama dia jadi Rainbow Rubies. Sepatutnya makan dengan isi nangka tapi sebab tidak ada nangka, kita makan dengan mangga dan jagung. Resepi asal daripada Nur Natasha Abdullah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Sengkuang cina (saya guna sengkuang biasa).
  • Pewarna makanan,
  • Tepung ubi,
  • Air mendidih,
  • Santan,
  • Daun pandan,
  • Gula garam,
  • Sedikit bancuhan tepung jagung,
  • Ais,
  • Hirisan nangka.

Cara-cara :

  1. Potong dadu sengkuang cina (boleh guna sengkuang biasa).
  2. Masukkan pewarna dengan sedikit air kedalam potongan sengkuang tadi. Gaul rata dan biarkan sekejap.
  3. Tos sengkuang cina yang telah direndam dengan pewarna dan gaulkan dengan tepung ubi sampai semua potongan sengkuang bersalut rata dengan tepung ubi.
  4. Toskan sengkuang yang sudah bersalut tepung ubi untuk buang tepung-tepung berlebihan.
  5. Masukkan sengkuang tadi kedalam air mendidih dan angkat bila masak (tanda masak -sengkuang terapung dalam air).
  6. Masukkan sengkuang yang sudah masak tadi kedalam air sejuk berisi ais dan biarkan.
  7. Masak santan dengan daun pandan, gula dan sedikit garam (buat manis sedikit sebab nanti makan dengan ais).
  8. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Masak sebentar sehingga kuah pekat.
  9. Toskan sengkuang tadi dan masukkan santan bila mahu makan. Tambah ais dan hirisan nangka. Siap untuk dimakan.

14. Resepi Dessert Kastard Buah Segar

kastard buah

Imej via Facebook

Antara menu femes jualan di bulan puasa. Sekali rasa wajib ulang lagi. Kami kongsikan resepi yang didatangkan daripada Nur Lyanti Net Saadun di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 tin buah-buahan campuran. (fruit cocktail, jangan ambil airnya) pelbagai buah-buahan yang segar.
  • Buah laici tin,
  • Nata De Coco,
  • 1 tin susu cair,
  • 2 tin air (sukat guna tin susu cair),
  • 3 sudu besar tepung kastard,
    ( bancuh dengan air masak@tapis. Sukat guna tin susu cair juga-1 tin ).
  • 1 cawan gula pasir,
  • 1 cawan susu pekat,
  • Secubit garam halus,
  • 2 penutup essen vanilla,
  • 1 penutup pewarna kuning.

Cara-cara :

  1. Campurkan susu cair, air, susu pekat, gula pasir, secubit garam,pewarna kuning, esen vanila dan kacau hingga mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih masukkan bancuhan tepung kastard yang dibancuh guna air masak @ tapisan tadi dan matikan api.
  3. Kacau perlahan-lahan sehingga kelihatan pekat guna hand whisk (memudahkan) supaya kastard tidak melekat pada dasar periuk.
  4. Apabila sebati, biarkan kuah kastard sejuk.
  5. Apabila sudah betul-betul sejuk, tuangkan kuah kastard tadi ke dalam bekas yang berisi buah-buah segar seperti strawberry, epal merah, laici, anggur dan lain-lain.
  6. Untuk hiasan boleh tabur biji selasih dan kismis campuran.
  7. Kalau ingin lagi sedap boleh masukkan ketulan ais atau sejukkan dessert di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

15. Resepi Thai Dessert ‘Ruam Mitr’

ruam mitr

Imej via Facebook

‘Ruam Mitr’, penggemar boba patut buat thai dessert ini. Rasanya kenyal-kenyal macam boba gitu sedapp! Anak-anak gerenti suka. Buatpun senang. Resepinya dari Ilyani Kori di laman Facebook.

Bahan Doh :

  • Tepung ubi kayu,
  • Air panas,
  • Pewarna.

Bahan Kuah :

  • Santan,
  • Gula,
  • Garam,
  • Daun pandan,
  • Sagu.
    **boleh tambah keledek/jagung/nangka jika suka.

Cara-Cara :

  1. Sediakan air panas menggelegak. Masukkan air panas kedalam tepung ubi sedikit demi sedikit uli hingga menjadi doh.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput.
  3. Rebus dalam air menggelegak. apabila mulai terapung tos dan masukkan dalam air. Ketepikan.
  4. Dalam periuk lain masukkan air, gula, garam dan daun pandan.
  5. Kemudian masukkan santan.
  6. Bila menggelegak sedikit masukkan sagu.
  7. Tos doh siput kita buat tadi dan masukkan dalam kuah santan.

16. Resepi Chocolate Lasagna

chocolate lasagna

Imej via Facebook

Resepi dessert ini telah menjadi antara salah satu kesukaan ramai. Resepi menggunakan Oreo sebagai bahan asas. Ayuh cubakan resepi yang dikongsikan oleh Iza Dilaila di laman Facebook.

Bahan Adunan A :

  • 2 bungkus oreo = 30 keping oreo,
  • 5 sudu besar butter dicairkan.

Cara-cara :

  1. Kisar biskut oreo dengan krimnya sekali dan butter dalam food processor atau cara manual pakai tangan pun boleh. Ramas-ramas biskut dan gaulkan dengan butter cair. Biar bersatu.
  2. Masukkan dalam bekas khas, lagi menarik kalau bekas kaca sebab boleh nampak layernya.

Adunan B (Chocolate Coconut Pudding) :

  • ¼ cawan tepung jagung (50 ml),
  • ½ cawan gula kastor (80 ml),
  • Secubit garam,
  • 1 ½ cawan susu segar (300 ml),
  • 1 ½ cawan santan kotak (300ml),
  • 200 gram dark coklat,
  • 1 penutup penuh esen vanilla,
  • 1 sudu besar serbuk koko.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Masak secara double boil guna api sederhana besar.
  2. Kacau bahan-bahan di atas sampai jadi likat macam jem Nutella.

Adunan C :

  • 250 gram cream cheese,
  • 2 sudu besar susu segar,
  • 100 gram gula aising,
  • 300 ml non dairy whipping cream.

Cara-cara :

  1. Dalam bekas, masukkan cream cheese yang sudah dibiarkan dalam suhu bilik. Putar guna mixer sehingga lembut.
  2. Kemudian campurkan 2 sudu besar susu dan gula aising. Putar lagi hingga sebati, ketepikan.
  3. Dalam bekas lain pula, putar non dairy whipping cream secara berasingan.
  4. Pastikan whipping cream ini diputar ketika baru dikeluarkan dari peti ais, bukan suhu bilik. Mula dengan kelajuan perlahan dan teruskan putar dengan kelajuan tinggi.
  5. Putar sampai menjadi kental.
  6. Kemudian barulah adunan cream cheese tadi dituang ke dalam adunan whipping cream.
  7. Gaul kedua-dua bahan secara kaedah kaup balik. Boleh guna spatula atau pun senduk.
  8. Kemudian boleh tuang adunan C ke dalam adunan A. Tuang separuh adunan saja.
  9. Seterusnya baru tuang adunan B (chocolate coconut pudding) ikut ingin banyak mana. Sebelum tuang gaul-gaul dulu coklat puding hingga tidak berketul.
  10. Akhir sekali masukkan baki adunan C.
  11. Hias ikut kreativiti masing-masing.
  12. Kemudian sejukkan di bahagian chiller. Dessert ini dimakan sejuk baru sedap.

17. Resepi Sagu Tembikai Susu 

sagu tembikai susu

Imej via Facebook

Seterusnya kami ingin berkongsi satu resepi dessert yang mudah, sangat sedap buat untuk tetamu sepanjang hari raya. Bila tetamu suka kita pun bahagi bukan? Resepi didatangkan daripada Fathin Khair di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • ½ cawan sagu,
  • 1 tin susu cair,
  • 1 cawan gula pasir,
  • 1 cawan air,
  • ½ biji honeydew,
  • Ais batu.

Cara-cara :

  1. Rebus sagu hingga jernih. Tapis dan bilas untuk buang lebihan kanji pada sagu. Toskan.
  2. Potong dadu isi tembikai susu/gunakan melon scoop. Ketepikan.
  3. Dalam periuk, masukkan gula pasir dan sedikit air. Masak hingga gula larut.
  4. Masukkan susu cair dan sagu ke dalam bekas yang berisi tembikai yang didadu tadi. Masukkan air gula tadi, tahap kemanisan mengikut selera anda.
  5. Kemudian masukkn ais dan sedia dihidangkan.

18. Resepi Puding Caramel

puding caramel

Imej via Facebook

Dessert mudah mudah mudah sangat. Hanya dengan 3 bahan sahaja menjadi sebuah dessert yang sedap yakmat. Siapa yang tidak suka puding caramel. Akmal Wahab‎ berkongsikan resepi puding caramel budget di laman Facebook. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • Gula 3 sudu,
  • Susu cair 1 tin,
  • Telor gred B 3 biji.

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan-bahan di atas.
  2. Kukus selama 45 minit.
  3. Untuk gula hangus, agak-agak sahaja ingin berape sudu.
  4. Siap.

19. Resepi Cha Bang Ang

cha bang ang

Imej via Facebook

Seterusnya kita buat dessert Cha Bang Ang. Dessert ini juga berasal dari Thailand. Senang di buat dan bahan-bahannya pula mudah di dapat, di speed mart pun ada jual. Resepi dikongsikan oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Cincau manis (beli dalam tube),
  • Gula karamel – gula perang 1 cawan masak dengan air 1 cawan,
  • Selasih 3 sudu besar – rendam air panas,
  • Ais.

Susu (campur semua dan goncangkan) :

  • Susu segar full cream – 2 cawan,
  • Susu cair – 1 cawan,
  • Susu pekat manis – 3 sudu besar,
  • Vanila esen 1 sudu the,
  • Garam secubit.

Cara-cara :

Campurkan semua bahan. Siap.

20. Resepi Thai Milk Viral

thai milk

Imej via Facebook

Thai milk diperbuat dengan susu cair, susu pekat, jelly dan biji selasih. Sedap sebab bau wangi dari jelly raspberry dan lemak-lemak susu cair. Kalau ingin buat sendiri lagi berbaloi. Thai milk versi Eda Harun‎‎ ini padu dan terasa lemak-lemak manisnya. Tidak hairanlah resepi Thai milk ini mendapat perkongsian amat ramai.

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair carnation (brand ini sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak).
  • 2 sudu susu pekat.
  • 1 paket kristal Jelly Brand Nona (Perisa Raspbesi). Bekukan dan potong dadu/panjang ikut suka.
  • 1 sudu biji selasih. Rendam hingga kembang dan toskan.
  • 1 mangkuk ais.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.
  2. Susu pekat boleh diselaraskan ikut kehendak masing-masing.
  3. Kerana jelly sudah manis letak susu pekat sedikit saja.
  4. Siap. Sedap diminum petang-petang.
  5.  

21. Resepi Cocktail Buah Naga

koktail buah naga

Imej via Facebook

Rasa bersalah kalau tidak share resepi ini dengan anda kerana air ini teramat sedap! Jom cubakan resepinya di bawah ini. resepi dikongsikan oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.
 

Bahan-bahan :

  • Satu tin susu sejat,
  • Setengah tin susu pekat,
  • Satu tin buah laici,
  • Satu biji buah naga,
  • Dua biji buah mangga,
  • Cincau,
  • Ais.

Cara-cara :

  1. Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas.
  2. Tambah lagi dua cawan air.
  3. Campur semua bahan.

22. Resepi Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastard

puding roti dan sos kastard

Imej via Facebook

Puding roti lembut yang diperbuat menggunakan roti Gardenia sahaja. Kemudian dimakan dengan sos kastard susu lemak manis yang dicurahkan ke atasnya. Sangat menggugah selera bukan? Resepi asal dikongsikan oleh Nur Zaisha di laman Facebook. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan :

  • 6 keping roti Gardenia,
  • 2-3 biji telur,
  • 1 tin susu cair,
  • ½ cawan gula,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 1 sudu besar mentega,
  • Sedikit kismis/kurma yang dibuang biji dan dihiris halus,

Bahan-bahan Sos Kastard :

  • ½ tin susu cair,
  • ¼ susu pekat,
  • ¼ tin air (sukat guna tin susu cair),
  • ½ sudu kecil esen vanilla,
  • 2 sudu besar tepung kastard,
  • Secubit garam,
  • Sedikit pewarna kuning (jika suka).

Cara Penyediaan Puding Roti/ Bakar @ Kukus :

  1. Mula-mula sapu depan dan belakang roti dengan butter. Carik-carikkan atau potong kiub sederhana besar dan susun rapat-rapat ke dalam loyang.
  2. Masukkan susu cair, telur, esen vanilla dan gula dalam satu bekas. Kacau hingga sebati. Guna senduk atau sudu sahaja.
  3. Curah adunan ke atas roti yang telah disusun ke dalam loyang tadi.
  4. Tekan-tekan roti supaya ia padat dan sebati dengan adunan tadi.
  5. Tabur kismis di atas roti. Biarkan seketika, lebih kurang 2-3 minit.
  6. Panaskan oven. Bakar pada suhu 45° C atau sehingga masak ikut kesesuaian oven masing-masing.

Jika hendak guna pengukus pun boleh :

  1. Panaskan pengukus dulu. Bila air kukusan mendidih, baru masukkan loyang ke dalam pengukus.
  2. Kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan dulu baru potong dan tuang sos kastard.

Cara Penyediaan Sos Kastard :

  1. Masukkan susu cair, air, gula, esen vanilla, tepung kastard dan secubit garam ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat dan mendidih.
  3. Letak sedikit pewarna kuning jika suka.
  4. Sejukkan.

Cara Menghidangkan :

  1. Potong puding roti ikut suka.
  2. Curah sos kastard di atasnya.
  3. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

23. Resepi Dessert 3 Rasa

dessert 3 rasa

Imej via Facebook

Nampak simple tapi rasa memang nyaman. Masin, masam, lemak bersatu dengan setiap suapan. Resepi soft dessert inspirasi dari Thailand dikongsikan oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.

Bahan Lapisan Bawah :

  • 85 gram tepung beras,
  • 600 ml air,
  • 1 sudu teh air kapur,
  • 100 gram gula merah hancur,
  • 60 gram gula putih,
  • 1 sudu teh esen pandan jika mahu.

Cara-cara :

  1. Kacau tepung sebati dengan gula merah dan gula putih.
  2. Masukkan semua bahan. Tapis masuk dalam periuk.
  3. Buka api sederhana. Kacau hingga mulai pekat dan berkilat dan kecilkan api.
  4. Angkat dan terus masukkan dalam bekas kecil. Ketepikan

Lapisan Atas :

  • 250 ml susu cair,
  • 50 ml air,
  • 1 sudu teh garam,
  • 1 sudu teh lemon flavor,
  • 1 sudu makan tepung beras.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau dan buka api sederhana hingga adunan mula pekat.
  2. Tutup api.
  3. Masukkan ke dalam bekas tadi tabur bijan sangai secukupnya.
  4. Sejukkan dalam peti 2 jam baru sedap makan.

24. Resepi Puding Buih Tembikai Sos Kastard

puding buih

Imej via Facebook

Amat teruja dan seronok sangat setiap kali makan puding buih tembikai ini. Bentuknya comel, rasanya sedap makan sejuk-sejuk dengan sos kastard. Makan tidak perlu kunyah, terus telan saja. Kelazatan puding buih semakin kick bila dimakan bersama sos kastard. Seperti resepi puding buih sos kastard yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan Puding Buih :

  • 20 gm agar-agar strip,
  • 4 cawan air,
  • 1 cawan gula,
  • 1 sudu teh esen vanila,
  • 5 biji putih telur gred A,
  • 1 biji kuning telur gred A (optional),
  • Coklat chips/kismis/bijan hitam (biji tembikai),
  • Pewarna merah, kuning dan hijau.

Cara Membuat :

  1. Mula-mula didihkan air.
  2. Setelah air mendidih, masukkan agar-agar dan kacau hingga agar-agar hancur.
  3. Kemudian masukkan gula dan esen vanila. Kacau lagi hingga gula larut.
  4. Jika gula sudah larut, angkat dan tapiskan agar-agar.
  5. Ketepikan dan biar agar-agar suam-suam kuku dalam 15 minit.
  6. Untuk meringue, pastikan putih telur tidak bercampur dengan kuning telur dan air.
  7. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan kental (jika dibalikkan bekas adunan tidak jatuh).
  8. Kemudian masukkan kuning telur. Kalau tidak mahu letak kuning telur pun tidak apa. Tapi kalau campur kuning telur, puding akan terasa lemak sedikit dan lebih sedap. Pukul lagi sehingga kembang dan gebu.
  9. Kemudian tuang agar-agar yang sudah suam-suam kuku sedikit demi sedikit sambil pukul hingga ke dasar mangkuk. Jangan masukkan agar-agar sekaligus kerana ia akan menyebabkan adunan putih telur terpisah dan terapung dari agar-agar.
  10. Pukul selama 5-10 menit hingga adunan menjadi sejuk dan gebu.
  11. Kemudian tuang adunan ke dalam bekas yang telah dibasahkan supaya senang untuk dikeluarkan dari bekas nanti.
  12. Titikkan 2 sudu teh pewarna merah dan kuning dibahagian tengah adunan untuk jadikan isi tembikai. Kacau dengan sudu membentuk bulatan hingga rata. Kacau dengan berhati-hati supaya warna tdak terkena pada dasar mangkuk. (Masa ini diperlukan ketelitian sedikit, kena pandai agak ya).
  13. Sejukkan dalam peti ais sehingga beku dalam 1/2 jam.
    Sisipkan puding dengan pisau supaya senang diterbalikkan.
  14. Terbalikkan mangkuk perlahan2 ke atas bekas lain.
  15. Celup berus dengan pewarna hijau sapu keseluruhan luar puding sebagai kulit tembikai. Buat corak tembikai sekali. Biarkan pewarna kering baru simpan dalam peti ais.
  16. Keluarkan puding dan terbalikkan semula. Permukaan isi tembikai dibahagian atas, bahagian kulit dibawah. Potong perlahan-perlahan, kemudian letak coklat chips sebagai biji tembikai. Curah sos kastad masa dihidangkan.

Bahan Sos Kastad :

  • 1 tin susu cair,
  • 1 1/2 cawan air,
  • 1/2 cawan gula,
  • 3 sudu besar tepung kastard,
  • 1 sudu teh esen vanila,
  • Sedikit pewarna kuning,
  • 2 helai daun pandan disimpul.

Cara Membuat Sos Kastard :

  1. Satukan semua bahan-bahan sos dalam periuk.
  2. Kacau rata dulu baru buka api.
  3. Kacau sentiasa sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
  4. Kemudian tapiskan dan simpan dalam peti ais.

Nota :

  • Puding buih harus dibuat dengan cepat kerana ia mengandungi putih telur cepat membeku.
  • Sangat penting untuk membiarkan agar-agar suam-suam kuku dulu sebab agar-agar yang panas akan memasakkan adunan putih telur membuat ia terapung dan terpisah dari agar-agar.
  • Kalau sudah malas sangat buat bentuk tembikai, boleh terus bubuh kaler terus tuang dalam loyang @ acuan yang comel. Kalau tidak mahu makan dengan sos pun boeh makan macam itu sahaja.

25. Resepi Pisang Kastard Sos Mudah

pisang kastard

Imej via Facebook

Pisang kastard sos senang amat menyediakannya. Hanya dengan mencampurkan kesemua bahan maka jadilah ia. Paling sedap jika dimakan dengan pisang nangka. Rasa hidangan pencuci mulut ini manis dan segar kalau dihidangkan sejuk-sejuk jadi makin segar dan lazat rasanya. Resepi dikongsikan oleh Yati Koondari di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Pisang,
  • 1 tin susu cair,
  • ½ cawan air,
  • 1 biji kuning telur,
  • 2 sudu besar gula,
  • 1 sudu besar tepung kastard,
  • Daun pandan.

Cara-cara :

  1. Satukan kesemua bahan kecuali pisang,
  2. Kemudian tapis bahan.
  3. Masak bahan dengan api perlahan hingga pekat sedikit.
  4. Bila ingin makan, siram sos pada pisang yang sudah dilenser dengan butter.
  5. Siap dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Resepi-resepi dessert di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain itu, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.