Buntu nak beri hadiah untuk isteri sempena hari jadi, ulangtahun perkahwinan atau untuk memujuk isteri yang sedang merajuk? Nak ambil hati isteri ni tak susah. Asalkan ada usaha dan ikhlas dalam memberi apa-apa hadiah untuknya.

Dari sekecil-kecil hadiah hingga sebesar manapun pasti isteri akan bahagia menerimanya. Hilang segala penat atau rajuk dalam menggalas tanggungjawab rumahtangga demi membahagiakan dan menyenangkan urusan suami. Jadi, kami senaraikan 40 hadiah yang boleh anda beri pada isteri.

Beg Tangan

Wanita dan beg tangan memang tak dapat dipisahkan. Setiap kali keluar, beg tangan adalah perkara penting yang perlu dibawa untuk membawa barangan lain seperti telefon bimbit, tisu, dompet dan sebagainya.

Apa kata anda beli beg tangan berjenama ini yang mengandungi banyak ruang untuk meletakkan barang. Nampak mahal dan eksklusif namun harga sangat murah dan berbaloi. Sesuai nak bawa ke pejabat, bercuti atau menghadiri majlis perkahwinan.

Bunga

Bunga pasti menjadi kegilaan wanita lagi-lagi bunga segar. Buat anda yang tiada masa untuk keluar membeli bunga segar atau menjalani perhubungan jarak jauh, bunga segar juga ada dijual di Shopee khas dari Cameron Highland. Walaupun secara online, namun bunga yang sampai dijamin segar dan cantik.

Hadiahkan tiga kuntum bunga rose merah yang menandakan ‘ I love you’ sudah cukup dapat menggembirakan hati isteri. Bunga lain pun ada dijual seperti bunga matahari, baby breath dan peacock. Paling best boleh order untuk bouquet, mudah kerja anda kerana tak perlu nak menghias lagi.

Perkakas Dapur

Sebagai seorang isteri, melihat perkakas dapur yang baru dan lengkap membuatkan mata menjadi rambang. Kadangkala isteri gemar memakai barangan dapur sehingga betul-betul tidak boleh digunakan untuk berjimat.

Beri kejutan dengan set senduk Dessini pasti mengujakan isteri. Set ini lengkap dengan 12 item yang lain dan diperbuat daripada silikon yang berkualiti tinggi dengan pemegang kayu yang solid. Tahan panas, tidak melekat dan mudah untuk dicuci. Yang penting selamat digunakan dan tidak akan mencalarkan periuk kesayangan isteri.

Telekung

Hadiah yang semestinya bermakna dan pasti digunakan oleh isteri adalah telekung. Bukan sekadar hadiah, anda sebagai suami juga turut mendapat pahala setiap kali telekung tersebut dipakai. By Auliya adalah antara jenama telekung yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat.

Kain yang diperbuat daripada polycotton rosella pasti membuat si pemakai rasa sejuk dan selesa. Sulaman kemas pada hujung telekung membuatkan telekung ini bertambah cantik.

Set ini hadir bersama beg telekung. Mudah untuk dibawa ke mana-mana terutama ketika melancong. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah kerana disertakan kotak eksklusif dan kad ucapan.

Barangan Kemas

Barangan kemas menjadi pilihan utama para wanita sebagai aksesori. Bukan sahaja cantik bila dipakai, malah perhiasan tersebut menjadi aset dan menguntungkan pemilik untuk jangka masa panjang.

Tahukah anda barangan kemas turut dijual di Shopee. Namun anda perlulah selidik tentang penjual terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang penipuan. Kami menggalakkan anda untuk membeli di Shopee Mall. Habib Jewels adalah salah satu kedai barangan kemas yang dipercayai.

Kalau anda mempunyai bajet lebih untuk isteri, apa kata anda berikan rantai atau gelang emas. Jika sebaliknya, cincin emas juga sudah memadai.

Mesin Basuh Pinggan

Isteri mengamuk bila balik rumah tengok singki penuh dengan pinggan mangkuk? Dah lah penat bekerja di pejabat, kerja di rumah pun bertambah. Hadiahkan mesin basuh pinggan mesti memudahkan kerja isteri.

Suami atau anak-anak pun boleh guna sekali untuk basuh pinggan kerana penggunaannya sangat mudah. Beli mesin basuh pinggan ni dapat percuma sabun basuh pinggan dan waranti selama satu tahun.

Mesin ini sesuai untuk 8 hingga 12 ahli keluarga. Memang berkilat, kotoran berminyak juga senang dibersihkan dengan mesin ini. Banyak komen positif dari pengguna dan rata-rata memang tak menyesal beli.

Set Make-Up

Isteri mesti seronok jika suami hadiahkan set make-up. Lagi-lagi wanita bekerjaya dah gemar berfashion. Bukan nak keluar rumah je bersolek, ada yang bersolek dalam rumah khas untuk suami sahaja.

Banyak set make-up yang dijual dengan harga yang sangat berbaloi. Contohnya, set make up dari jenama Alha Alfa yang tidak asing lagi di kalangan wanita.

Satu set hanya RM 159.90 sahaja boleh dapat 6 item iaitu foundation, maskara, compact powder, eye shadow, span dan bag make up. Paling penting, set make up ini sesuai untuk semua jenis kulit. Anda boleh chat seller untuk ketahui shade yang sesuai untuk isteri.

Meja Solek

Dalam bilik tidur semestinya perlu ada meja solek. Bukan sahaja boleh letak barang solek, malah aksesori lain juga seperti anting-anting, gelang, getah rambut dan sebagainya pasti disimpan di situ.

Jika anda dan pasangan gemarkan konsep rumah yang simple, elegant dan retro sangat disyorkan untuk membeli meja solek di atas. Meja solek tersebut sesuai dipadankan dengan semua warna bilik. Beli meja ini, anda boleh dapat percuma kerusi.

Bukan itu sahaja, ada cermin besar yang boleh menutup ruangan belakang dan boleh dijadikan ruang untuk menyimpan barangan berharga. Selain empat ruangan laci, iainya hadir dengan empat ruangan lain ruangan lain yang mampu menyimpan pelbagai barang.

Jam Tangan

Pasti ramai wanita yang gemar memakai jam tangan terutama wanita yang bekerjaya. Mudah untuk melihat waktu setiap masa. Jam tangan juga memperlihatkan pemakai seorang yang berdisiplin dengan masa.

Nak lagi romantis, beli set jam tangan couple agar anda dan pasangan kelihatan lebih serasi dan sehati sejiwa. Jam tangan jenama Wishdoit kelihatan mewah dan eksklusif. Namun harganya memang mampu dimiliki.

Beli jam dapat percuma kotak, tali kulit, bateri tambahan, waranti selama tiga tahun, tuala bersih dan kad ucapan. Sangat berpatutan  dengan pelbagai fungsi yang ada pada jam seperti tarikh serta kalis air.

Food Processor

Pembantu rumah moden yang sangat berguna pada abad ini adalah food processor yang membantu sesiapa sahaja terutama suri rumah untuk memasak dengan mudah, cepat dan sedap.

PerySmith Robot Chef boleh membantu isteri anda memasak pelbagai menu sama ada masakan kampung, western dan sebagainya dengan mudah. Jangan risau kerana mereka turut menyediakan manual penggunaan dan buku resepi. Sangat sesuai untuk isteri yang baru hendak belajar memasak.

Minyak Wangi

Anda mesti suka isteri berwangi-wangian di rumah atau sewaktu keluar bersama. Apa kata anda pilihkan sendiri wangian untuk isteri mengikut citarasa anda dan pasangan.

De’Xandra merupakan minyak wangi terkenal dan produk tempatan. Pelbagai bauan yang wangi seperti  Elenor, Lourve, Zahra dan lain-lain. Satu botol ada 35ml, sekali pakai boleh tahan lebih 8 jam. Beli dengan penjual di bawah kerana dijamin original.

Mesin Urut

Tak kira isteri seorang yang bekerjaya atau suri rumah, mereka perlu rehatkan mental dan fizikal. Tak perlu pergi ke spa setiap minggu atau setiap bulan, dengan mesin urut ini pasti lagi jimat masa, duit dan tenaga.

Walaupun kecil, namun mesin urut ini mampu mengurut pelbagai bahagian badan seperti tengkuk, bahu, kaki, perut, belakang badan dan lain-lain. Sambil biarkan mesin ini mengurut, isteri boleh tidur dengan selesa.

Bukan untuk isteri sahaja, anda serta anak-anak juga boleh menggunakan mesin urut ini. Pakej termasuk bantal urut, plug, panduan penggunaan dan kabel kereta.

Set Pinggan Mangkuk

Set pinggan mangkuk juga pasti membuatkan isteri tersenyum hingga ke telinga apabila menerimanya sebagai hadiah. Hadiah ini bukan sahaja digunakan untuk menjamu keluarga, malah tetamu yang datang pasti turut terpesona dengan set pinggan mangkuk ini.

Pinggan mangkuk yang diperbuat daripada seramik ini kelihatan ala-ala perkakas dapur di Eropah dengan corak marble yang cantik. Dengan harga bawah RM 130 boleh dapat 16 item terdiri daripada pinggan, mangkuk, piring dan sudu. Selamat dimasukkan ke dalam microwave dan mesin pencuci pinggan.

Bouquet Duit

Kalau anda dah pening nak pilih hadiah apa yang nak diberikan kepada isteri, beri sahaja duit untuk mereka. Sudah tentu isteri seronok dan bebas untuk beli barang kesukaan mereka.

Bagi duit sahaja kelihatan simple, apa kata anda tempah bouquet duit dari Shopee. Serendah RM 45 sahaja anda boleh pilih design mengikut bajet dan citarasa anda. Bouquet duit yang dihiasi dengan bunga dan coklat pasti menambat hati isteri.

Baju Tidur

Baju tidur adalah hadiah untuk isteri yang paling comel dan unik. Nak tidur pun perlu pakaian yang sesuai dan selesa.

Baju tidur satin adalah salah satu baju tidur yang digemari oleh para wanita kerana kainnya yang licin, lembut dan sejuk. Kalau anda seorang yang romantis, beli dua pasang baju untuk pakai bersama isteri.

Pokok Bunga

Hampir keseluruhan isteri di Malaysia sukakan aktiviti bercucuk tanam dan berkebun. Paling ramai suka menanam pokok bunga hingga kelihatan seperti taman bunga. Sudah pasti bunga hidup dan segar menjadi pilihan untuk menghiasi sudut dalam dan luar rumah.

Pokok keladi merupakan salah satu tanaman yang menjadi kegilaan ramai golongan isteri. Pelbagai jenis, rupa dan warna yang pasti membuatkan isteri anda rambang mata. Antaranya adalah keladi bandar, keladi kampung, alocasia dan sebagainya.

Telefon Bimbit

Wanita atau isteri memang susah nak beli telefon bimbit yang baru. Majoritinya menggunakan telefon bimbit yang ada sehingga ia benar-benar tidak dapat digunakan lagi.

Telefon bimbit sebagai hadiah untuk isteri merupakan cadangan yang terbaik. Seeloknya berilah telefon keluaran terbaru agar senang digunakan dan sentiasa up-to-date. Bagi penggemar Android, antara cadangan terbaik adalah telefon bimbit Samsung Galaxy S21 Ultra.

Telefon bimbit ini dilengkapi pelbagai ciri yang menarik dan canggih. Mempunyai sokongan S-Pen dan kamera juga sangat cantik kerana banyak ciri baru pada sistemnya. Sesuai untuk isteri anda yang sukakan fotografi.

Bouquet Rempah Ratus

Hadiah paling bermanfaat untuk isteri merupakan makanan atau bahan masakan. Hadiah seperti ini secara tidak langsung sebagai penghargaan kerana selalu memasak dan dapat menggalakkan isteri untuk terus memasak makanan yang sedap.

Beli sahaja rempah ratus yang telah digubah menjadi bouquet agar kelihatan lebih istimewa. Letak sekali kad dengan ucapan seikhlas hati. Pasti isteri cair dengan hadiah yang diberi.

Seterika Wap

Zaman moden ini, segala teknologi dicipta yang lebih memudahkan urusan manusia termasuklah seterika wap. Dengan seterika wap, isteri tak perlu susah-susah untuk seterika baju di atas papan seterika. Jenama dari Konka memang sangat berkualiti.

Tak perlu lagi risau jika baju terbakar dengan seterika biasa. Kedut hilang dengan cepat dan sangat ringan untuk dipegang. Paling penting sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja termasuk sewaktu melancong.

Microwave

Microwave juga adalah hadiah untuk isteri yang terbaik. Kadangkala seisi keluarga suka dan lebih berselera makan makanan yang panas. Ianya sangat sesuai jika isteri tidak mempunyai masa untuk memasak setiap hari kerana bekerja.

Microwave dapat mempercepatkan proses memanaskan makanan dan dijamin lebih selamat. Selain itu, makanan yang telah disejuk bekukan mudah untuk dinyahbeku semula.

Tudung

Wanita mana je yang tak suka diberi hadiah tudung? Walaupun mereka selalu beli dan borong tudung sendiri, tak salah jika anda beri tudung yang berjenama sekali-sekala. Extra happy isteri apabila dapat barang yang disukai.

Beli tudung dari Ariani yang mempunyai pelbagai design menarik, cantik dan trendy. Bawal basic satin antara produk yang laris dari Ariani. Kainnya yang lembut sangat mudah dibentuk walaupun licin.

Rak Make-Up

Turut dikenali sebagai make-up organizer, rak ini dapat menjimatkan ruang meja solek dan menampakkan meja solek lebih teratur dan kemas. Isteri yang mempunyai pelbagai barangan solek pasti suka jika anda menghadiahkan make-up organizer ini.

Harga bawah RM 30 sahaja memang berbaloi walaupun barang berjenama terkenal iaitu Hightune. Ruang penyimpanan yang besar dan luas, boleh selaraskan ketinggian dan boleh pusing 360 darjah. Mudah untuk mencari aksesori keperluan isteri.

Tupperware

Isteri-isteri di Malaysia memang suka koleksi Tupperware. Ada yang tak digunakan pun kerana terlampau sayang dan hanya dijadikan pameran di rumah. Buktinya, pasti ada yang takut jika hilangkan Tupperware kesayangan para isteri.

Tupperware digilai ramai kerana tahan lama, anti-minyak, anti-tumpah dan mesra alam. Walaupun dah banyak koleksi di rumah, mesti masih tak cukup buat mereka. Jom hadiahkan barang yang paling mereka suka ini dengan harga dan set yang berpatutan.

Set di atas yang berwarna ungu pasti dapat menambat hati isteri. Jika anda beli melalui seller di bawah, anda tak perlu lagi menghias atau membalut hadiah kerana siap diberi kotak yang kelihatan eksklusif.

Potret

Hadiah yang murah tapi membawa seribu makna dalam rumah tangga. Melihat gambar pasangan setiap hari sudah pasti akan timbul perasaan untuk saling menghargai dan menjadi sumber kekuatan dalam rumah tangga.

Frame gambar ini sangat unik kerana diperbuat menggunakan laser dan sekeping papan. Bukan itu sahaja, malah anda boleh letak ucapan pada plaque tersebut. Size frame adalah 150 x 90 (MM) dengan ketebalan papan 3mm sangat kukuh dan gambar tidak akan luntur.

Mesin Pengering Baju

Kesibukan isteri atas faktor bekerja pasti menyuntukkan masa mereka untuk melakukan segala kerja rumah hingga tiada masa untuk berehat. Tambahan pula bila tiba musim hujan, kain yang tidak kering akan bertimbun dan isteri semakin penat.

Kalau anda berikan mesin pengering kain, pasti membuatkan isteri tersenyum kerana memudahkan dan mempercepatkan kerja untuk mereka terus melipat kain. Mesin pengering kain dari Midea antara yang berkualiti dan murah.

Mesin ini mampu mengeringkan pakaian sehingga 7kg, mempunyai sistem keselamatan dan operasi yang baik dan banyak lagi. Pembelian akan mendapat 2 tahun waranti.

Pakej Percutian

Isteri siapa saja yang tak suka bercuti? Bercuti dapat merehatkan mental dan fizikal setelah penat bekerja dan menjadi suri rumah.

Di Shopee juga ada menjual pakej percutian dalam negara ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia dengan harga yang berbaloi. Sebagai contoh pakej percutian ke Bukit Merah Laketown Resort.

Pakej percutian ini termasuk penginapan selama 2 hari 1 malam dan sarapan. Bawa isteri menginap di Kampung Air iaitu penginapan yang terapung di tengah tasik pasti terpukau dengan keindahan panorama Bukit Merah.

Al-Quran Tagging

Sebaik-baik hadiah adalah hadiah yang bermanfaat di dunia dan di akhirat sama ada buat penerima mahupun pemberi. Setiap rumah pasti sudah ada Al-Quran. Namun, anda boleh beri Al-Quran yang lain daripada yang lain dan mempunyai pelbagai kelebihan.

Al-Quran di atas dihiasi dengan Swarovski di bahagian luar menampakkan kitab tersebut bersinar dan cantik. Walaupun saiznya sederhana, namun saiz font sangat jelas. Al-Quran ini mempunyai terjemahan setiap perkataan dan ayat, 250 tagging tentang surah, doa dan kata-kata hikmah serta panduan tajwid yang berwarna.

Nak lagi eksklusif, anda boleh add-on plate nama isteri anda di Al-Quran tersebut. Tak cukup dengan itu, kotak dan kad ucapan turut disertai dengan percuma.

Bouquet Coklat

Tak perlu hadiahkan barangan mewah. Jika anda beri hadiah coklat yang banyak juga semestinya dapat membuat isteri senang hati seperti zaman percintaan dahulu.

Rate serendah RM 13.13-RM 85.90 memang murah kerana bouquet coklatnya yang kemas, teratur dan menarik. Pelbagai jenis pakej dan coklat kesukaan isteri yang anda boleh pilih seperti Kit Kat, Cadbury dan Snicker. Setiap pembelian akan mendapat kad ucapan percuma.

Kasut

Selain beg tangan, kasut juga menjadi kegilaan ramai wanita. Jika isteri anda salah seorang dari golongan ini, apa kata anda berikan hadiah kasut yang berjenama agar lebih berkualiti dan tahan lama.

FRKL21 adalah sebuah jenama tempatan yang menjual pelbagai jenis kasut wanita yang trendy, selesa dan sesuai untuk dipakai ke sebarang majlis. Kasut tumit tinggi, wedges dan kasut sarung turut ada disini. Harga juga sangat berbaloi standing kualiti.

Pakej Makan Malam

Jika anda sibuk bekerja dan mempunyai masa yang suntuk tetapi tetap mahu memberi kejutan buat isteri, bawa isteri keluar makan malam adalah solusi terbaik buat kalian. Makan malam istimewa semestinya memerlukan tempat yang cantik, luar biasa dan mampu meninggalkan kenangan terindah.

Salah satu tempat yang menepati ciri-ciri di atas adalah di restoren Atmosphere 360 di KL Tower. Di sana anda boleh makan malam bersama isteri dengan romantis sambil layan panorama 360 darjah bandar Kuala Lumpur.

Nak lagi best, anda boleh tempah meja makan di window seat. Layanan istimewa dari staf restoran sangat memuaskan. Makanan juga menyelerakan.

Pin Tudung / Brooch

Kedengaran sangat lucu jika pin tudung dijadikan hadiah buat isteri, namun ia sangat berguna untuk isteri. Pin tudung sentiasa menghilang sudah menjadi kebiasaan buat seorang wanita.

Korean Premium Baby Brooch sangat sesuai untuk diberikan kepada mereka memandangkan iainya menjadi satu keperluan untuk mencantikkan dan mengemaskan kedudukan tudung. Pin tudung ini mempunyai batu yang berkilat dan tahan lama.

Pin sangat berkualiti dan corak yang ada sentiasa up-to-date. Paling istimewa adalah setiap pembelian 50 atau 100 biji pin dapat percuma kotak eksklusif. Sangat sesuai dijadikan hadiah.

Penimbang Berat

Penimbang berat perlu ada di rumah terutama buat isteri yang sentiasa menjaga penampilan dan berat badan. Mereka yang menjaga pemakanan dan berat badan sudah pasti amat memerlukan alat ini untuk memantau berat dari masa ke masa.

Penimbang berat kini lebih premium kerana mempunyai pelbagai fungsi dan tidak terhad untuk menimbang sahaja. Ciri lain yang ada adalah mampu mengukur BMI, kalori, lemak dan sebagainya apabila dihubungkan dengan telefon bimbit.

Set Penjagaan Wajah

Walaupun sudah berkahwin, penampilan dan penjagaan wajah perlu diutamakan untuk keselesaan diri. Pelbagai set penjagaan kulit yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian kulit isteri. Kalau anda tak tahu nak pilih yang mana, apa kata anda pilih produk yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Cetaphil merupakan salah satu produk pilihan ramai yang sesuai untuk semua jenis kulit serta disyorkan oleh pakar dermatologi. Pencuci muka ini bukan sahaja membersihkan kulit, malah dapat melembutkan kulit juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Facial Brush Cleaner

Facial brush cleaner berfungsi untuk mengurut wajah yang membantu kelancaran peredaran darah. Diperbuat daripada silikon, berus ini anti-bakteria yang tidak akan memberi kesan atau kotoran pada wajah.

Ringan, kecil dan mudah untuk di bawa ke mana-mana. Berus yang lembut dan bergetar mengikut 4 jenis mode dapat mengurut wajah dengan lembut. Boleh juga digunakan di bahagian badan yang lain.

Planner

Planner amat bermanfaat pada isteri anda yang bekerjaya atau menjalankan perniagaan sendiri. Dengan adanya planner, semua kerja diaturkan dengan rapi pada jadual. Planner juga berfungsi sebagai peringatan terhadap kerja yang ingin dilakukan.

Design yang cantik dan banyak bahagian menarik dan bermanfaat. Setiap planner disertakan kalender tahunan dan hijrah, rutin harian, permainan, perancangan, kata-kata hikmah dan macam-macam lagi.

Pengering Rambut

Hadiah pengering rambut bukan sahaja bermanfaat buat isteri, anda juga akan mendapat manfaatnya iaitu tidak perlu lagi menunggu isteri bersiap dengan lama. Kadangkala para wanita mengambil masa bersiap yang lama kerana menunggu rambut untuk kering.

Hadiahkan isteri dengan pengering rambut, persiapan diri semakin cepat. Beli dengan penjual di bawah, anda akan dapat 9 barangan percuma termasuk pelurus rambut, sikat dan getah rambut. Ada tiga pilihan kelajuan pengering rambut dengan keselarasan haba.

Projektor Mini

Kalau isteri anda seorang kaki filem, kaki drama dan kaki wayang, beli saja projektor mini untuknya. Jimat duit, masa dan tenaga untuk keluar semata-mata menonton wayang.

Pakej termasuk projektor, remote, tripod, panduan penggunaan, power cable dan kabel HDMI. Alat yang kecil namun dapat memaparkan visual yang besar, terang dan jelas. Pembesar suara juga jelas dan senang untuk dikawal.

Peti Ais Mini

Peti ais mini sebagai hadiah untuk isteri pasti menarik. Letak di dalam bilik sahaja, anda dan isteri tak perlu lagi ke dapur semata-mata ingin minum minuman sejuk. Selain minuman, makanan, ubat-ubatan dan buah, isteri juga boleh letakkan set penjagaan wajah dalam peti ais tersebut agar lebih segar semasa memakainya.

Paling menarik, peti ais mini ini mempunyai lampu LED yang boleh diselaraskan pencahayaan dan cermin di pintu peti ais. Terdapat dua warna pilihan menarik iaitu pink dan hijau. Kalau nak guna dalam kereta pun boleh.

Cermin

Wanita dan mirror selfie memang tak boleh dipisahkan. Pantang jumpa cermin pasti keluarkan telefon bimbit untuk bergambar. Jika isteri anda mempunyai habit seperti ini, hadiahkan je standing mirror untuknya.

Standing mirror juga boleh digantung pada dinding dan sesuai diletakkan di dalam bilik tidur. Cermin dan frame adalah tebal sesuai dengan harganya bawah RM 100. Anda boleh pilih warna bingkai yang anda suka sama ada putih, hitam atau keemasan.

Tikar Yoga

Jika isteri anda seorang yang suka melakukan senaman, hadiahkan tikar yoga pasti menaikkan semangat isteri untuk bersenam. Tikar yoga penting agar postur badan lebih stabil dan selesa untuk melakukan senaman.

Tikar yoga yang mempunyai pelbagai warna ini berketebalan 15mm dan panjang 181cm. Diperbuat daripada neoprene, memang sangat selesa dan lembut melakukan senaman dengannya. Ciri yang paling penting adalah anti-slip,anti-bakteria dan anti-toksik.

Banyak cadangan hadiah untuk isteri yang menarik dan bermanfaat buat mereka. Pilih sahaja mengikut bajet, citarasa dan kesukaan anda dan isteri. Kami sudah sertakan link Shopee untuk memudahkan anda. Selamat membeli!

Jom baca artikel kami yang lain seperti:

Pendapat di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia hanya pendapat dan pandangan dari penulis itu sendiri.

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.