Tanda-Tanda Anak Mengalami 'Fear Loop', Ibu Bapa Perlu Tahu
Adakah anak anda pandai bercakap bohong atau memutarkan cerita agar dia tidak dipersalahkan? Keadaan ini adalah situasi yang tidak sihat kerana pada umur…

Ringkasan Ringkas
- Anak bercakap bohong kerana sentiasa berasa takut dengan orang dewasa, dikenali sebagai Fear Loop
- Anak yang mengalami Fear Loop akan mula menipu atau berdiam diri apabila ditanya
- Anak susah meluahkan perasaan dan kelihatan seperti bersikap berdikari
- Anak menjadi penakut sama ada kepada kegelapan, binatang, atau orang dewasa
- Anak sering menangis sebagai cara melawan ketakutan
- Anak mempunyai kemahiran sosial yang lemah, senang bergaduh dan mudah sentap
- Ibu bapa disaran bercakap dengan nada lembut dan memberi nasihat selalunya memarahi
Adakah anak anda pandai bercakap bohong atau memutarkan cerita agar dia tidak dipersalahkan? Keadaan ini adalah situasi yang tidak sihat kerana pada umur yang awal, anak anda sudah pandai bercakap bohong. Mengapa anak anda bercakap bohong ?
Hal ini kerana anak anda mengalami ‘Fear Loop’ iaitu anak anda sentiasa berasa takut dengan orang dewasa sehingga tidak mampu minta tolong dengan orang dewasa.
Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tanda-tanda anak mengalami ‘Fear Loop’. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.
Tanda-tanda anak anda mengalami ‘Fear Loop’

Imej via Bidadari.my
Bagi mereka, jika mereka bertanya atau minta tolong dengan orang dewasa, nanti mereka dimarahi kerana mengganggu. Jadi lebih baik buat sendiri sahaja. Anak memang tidak suka dimarahi.Cuba lihat kalau ada tanda tanda awal Fear Loop ni pada anak:
1. Dia mula menipu
Walaupun perkara tu berlaku depan mata, bila kita tanya dia tak ngaku. Kalau tak menipu, dia senyap tak terkata.
2. Susah nak meluah
Kadang kita anggap anak begini jenis berdikari. Dia jarang nyusahkan kita. Tapi pernah terfikir tak yang anak tu mungkin takut nak meluah?
3. Penakut
Ada anak takut gelap, ada anak takut binatang, anak takut jumpa orang dewasa pun ada. Lain anak lain ketakutannya.
4. Selalu menangis
Bila ketakutan dia menangis. Bila kena marah dia menangis. Bila kena gurau kasar sikit dia menangis. Menangis adalah cara anak lawan ketakutan. Lepas nangis dia lega.
5. Lemah sosial skil
Anak yang ada Fear Loop ni susah nak bergaul dengan orang lain. Dia tak pandai berkomunikasi, dia senang bergaduh dan dia senang sentap.
*Berikut adalah tanda-tanda anakanda mengalami ‘Fear Loop’. Sebagai ibu bapa, kita perlu bercakap dengan suara yang lembut dan jangan memarahi mereka terlalu kerap. Lebih bagus jika anda memberi nasihat daripada terus memarahi mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini.