Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

6 Asas Mengenai Pendedahan Awal Tentang Pendidikan Seksual (Sex Education)

Pergaulan bebas di kalangan generasi sekarang amat aktif dan diluar kawalan. Oleh kerana pergaulan bebas ini, banyak kes mengenai anak luar nikah,…

KeluargaDikemas kini 15 November 2019oleh aqirah
Gambar menunjukkan 6 asas pendedahan awal pendidikan seksual

Ringkasan Ringkas

  • Jaga aurat depan anak dan elakkan pakaian yang dedah terlalu banyak kulit.
  • Tutup pintu setiap kali membawa anak ke tandas walaupun tiada orang lain di rumah.
  • Minta izin anak sebelum peluk atau cium dan hormati jika anak tidak mahu.
  • Izinkan anak bersalam cium tangan hanya dengan orang yang dia selesa, jangan paksa.
  • Jangan bogelkan anak depan orang ramai ketika menukar pakaian atau diapers.
  • Ajar anak jaga 4 bahagian sensitif: kemaluan, punggung, dada, mulut dan beritahu ibu bapa jika disentuh orang.

Pergaulan bebas di kalangan generasi sekarang amat aktif dan diluar kawalan. Oleh kerana pergaulan bebas ini, banyak kes mengenai anak luar nikah, hubungan intim sesama jantina dan banyak lagi. Bukan sahaja di luar negara yang mengalami krisis ini, malah di Malaysia juga tidak kurang juga dari negara luar.

Berdasarkan statistik, seramai sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan cergas dalam hubungan seks. Ini menunjukkan hal ini amat serius. Seawal umur 12 tahun, mereka sudah tahu apa itu seks.

Ibu bapa perlu memantau anak-anak, lebih-lebih lagi semasa mereka melayari internet. Selain itu, ibu bapa juga perlu memberi pendedahan awal kepada anak-anak agar mereka tidak salah faham maksud seks tersebut.

Bagaimanakah kita mahu memberi pendedahan awal kepada anak-anak?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 asas pendedahan awal tentang pendidikan seksual. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca.

Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC.

6 Asas awal pendedahan pendidikan seksual

6 asas pendedahan awal sex education

Image via Facebook

Ini 6 basic rules yang ibu bapa boleh buat untuk slowly jadi contoh dan beripendedahan awal pada anak2 tentang sex education:

1. Jaga aurat depan anak (pusat ke lutut). Seeloknya dedahkan anggota wudhu sahaja (lengan, kaki, kepala). Yg lain, tutup. Dan elak pakaikan anak pakaian yang dedahkan terlalu banyak kulit badan. Biar dia biasa pakai sopan dari kecil. 

2. Setiap kali bawa anak pergi toilet— TUTUP PINTU. Walaupun kita mandikan atau teman dia membuang, always remember to close the door. WALAUPUN TAKDE ORANG LAIN DALAM RUMAH. 

3. Minta izin anak sebelum peluk cium dia. Simply ask, “Mama nak peluk sekejap, boleh?” Dan sila hormat pendirian anak jika dia TAK MAHU. This will teach the child to respect themselves and to respect other people’s privacy.

4. Izinkan anak salam cium tangan HANYA DENGAN ORANG YANG DIA SELESA. Dan kalau ada orang yang dia pilih untuk tak bersalam, tanya anak, find out why, hormat keputusan dia, and never paksa. 

5. Never bogelkan anak depan orang. NEVER. Budaya bogelkan anak utk pakaikan diapers/seluar di depan mata orang lain, dengan alasan anak masih kecik dan bontot masih hijau, PATUT DIHENTIKAN. Apatah lagi membiarkan orang lain memegang kemaluan anak yg kononnya comel.

6. Ajar anak untuk menjaga 4 bahagian ini: kemaluan, punggung, dada, mulut. Dan ajar mereka untuk beritahu ibu bapa secepat mungkin jika mana2 bahagian itu disentuh oleh orang lain. 

*Didikan ibu bapa di rumah lebih baik berbanding didikan di sekolah. Anak-anak akan mengikuti kata-kata dan tingkah laku yang diajar oleh ibu bapa. Jika anak sudah mencapai umur akhil baligh, ibu bapa perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka kerana waktu itu mereka akan lebih sensitif. Bertanya dan berbual dengan mereka tentang sekolah dan aktiviti harian mereka seperti seorang kawan. Cara ini dapat membuat mereka lebih selesa untuk berkongsikan masalah.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.