Ayuh kenali al-Khawarizmi dan sumbangannya yang menarik.

Latar Belakang Al-Khawarizmi

Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al- Khawarizmi atau Abu Ja’far Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan pada tahun 780M di daerah Khawarizmi atau kini dikenali sebagai Khiwa (Khiva) Uzbekistan. Gelaran Al-Khawarizmi diberikan kepadanya bersempena nama tempat kelahirannya iaitu, Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.

Beliau juga dikenali dengan nama  Abu Abdullah dan di barat, juga terkenal sebagai al-Cowarizmi, al-Ahawizmi al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa nama lain lagi.

Al-Khawarizmi meninggal dunia pada tahun 840M dan sesetengah sumber yang mengatakan  sekitar tahun 850M.

Beliau muncul sebagai tokoh ilmuan matematik paling cemerlang semasa kekhalifahan Bani Abassiyah. Al-Khawarizmi juga pernah diamanahkan sebagai pustakawan sewaktu bekerja di Bayt al-Hikmah (House of Wisdom) di Baghdad dan bertanggungjawab mengumpul dan menterjemah buku-buku Yunani ke dalam bahasa Arab.  Sehinggalah beliau mendapat kepercayaan memimpin perpustakaan khalifah.

Al-Khawarizmi seterusnya menjadi tokoh yang paling tersohor bukan sahaja dalam ilmu matematik, tetapi juga dalam bidang astronomi dan geografi. Beliau juga sangat berpengetahuan luas dalam bidang sejarah Islam, kejuruteraan, aritmetik, falsafah,  geometri, logik, muzik, dan kimia.

Bahkan beliau turut digelar sebagai ‘Bapa Algebra’ yang sangat berpengaruh ketika itu sehingga berzaman, bahkan sehingga kini.

Keperibadian Al-Khawarizmi

Antara keperibadian yang terpuji al-Khawarizmi yang turut diakui oleh kebanyakan sarjana Barat seperti Wiedmann dan G.Sarton. Antaranya;

  1. Berkeperibadian teguh
  2. Bersungguh-sungguh
  3. Mencintai ilmu dan dunia sains
  4. Bijaksana
  5. Berpandangan jauh

 Latar Belakang Pendidikan

Al-Khawarizmi memulakan persekolah rendah seawal usia 6 tahun, selain membaca dan menulis beliau turut menghafaz al-Quran dan mempelajari ilmu syariah. Sejak kecil lagi al-Khawrizmi sangat meminati bidang matematik, algebra, dan geometrid dan sastera.

Sehingalah beliau mempelajari bidang matematik dengan lebih mendalam dan ilmunya itu diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah.

Semasa pemerintahan Khalifah al-Makmum pula, al-Khawarizmi dilantik sebgai sebagai pengarah arkib di perpustakaan istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah buku-buku di Perpustakaan Baitul Hikmah tersebut. Beliau turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.

Sumbangan Al-Khawarizmi

 Bidang Matematik

  1. Memperkenal algebra dan kaedah penyelesaian tersusun dan sistematik.
  2. Memperkenal sistem nombor India (kini dikenali angka Arab) yang digunakan sehingga kini.
  3. Menetap konsep angka bermula daripada satu iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 0.
  4. Memperkenal cabang-cabang matematik, antaranya; Algebra, Sistem nombor,  aritmetik, aljabar, geometri dan trignometri.
  5. Mewujudkan konsep dan sistem perpuluhan.
  6. Menerangkan banyak kaedah dan konsep sin, kos dan tan dalam trigonometri dengan terperinci.
  7. Masalah pecahan dan teori sistem nombor turut diperkenalkan.
  8. Memperkenal beberapa proses pengiraan termasuk operasi dan pecahan.
  9. Memperkenal penggunaan angka dalam karyanya ‘DeNumero Indorum’ yang berkaitan dengan aritmetik.
  10. Tokoh yang mula-mula menerangkan tentang angka sifar dan kegunaannya serta sistem angka.
  11. Membangunkan bidang trigonometri iaitu mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi sin.
  12. Menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang membantunya menguasai konsep perbezaan.
  13. Memperkenal konsep algoritma
  14. Mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

Bidang Geografi

  1. Al-Khawarizmi telah membetulkan pandangan geografi Ptolemy.
  2. Tokoh pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830M.
  3. Menghasilkan karya geografi, kitab Surat al-Ard yang telah diterjemahkan bersama petanya ke dalam bahasa lain.
  4. Menulis tentang takwim Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahudi.
  5. Menghasilkan alat petunjuk waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.
  6. Terlibat dalam pengukuran isipadu dan lilitan bumi. Serta berhasil menentukan ukuran dan bentuk bundaran Bumi

Bidang Astronomi

  1. Membangunkan ilmu kaji bintang dan ilmu falak.
  2. Dilantik oleh khalifah sebagai penasihat astronomi di Baghdad.
  3. Al-Khawarizmi juga merupakan seorang ahli astronomi di pusat observatorium Baghdad.
  4. Banyak menghasilkan karya astronomi dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan banyangan matahari).

Bidang Ukur

  1. Al-Khawarizmi menjadi peletak rumus ilmu ukur dan penyusun daftar logaritma serta perhitungan desimal.

Hasil Karya

Al-Khawarizmi banyak mengahsilkan karya dalam pelbagai bidang selain Matematik. Antara karya beliau yang terkenal ialah :

  1. Al-Jabr wa’l Muqabalah 

Buku ini menyatakan bahawa beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

  1. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah

Dalam buku ini beliau telah menunjukkan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian dikemukakan oleh Neo Babylian dan telah dibuktikan kebenarannya oleh Al-Khawarizmi.

  1. Sistem Nombor

Buku ini diterjemahkan dalam bahasa latin sebagai ‘De Numero Indorum’. Melalui buku ini beliau telah memperkenalkan konsep sifar dan kaedah penggunaannya.

  1. Al-Jawi wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind

Karya beliau ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

  1. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah

Karya mengenai  algebra ini dihasilkan pada tahun 820M.

  1. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah

Nama ‘algebra’ telah diinspirasikan daripada karya ini.

Penutup: Al-Khawarizmi, ilmuan Matematik yang dibanggakan oleh Islam dan disegani dunia.

Terbukti bahawa al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang bijak serta berpengetahuan luas, bukan sahaja dalam bidang matematik tetapi dalam bidang-bidang lain juga.

Segala ilmu dan penemuan serta karya al-Khawarizmi bukan sahaja termasyur semasa zamannya sahaja, tetapi sehingga kini masih dipelajari dan  dirujuk sebagai  ilmu penting, termasuklah  di negara-negara barat yang menghargai kehebatan ilmuan Islam ini.

Al-Khawarizmi bukan sahaja kebanggaan umat Islam, tetapi beliau adalah permata yang begitu sukar ditemui lagi dalam dunia moden ini, semoga lebih ramai anak muda Islam yang menjadikan beliau sebagai idola dalam mengembalikan semula kegemilangan matematik Islam di mata dunia.

 

Jika anda menyukai artikel ini, pasti anda juga menyukai perkongsian kami yang lain tentang; 3 Tokoh Islam Yang Hebat (Jom Didik Anak Jadi Seperti Mereka)

 

Rujukan

  1. http://www.muftimelaka.gov.my
  2. harakahdaily.net
  3. http://www.masjidwilayah.gov.my

 

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.