Kadang-kadang kita keliru memikirkan barangan yang akan dijadikan hadiah untuk suami kita. Namun untuk membahagiakan hatinya, kita perlu hadiahkan sesuatu yang bermakna dan akan dikenang selama-selamanya. Jom kami kongsikan 16 hadiah untuk suami pilihan terbaik.

1. Passport Holder / Pebbled Card MANGO MAN

hadiah untuk suami

Sekiranya suami anda adalah seseorang yang gemarkan melancong, apa kata anda hadiahkannya passport holder Mango Man Card ini.

Barangan ini akan memudahkan suami anda untuk membawa pasport atau kad pentingnya ke mana sahaja dan disimpan di dalam poketnya yang tidak akan membuatnya tercicir.

2. Rak Buku Pokok

Suami anda adalah orang yang gemar membaca buku di mana sahaja dan suka menyelerakkan buku di mana sahaja? Tidak perlu risau, berikannya rak buku pokok.

Dengan harga yang sangat berpatutan, kini suami boleh menyimpan koleksi buku kegemarannya dengan cantik dan teratur. Apa yang lagi menakjubkan, ia akan kelihatan berada seolah-olah di perpustakaan.

3. Sony SRS-XB2/R Portable Speaker

hadiah untuk suami

Semua orang pasti suka menonton filem, betul tak? Sekiranya anda ingin menonton filem, anda pasti mahukan kelantangan suara yang tinggi. Terutama untuk suami anda yang gemar maraton filem, beri dia Speaker Tanpa Wayar Mudah Alih SONY SRS-XB2.

Ia mudah digunakan dan senang dibawa ke mana sahaja, walaupun bercuti. Sekarang, anda juga boleh menonton filem dengan suami anda.

4. Pensil Warna + Warna Air Derwent Academy

hadiah untuk suami

Adakah suami anda pandai melukis? Hebat! Mengapa tidak kejutkannya dengan set pensil warna + warna air Derwent Academy Color ini.

Dengan 48 batang pensil warna, suami anda pasti dapat meluangkan lebih banyak masa dengan bakat melukisnya pada waktu hujung minggu.

5. Set Pomade Hanz De Fuko

hadiah untuk suami

Sekiranya suami anda seorang yang serius dan sangat mementingkan penampilan atau kebersihan rambutnya, set pomade Hanz De Fuko ini adalah hadiah yang paling sesuai untuknya. Kini, anda dan suami anda dapat melakukan rutin penjagaan kecantikan bersama-sama.

6. Kamera CCTV IP Prolink Full HD Smart WIFI

hadiah untuk suami

Kamera CCTV IP PROLink Full HD Smart WiFi ini siap membantu dan melindungi keselamatan anda seisi keluarga. Tidak perlu keluarkan wang yang banyak untuk membeli CCTV di kedai elektronik lain kerana ia juga mempunyai fungsi yang sama. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau tentang keselamatan seisi keluarga.

7. Monopoly Classic Boardgame

hadiah untuk suami

Sekarang, amat sukar untuk mencari masa untuk menghabiskan masa dengan aktiviti keluarga, betul tak? Mengapa anda tidak hadiahkan suami anda dengan permainan papan seperti monopoly, kad UNO dan sebagainya.

Dengan melakukan aktiviti seperti ini pada hujung minggu, maka dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

8. Headphone JBL T450BT

hadiah untuk suami

Anda rimas dengan suami yang sering memainkan muzik dengan kelantangan suara yang sangat kuat? Kini anda tidak perlu risau lagi, berikannya headphone JBL T450BT ini. Dengan harga yang berpatutan, ianya juga sangat senang dibawa ke pejabat ataupun berehat. Sekarang anda tidak perlu lagi risau dengan bunyi muzik yang membingitkan telinga anda.

9. Kasut Sukan New Balance Koze Fitness Men’s

hadiah untuk suami

New Balance adalah salah satu jenama yang popular terutamanya bagi mereka yang aktif dalam sukan. Sekiranya suami anda termasuk di antara mereka yang aktif dalam aktiviti sukan lasak, berikan kasut sukan New Balance Koze Fitness Men’s ini sebagai hadiah.

Kasut ini juga sesuai dipakai ketika keluar berjalan-jalan dan melakukan aktiviti seharian.

10. Amazon Fire HD 10 Alexa

hadiah untuk suami

Inilah dia, hadiah terbaik untuk pemain permainan video. AMAZON Fire HD 10 Alexa adalah antara tablet yang digemari oleh mereka yang gemar bermain permainan dalam talian.

Dengan skrin lebar dan paparan yang lebih jelas, suami anda akan merasa lebih selesa semasa menggunakan tablet ini dan ianya juga sesuai untuk melayari internet.

11. Minyak Wangi Dior Sauvage Eau De Toilette

hadiah untuk suami

Pilihan paling mudah untuk diberikan sebagai hadiah kepada suami adalah minyak wangi DIOR Sauvage Eau De Toilette adalah salah satu minyak wangi yang menjadi kegilaan ramai, terutamanya bagi golongan lelaki. Dengan wangian dan bau yang tahan lama, suami anda pasti menyukainya!

12. Canon EOS 1300D

Semua orang pandai mengambil gambar tetapi apa yang membezakannya adalah minat yang mendalam. Sekiranya suami anda adalah orang yang gemarkan fotografi atau mempunyai hobi mengambil gambar, berikan kamera Canon EOS 1300D ini sebagai hadiah yang pasti akan memberikan detik indah sepanjang masa.

13. Coffee Maker Morphy Richards 172002

hadiah untuk suami

Adakah suami anda taksub dengan kopi? Berikan kejutan dengan Morphy Richards 172002 Accent Coffee Maker Espresso ini. Ianya sangat memudahkan rutin harian, terutama pada waktu pagi ketika kesuntukan masa untuk ke pejabat. Coffee Maker ini sangat senang digunakan, malahan anda juga boleh tumpang sekaki.

14. Smartphone Oppo A71

hadiah untuk suami

Siapa kata telefon pintar murah tidak berkualiti? Sekiranya suami anda adalah seorang yang suka berjimat cermat tetapi sukakan teknologi dan masih mahu mengekalkan gaya terkini, telefon pintar Oppo ini adalah pilihan terbaik untuknya.

Dengan harga di bawah RM500, hadiah untuk suami yang mampu milik ini setanding dengan telefon pintar yang mahal yang berharga ribuan ringgit.

15. Jam Casio MTP SW320L-2AVDF

hadiah untuk suami

Siapa yang tidak kenal dengan jenama terkemuka Casio? Jam tangan berjenama ini boleh diberikan kepada suami anda sekiranya beliau adalah orang yang suka bergaya. Reka bentuk yang sangat cantik dan klasik, pastinya menjadi kegemaran suami anda untuk memakainya setiap masa!

16. Zen Aroma Ultrasonic White Diffuser

hadiah untuk suami

Diffuser ini sangat baik untuk menjaga kesihatan anda seisi keluarga. Ianya juga dapat mengurangkan habuk dan debu kotor serta bau busuk yang memenuhi kediaman anda.

Anda tidak perlu lagi risau tentang kesihatan anak dan suami kerana pasti mereka akan berasa tenang ketika pulang dari tempat kerja.

Itulah dia 16 idea hadiah untuk suami yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang tanggung jawab isteri, tips menjadi isteri yang baik, dan keluarga bahagia.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.