Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin terus kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat. Namun sayangnya, tidak semua pasangan yang telah bersama itu punya jodoh yang panjang dan disebabkan itu banyak kes penceraian direkodkan setelah berlakunya lafaz talak sama ada di dalam mahupun di luar mahkamah.
Talak adalah salah satu cara untuk pasangan suami isteri berpisah. Talak ini boleh terus dilafazkan oleh suami dan bagi isteri pula boleh dibuat permohonan terlebih di Mahkamah dan didaftarkan untuk direkodkan. Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri
Hukum talak di dalam Islam ada pelbagai jenis dan hukum ini adalah mengikut keadaan semasa ketika talak itu di buat. Ada ketika talak ini boleh menjadi wajib atau harus dan ada ketikanya pula talak ini boleh menjadi haram untuk dilafazkan. Berikut adalah sebab dan keadaan mengikut hukum yang telah ditentukan.
1. WAJIB – Perceraian atau talak dikatakan wajib apabila :
2. HARAM – Suatu perceraian/ talak akan menjadi haram hukumnya apabila :
3. SUNNAH – Perceraian merupakan hal yang disunnahkan apabila :
4. MAKRUH – Perceraian/ talak boleh dianggap sebagai hal yang makruh apabila seorang suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang taat, memiliki akhlak yang mulia, serta memiliki pengetahuan agama yang baik.
5. MUBAH – Perceraian atau talak ini boleh dikatakan sebagai mubah hukumnya apabila suami memiliki nafsu yang lemah dan ia juga boleh berlaku disebabkan oleh si isteri belum datang haid atau telah habis masa haidnya.
Talak ini dibahagikan kepada 2 kategori utama mengikut keadaan lafaz yang diucapkan oleh sang suami sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Ia turut dilihat pada perilaku semasa penceraian tersebut sedang berlaku.
1- Talak Sharih ( Talak Secara langsung )
diucapkan oleh seorang suami kepada isteri dengan lafaz yang jelas dan terang. Meskipun talak ini diucapkan tanpa adanya niat ataupun saksi, akan tetapi sang suami tetap dianggap menjatuhkan talak/ cerai. Hal ini telah ditegaskan dalam Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah :
Artinya “Para ulama sepakat bahwa talak dengan lafadz sharih (tegas) statusnya sah, tanpa melihat niat (pelaku).”
Contoh Lafadz/ ucapan Talak Sharih :
2. Talak Kinayah (Talak Secara Tidak Langsung )
diucapkan oleh seorang suami kepada isterinya menggunakan kata-kata yang di dalamnya mengandung makna perceraian. Seorang suami yang menjatuhkan talak dengan lafaz talak kinayah sementara tidak ada niat untuk menceraikan istrinya, maka talak tersebut dianggap tidak jatuh.
Akan tetapi apabila sang suami mempunyai niat untuk menceraikan istrinya ketika mengucapkan kalimat-kalimat talak tersebut, maka talak dianggap jatuh. Contoh Lafadz talak kinayah :
(a) Perceraian Secara Talaq
Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq.
(b) Perceraian Secara Ta’liq
Ta’liq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas ‘aqad nikah. Pengamalan perundangan Keluarga Islam di Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara ta’liq berlaku apabila suami melanggar ta’liq yang dibuat olehnya semasa upacara ‘aqad nikah.
(c) Perceraian Secara Khulu’
Perceraian secara khulu’ merupakan salah satu alternatif perceraian yang turut diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia. Perceraian secara khulu’ boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang ataupun harta sebagai pampasan.
(d) Perceraian Secara Fasakh
Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq.
(e) Perceraian Secara Li’an
Perceraian secara li’an berlaku apabila suami menafikan zuriat yang dilahirkan oleh isterinya atau anak yang sedang berada di dalam kandungan si isteri adalah anaknya.
Dalam erti kata lain, sang suami menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat memberi bukti dengan empat orang saksi. Apabila ini berlaku, mengikut hukum Syara’ di hadapan Hakim Syar’ie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula.