Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mengimpikan hidup yang bahagia dan harmoni sehingga ke syurga. Ada yang kata makin lama bersama kemanisan mula hilang.

Tak sama macam waktu mula-mula berkahwin dulu. Yang sebenarnya kemanisan dalam rumah tangga boleh kekal selama-lamanya kalau kena dengan cara dan tahu tips dan trick yang perlu dilakukan oleh kedua-dua suami isteri.

Salah satu daripada punca rumah tangga mula hilang seri ialah kerana suami tidak mengenal isterinya. Atau dalam kata yang lain tak memahami isi hati seorang wanita. Bila tak faham isi hati secara automatik suami takkan tahu apa yang isteri nak.

Layanan macam mana yang perlu diberikan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan rahsia tentang wanita yang suami perlu tahu kalau nak rumah tangga manis macam gula.

Wanita ingin disayangi dan dilayan dengan istimewa seperti hari-hari pertama pernikahan

Ingat lagi tak awal-awal pernikahan dulu? Waktu anda dan isteri masih berada dalam fasa bulan madu. Bahagia sungguh rasanya kan? Anda melayan isteri macam permaisuri.

Ada kalanya suami beranggapan bahawa semakin lama usia perkahwinan, maksudnya dah kenal hati budi masing-masing. Masing-masing dah tahu hati dan perasaan dah jadi hak milik maka tak perlu lagi nak layan elok-elok untuk mengambil hati.

Ini adalah kesalahan paling besar yang biasa dilakukan oleh seorang suami. Ketahuilah bahawa seorang wanita ingin terus disayangi dan dilayan dengan istimewa seperti hari-hari pertama pernikahan. Malah sebolehnya layanlah isteri dengan baik seperti masa anda baru mengenalinya dan dalam usaha untuk memikat.

Jangan ingat disebabkan usia perkahwinan yang lama, isteri dah makin tua, isteri dah tak perlukan perhatian seperti zaman muda dahulu. Berkahwin maksudnya anda masih terus bercinta tapi manisnya ialah dalam ikatan yang sah.

Oleh itu, ingatlah para suami. Layan isteri seperti mana waktu baru berkahwin dulu, nescaya rumah tangga akan sentiasa bahagia.

Wanita sukakan surprise

Rasanya semua suami tahu fakta ini namun malas nak bagi suprise kepada isteri. Atau bahasa pasarnya malas nak ambil port. Kalau anda tercari-cari cara nak ambil hati isteri atau terfikir apakah cara untuk membuatkan isteri rasa bahagia, cuba buat surprise.

Surprise tak semestinya kena keluarkan belanja yang mahal. Ada bermacam idea surprise tanpa kos yang tinggi boleh anda cuba. Di antaranya ialah:

  • Jika isteri anda seorang surirumah, anda ambil cuti secara rahsia dan pada hari berkenaan, awal pagi anda ajak isteri bersiap untuk keluar berjalan-jalan. Bila muka isteri nampak terpinga-pinga baru anda ceritakan yang hari itu anda ambil cuti khas untuk bawa dia berjalan. Wah! Pastinya hati isteri anda berbunga-bunga.
  • Kalau isteri anda seorang wanita berkerjaya, ajak isteri anda untuk mohon cuti sehari sebelum hari kejadian. Pada hari tersebut bawalah isteri anda berjalan-jalan ke pusat membeli-belah atau berkelah di taman. Pilih lokasi yang menjadi kegemaran isteri anda.
  • Apabila tiba tarikh istimewa seperti hari jadi atau ulang tahun perkahwinan, anda berikan surprise dengan menghantar bunga kepada isteri anda. Zaman sekarang ada ramai peniaga yang menawarkan pakej surprise dengan kos yang murah. Kalau isteri anda tak suka bunga, ada juga disediakan jambangan coklat. Malah jambangan coklat dan ayam goreng pun ada. Macam-macam anda boleh pilih.
wanita
Sumber: Says

Wanita suka dipuji

Ini adalah bahagian yang paling selalu bermasalah. Isteri suka dipuji oleh suaminya tapi suami tak rasa bahawa pujian adalah sesuatu yang penting. Biasa tak isteri anda bertanyakan soalan-soalan macam ni:

  • Abang, saya cantik lagi tak? Sama macam dulu?
  • Sedap tak saya masak hari ni?
  • Tadi kita keluar saya pakai baju baru warna pink tu, cantik tak?
  • Saya beli shawl baru, cantik tak shawl ni?

Yang sebenarnya seorang isteri sangat dahagakan pujian daripada anda. Oleh itu didik diri untuk rajin memuji isteri anda. Siap makan, pujilah masakan isteri anda sedap macam chef 5 bintang. Nampak isteri anda berhias cantik nak keluar dengan anda, pujilah isteri anda nampak cantik macam bidadari syurga.

Nampak seperti remeh dan tak bermakna buat anda tapi percayalah bahawa setiap pujian yang keluar dari mulut anda akan membuatkan isteri anda berasa terawang-awangan bagaikan di syurga.

Wanita inginkan kejujuran dan kesetiaan

Kejujuran dan kesetiaan adalah perkara paling asas dalam sebuah perkahwinan. Isteri boleh menerima apa sahaja kekurangan anda. Tak kisah kalau gaji anda kecil, tak kisah kalau perut anda buncit maju ke depan, tak kisah juga kalau dia terpaksa berkerja tak cukup rehat untuk membantu ekonomi keluarga.

Apa yang penting ialah anda setia dan jujur kepadanya. Elakkan daripada mewujudkan orang ketiga walau pun sekadar untuk suka-suka.

Wanita ingin hidup bahagia bersama suami tercinta sehingga ke akhir hayat

Ketahuilah bahawa walau berapa banyak kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri anda, isteri anda terlalu mencintai anda dan ingin hidup bersama sehingga ke akhir hayatnya. Seorang isteri akan menutup mata dan menganggap kelemahan anda tidak wujud kerana kasih sayangnya yang mendalam.

Ada banyak lagi kelebihan dan keistimewaan dalam diri anda untuk dilihat. Oleh itu, hargailah isteri anda. Terima kelemahan dirinya seperti mana dia menerima kelemahan anda.

Itulah dia info tentang rahsia wanita yang suami perlu tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini mungkin juga anda berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua eratkan kasih sayang suami isteri, tips komunikasi berkesan untuk suami isteri, dan idea romantik

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.