Sejak akhir-akhir ini semakin ramai ibu bergelar suri rumah memilih untuk buat kerja part time di rumah untuk menjana pendapatan. Sambil jaga anak, duit masuk ke akaun bank.

Menarik kan? Anda teringin nak buat kerja part time di rumah tapi takde idea nak buat apa? Idea yang kami senaraikan di bawah pasti dapat membantu anda.

kerja part time di rumah

Sumber: Urbanhire

1. Homebaker

Perasan tak, kebalakangan ni homebaker tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau anda suka baking dan ada bakat untuk menghasilkan kek, roti dan pastri yang lazat, kami cadangkan anda mulakan bisnes sebagai homebaker. Kebiasaanya homebaker akan menyediakan makanan seperti:

  • Kek. Anda boleh mengambil tempahan kek sempena hari jadi, ulang tahun, atau pun boleh buat kek yang in- trend sekarang seperti fruit pastry kek, kek cheese leleh, kek sagu gla melaka, kek marble, dan sebagainya.
  • Pastri seperti cheese tart, cream puff, fruit tartlet, dan sebagainya.
  • Roti seperti roti sarang lebah, roti golok viral, dan roti lain yang menjadi makanan harian rakyat Malaysia.

2. Menyediakan khidmat katering

Kalau nak mulakan bisnes katering, tak semestinya anda perlu menyewa premis kedai. Anda boleh jalankan bisnes katering dengan memasak dan menyediakan semua persediaan di rumah.

Kebiasaannya pejabat kerajaan, sekolah, dan pejabat swasta suka menempah makanan untuk jamuan atau majlis yang diadakan. Anda boleh sediakan pakej atau pelanggan boleh pilih sendiri menu yang dikehendaki.

Atau pun anda boleh masak satu menu istimewa, masukkan ke dalam bekas dan ambil order. Contohnya, kalau di kawasan perumahan anda belum ada yang menjual nasi arab, anda boleh menyediakan nasi arab. Tak perlu masak pelbagai menu, satu jenis masakan sudah memadai. Apa yang penting, perlu ada permintaan untuk makanan tersebut.

3. Mengambil tempahan kuih-muih

Anda mungkin tak suka memasak nasi atau lauk-pauk untuk buat katering, tapi mungkin anda berminat membuat kuih. Jika anda suka membuat kueh, anda boleh mengambil tempahan kuih-muih seperti:

  • Kuih talam
  • Apam solo
  • Apam paddlepop
  • Kuih tradisional seperti cucur badak, pulut panggang, qasidah, dan sebagainya.
kerja part time di rumah

Sumber: Blogospi

4. Makanan ibu berpantang

Zaman sekarang, ibu moden memilih untuk berpantang sendiri tanpa perlu balik ke kampung untuk berpantang bersama ibu atau mertua. Kebiasaannya, ibu berpantang akan mencari perkhidmatan penghantaran makanan berpantang supaya mereka tidak erlu bersusah-payah memasak di dapur.

Anda boleh sediakan perkhidmatan menghantar makanan berpantang kepada ibu yang sedang melahirkan. Menunya tak susah. Di antara makanan yang dimakan oleh ibu berpantang ialah makanan sihat seperti:

  • Sup sawi
  • Ikan bakar
  • Ayam bakar
  • Ayam masak blackpepper
  • Sup ayam
  • Salmon grill

5. Penghantaran makanan

Selain ibu mengandung, orang biasa juga ada yang malas untuk keluar dari rumah untuk makan. Nak order makanan segera, dah naik muak.

Maka ramai yang mencari peniaga yang menyediakan khidmat penghantaran makanan untuk makanan biasa seperti nasi berlauk, nasi goreng, mee goreng, dan sebagainya. Penghantaran makanan merupakan bisnes yang semakin berkembang di Malaysia.

6. Menjahit

Kalau anda minat menjahit, anda boleh jadi tukang jahit dari rumah. Tak pandai menjahit tak mengapa, anda boleh pergi ke kelas jahitan. Yang penting sekali ialah anda ada minat untuk menjahit. Sebagai tukang jahit dari rumah, anda boleh mengambil tempahan baju dari orang ramai, atau boleh juga mengambil kontrak menjahit tempahan pukal dari butik-butik.

Sebagai tukang jahit, bukan bermakna anda menjahit baju semata-mata. Selain baju, anda juga boleh menjahit:

  • Langsir
  • Tudung
  • Barut
  • Kain bedung

7. Pengasuh

Kalau anda sukakan kanak-kanak dan mempunyai kesabaran untuk melayan karenah budak kecil, anda boleh menjadi pengasuh. Kalau anda tak yakin untuk menjaga bayi yang masih kecil, anda boleh ambil anak asuhan yang besar, mungkin berumur satu tahun ke atas.

Apa pun, pastikan anda berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana biasanya ibu-ibu mencari pengasuh yang berdaftar untuk rasa lebih selamat.Untuk menjadi seorang pengasuh berdaftar, anda cuma perlu menghadiri kursus untuk mendapatkan sijil pengasuh. Prosedurnya tak susah.

kerja part time di rumah

Sumber: Saliha

8. Online business

Jika anda bukan media sosial, semakin ramai yang mencari duit dengan menjalankan perniaga atas talian. Bukan sahaja suri rumah, wanita bekerjaya pun ramai yang buat online business. Online business merupakan salah satu kerja part time di rumah yang boleh anda lakukan.

Ada pelbagai pilihan produk yang boleh anda jual seperti:

  • Produk kecantikan
  • Kosmetik
  • Handbag
  • Aksesori wanita
  • Emas
  • Pakaian seperti tudung, pakaian muslimah, baju kanak-kanak.
  • Makanan tambahan
  • Produk makanan sunnah

9. Ibu kutu

Satu lagi kerja part time di rumah yang kami cadangkan ialah menjadi ibu kutu. Tugas ibu kutu ialah sebagai orang yang bertanggung jawab untuk memberikan giliran kepada peserta kutu, mengutip duit setiap bulan, memastikan setia peserta membuat bayaran setiap bulan, dan memastikan peserta yang mendapat giliran mendapat barang kutu.

Terdapat pelbagai jenis kutu yang boleh anda jaga seperti:

  • Kutu emas
  • Kutu duit
  • Kutu barangan elektrik seperti periuk noxxa, seterika stim, air fryer, dan sebagainya.

10. Personal shopper

Anda juga boleh menjana pendapatan dari rumah dengan menjadi personal shopper. Dewasa ini, kebanyakan wanita lebih berminat untuk membeli secara online daripada menghabiskan masa pergi sendiri ke kedai. Tengok katalog, order. Anda boleh menjadi personal shopper untuk produk seperti:

  • Barangan Ikea
  • Barangan Kaison
  • Handbag dari outlet seperti Coach, Bonia, Michael Kors

Itulah dia 10 idea kerja part time dari rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.