Bandung boleh digelar sebagai syurga untuk membeli belah di Indonesia. Ramai pelancong apatah lagi peniaga akan ke sini untuk shopping. Tetapi, Bandung bukan sahaja untuk anda membeli-belah, malah banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini. Bukan setakat tempat menarik, tetapi pastinya memberikan anda satu pengalaman yang rare sewaktu bercuti di Bandung.

 

20 Tempat Menarik di Bandung

1) Pasar Baru Trade Centre

Imej via jalan-jalanmurah

Pasar Baru ialah pusat membeli-belah 7 tingkat yang penuh barangan kesukaan wanita seperti dengan kain ela, telekung, pakaian, ole-ole serta batik pelbagai pilihan. Ia terletak di pusat bandar di Bandung. Harga di Pasar Baru Trade Centre boleh dikatakan sangat murah. Sediakan duit secukupnya, dan anda bolehlah cuci mata sambil cuci poket di sini.

 

Lokasi: Ps. Baru Trade Center, Jl. Otto Iskandar Dinata, Kb. Jeruk, Andir, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40181

 

2) The Lodge Maribaya Lembang

Imej via paketwisatabandung

The Lodge Maribaya Lembang adalah kawasan alam semulajadi yang dikelilingi oleh pokok pine. Anda dapat nikmati udara segar serta pemandangan yang indah di sini. Bagi anda yang sukakan pengalaman yang lain dari yang lain, pastinya The Lodge Maribaya ini adalah lokasi yang sesuai.

Terdapat banyak port baik untuk anda bergambar di sini. Yang pastinya, port tersebut bukan port biasa-biasa.

Sky Tree bergambar di atas pokok dan berlatarkan pemandangan pokok. Disebabkan kekreatifan pengambilan gambar, nampak seolah-olah anda sedang berdiri di atas pokok di kawasan yang tinggi.

Selain itu, terdapat lagi port lain yang tak kurang juga hebatnya iaitu Gantole, Sky Wing dan Zip Bike. Tapi, untuk masuk ke setiap port ini, anda perlu beli tiket yang berharga antara Rp. 15.000 – Rp. 20.000.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Rp. 20.000 – Rp. 35.000

Lokasi: Jalan Maribaya No. 149-252 RT 03/ RW 15 Kampong Babakan Gentong, Cibodas Maribaya, Lembang

 

3) Farm House Lembang

Imej via eddiemontgomerysteakhouse

Farm House Lembang terletak di kawasan tanah tinggi di Lembang. Menariknya kawasan ini kerana ia diibaratkan sebagai sebuah kota mini Eropah. Landskap di sini tersangatlah comel. Sudahlah cuaca sejuk, udara segar, malah Farm House Lembang turut memiliki tarikan lain seperti zoo mini yang menempatkan arnab, kambing, burung, angsa dan banyak lagi.

Bagi para wanita, anda juga boleh menyewa gaun era klasik di Eropah dengan bayaran Rp.50.000 untuk sejam. Dah sewa kostum tersebut, apa tunggu lagi. Berposinglah sepuas hati di sekitar farm house ini. Antara tarikan yang paling unik di sini adalah rumah hobbit.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 9.00petang)

Bayaran: Rp.20.000

Lokasi: Jalan Raya Lembang No.108, Gudangkahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat

 

4) Lactasari Mini Farm

Imej via pegipegi

Keunikan Lactasari Mini Farm adalah lokasinya yang terletak di atas bumbung pusat membeli-belah Paris Van Java. Walaupun berada di atas bangunan, namun pengalaman yang anda rasai sama sahaja seperti mini zoo di lain-lain lokasi. Anda seolah-olah terlupa yang sebenarnya anda hanya berada di atas bangunan.

Aktiviti menarik yang anak anda boleh lakukan di sini adalah beri makan kepada haiwan. Anak-anak akan dibekalkan dengan apron, satu botol susu dan sebakul sayur. Dengan kit ini, anak-anak boleh mendekati dan bermain dengan banyak haiwan yang terdapat di sini seperti kambing, hamster, arnab dan banyak lagi. Sambil-sambil bermain dengan haiwan, bolehlah beri haiwan-haiwan ini makan sayur dan minum susu yang telah dibekalkan.

 

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00pagi– 7.00petang) | Sabtu & Ahad (10.00pagi– 10.00petang)

Bayaran: Rp.60.000 Untuk Satu Anak Satu Peneman

Alamat: Jl. Sukajadi | Paris van Java Bandung, Bandung 40162

 

5) Tebing Keraton

Imej via brobali

Bagi anda yang suka bergambar dan cintakan panorama yang indah, pastinya Tebing Keraton menjadi salah satu destinasi pilihan sewaktu di Bandung. Ini kerana, pemandangan dari tebing ini cukup indah sehinggakan tebing berketinggian 1,200 meter ini sanggup ditakluki hanya untuk beberapa keping foto. Dari tebing ini juga, anda dapat melihat destinasi menarik lain di Bandung iaitu Tangkuban Perahu.

 

Bayaran: Rp. 76.000

Lokasi: Taman Hutan Raya Ir. H. Djuanda

 

6) Amazing Art World

Imej via ngetripyuk

Amazing Art World merupakan muzium 3D yang terbesar di negara Indonesia dengan keluasan 15,500 meter persegi. Muzium ini terbahagi kepada 8 zon berbeza iaitu Aqua, Animal, Media, Dinosaurus, Love, Winter, History dan Artistic. Seperti kebiasaan jika anda mengunjungi tempat sebegini, keperluan asas yang perlu di bawa adalah telefon pintar yang penuh baterinya. Bergambarlah sepuas hati anda di sini. Mural 3D di sini sangat real jika anda pandai menggayakan aksi yang sesuai dengan gambar.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi – 8.00petang)

Bayaran: Isnin – Jumaat: Rp.130.000 | Sabtu, Ahad, Cuti Umum: Rp.170.000

Lokasi: Jl. Setiabudhi No.293, Isola, Sukasari, Kota Bandung, Jawa Barat 40154

 

7) Trans Studio Bandung

Imej via agenbolamaxis

Trans Studio Bandung seperti Kota Keriangan Genting Highland di Malaysia. Ia merupakan taman tema terbesar di Indonesia. Malah fasiliti-fasiliti dan permainan yang disediakan di dalamnya juga bertaraf dunia.

Permainan-permainan yang ditawarkan di sini terbahagi kepada 3 zon berbeza iaitu Zon Studio Central, Zon The Lost City dan Zon Magic Corner. Masing-masing dengan tarikannya yang tersendiri dan termasuklah Yamaha Racing Coaster.

Trans Studio Bandung juga turut memiliki pusat membeli-belahnya sendiri iaitu Trans Studio Mall Bandung. Terdapat lebih daripada 200 outlet yang terkenal dan lebih daripada 100 gerai makanan serta 2 buah hotel di sini.

 

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00pagi–7.00petang) | Hari Cuti (9.00pagi–10.00petang)

Bayaran: Isnin – Khamis: Rp.180.000 | Jumaat: Rp. 200.000 | Sabtu – Ahad: Rp. 280.000

Lokasi: Jalan Jendral Gatot Subroto No.289, Cibangkong, Batununggal, Kota Bandung, Jawa Barat 40273

 

8) Danau Situ Patenggang

Imej via kabarwisata

Jarak antara kota Bandung dengan Danau Situ Patenggang adalah sekitar 47 km. Mengambil masa sekitar 2 jam perjalanan. Walaupun perjalanan untuk menuju ke sini agak jauh, namun segala kepenatan terubat apabila anda disajikan dengan panorama yang sangat indah. Inilah lokasi yang sesuai untuk anda menenangkan jiwa, melepaskan segala tekanan yang ada.

Selain menyegarkan mata dengan pemandangannya, anda juga boleh merancang pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga di kawasan tasik ini seperti menaiki perahu, memancing mahupun berkhemah di pinggiran tasik.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi– 5.00petang)

Bayaran: Rp.20.000

Lokasi: Jl. Raya Ciwidey-Rancabali, | Desa Patengan, Bandung 40973

 

9) Observatorium Bosscha

Imej via voaindonesia

Observatorium Bosscha terletak di atas bukit yang berketinggian 1310 meter dari paras laut. Ia merupakan observatorium yang tertua di Indonesia. Melalui teleskop yang ada di sini, anda dapat terokai alam angkasa, melihat kebesaran Tuhan yang menciptakan alam semesta.

Jika anda bercadang ke sini, pastikan anda melawat pada hari Sabtu. Ini kerana, hanya pada hari Sabtu observatorium ini dibuka kepada orang awam. Pada hari Selasa-Jumaat, lokasi ini hanya dibuka kepada pelawat dalam kumpulan besar sahaja.

 

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu

Bayaran: Siang: Rp.15.000 | Malam: Rp. 20.000

Lokasi: Observatorium Bosscha, FMIPA Institut Teknologi Bandung, Lembang, Bandung 40391, Jawa Barat

 

10) Braga Culinary Night

Imej via galihsedayu

Braga Culinary Night adalah syurga makanan yang terletak di Jalan Braga. Ia tidak dibuka setiap hari. Hanya 2 minggu sekali iaitu pada hari Sabtu. Terdapat aneka makanan yang diniagakan di sini seperti kuih-muih, nasi goreng, sosej bakar dan banyak lagi. Jika anda seorang food hunter, tempat ini sangat sesuai bagi anda untuk merasai makanan tempatan di Bandung. Sambil-sambil mencari makanan di pasar ini, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara live.

 

Waktu Operasi: 2 Minggu Sekali, Sabtu (5.00petang–1.00pagi)

Lokasi: Jalan Braga, Sumur Bandung, Bandung, Jawa Barat

 

11) Air Panas Ciater

Imej via wisatabagus

Ia terletak di kaki Gunung Tangkuban Perahu. Udara di sini amat sejuk dan segar dari kawasan pergunungan, dihiasi panorama menghijau gunung dan ladang teh, kemudian, berendam pula di dalam air panas, pastinya pakej lengkap buat anda untuk beristirehat dan bersantai-santai setelah penat berjalan menjelajah kota Bandung.

 

Bayaran: Bayaran Masuk Kawasan Mandi Rp 22.000 | Bayaran Masuk Kolam Air Panas Besar Rp 80.000 | Tiket Masuk Kolam Mandi Sederhana Rp 20.000 – Rp 55.000

Lokasi: Jl. Raya Ciater, Nagrak, Ciater, Kabupaten Subang, Jawa Barat 40154

 

12) Rumah Mode

Imej via cavinteo

Rumah Mode adalah pusat membeli-belah seperti Pasar Baru. Ia adalah factory outlet yang terbesar di Bandung dan ianya memang sentiasa dikunjungi ramai terutama pada hari minggu.

Di sini terdapat pakaian wanita, pakaian lelaki dan pakaian kanak-kanak dan kebanyakannya adalah pakaian  kasual jeans dan t-shirt.

 

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.30pagi– 8.30petang) | Sabtu & Ahad (8.30pagi– 9.30petang)

Lokasi: Jl. Dr. Setiabudhi, Kota Bandung, Jawa Barat

 

13) De’ Ranch Lembang

Imej via tempatwisataseru

Tempat ini awalnya adalah sebuah ladang peternakan, namun sejak tahun 2007 diubah menjadi sebuah pusat rekreasi keluarga dan menjadi salah satu destinasi popular di Bandung.

Anda boleh menggayakan kostum koboi dan menunggang kuda untuk menjelajahi kawasan seluas 5 hektar ini. Ada 22 aktiviti yang anda boleh lakukan di sini, antaranya memanah, flying fox dan memancing.

 

Waktu Operasi:  Selasa – Jumaat (9.00pagi–5.00petang) | Sabtu & Ahad (8.00pagi–6.00petang)

Bayaran: Rp. 10.000

Lokasi: Jalan Maribaya No 17, Kecamatan Lembang, Kabupaten Bandung Barat

 

14) Kota Mini Lembang

Imej via marijalan

Kota Mini Lembang diibaratkan sebagai kota mini Eropah. Senibina di kota ini sememangnya mirip dengan bangunan di Eropah.

Hampir semua sudut di dalam kota kecil ini sangat cantik. Malah, turut disediakan kostum wanita Belanda yang berwarna-warni untuk anda gayakan. Anda bolehlah bergambar sepuas hati di Kota Mini Lembang ini nanti.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi–6.00petang)

Bayaran:  Rp.15.000 | Program Passport Rp 150.000 (Akses Kesemua Rumah dan Permainan)

Lokasi:  Jl. Grand Hotel No.33, Lembang, Bandung, West Java 40222

 

15) Glamping Rancabali

Imej via jejakusaja

Antara tarikan Glamping Rancabali adalah sebuah kapal yang ‘terdampar’ di tengah-tengah perbukitan. Kapal itu adalah Pinisi Resto, sebuah tempat makan berkonsep kapal tradisional Pinisi yang terletak di kawasan dataran tinggi. Sudahlah cuaca sejuk, dikelilingi pula oleh danau dan lading the yang menghijau. Pakej yang lengkap untuk anda nikmati ketenangan dan kelapangan jiwa.

Terdapat pelbagai menu yang lazat tersedia di restoren ini untuk santapan ansa sekeluarga.

 

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi:  Patengan, Rancabali, Bandung

 

16) Lereng Anteng

Imej via infopromodiskon

Jika Anda mencari tempat makan yang mesra kanak-kanak dihiasi panorama yang indah dan nyaman, maka Lereng Anteng adalah lokasi yang sesuai untuk anda lawati.

Anda dan keluarga boleh memilih duduk di bean bags yang berwarna-warni sambil menikmati udara segar di pergunungan. Terdapat pelbagai menu yang ditawarkan di sini, daripada hidangan tempatan sehinggalah ke menu makanan Barat.

 

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00pagi– 10.00petang) | Sabtu & Ahad (8.00pagi– 11.00petang)

Lokasi: Kampung Pagermaneuh, RT 02/04 Desa Pagerwangi Kecamatan Lembang Kabupaten Bandung Barat

 

17) Perkebunan Teh Cukul

Imej via dyateqon

Terdapat beberapa lading the di Bandung, namun Perkebunan Teh Cukul yang paling popular dan sentiasa dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.

Ini kerana, alasan pertama kerana perkebunan teh ini terletak di dataran tinggi, jadi udaranya nyaman dan sejuk. Kedua, di kawasan ini terdapat sebuah telaga yang amat tenang, iaitu Situ Cukul.

Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah Villa Jerman, sebuah villa bersenibina Eropah yang menjadikan Perkebunan Teh Cukul bertambah cantik dan unik.

 

Lokasi: Jl. Cukul, Sukaluyu, Pangalengan, Bandung, Jawa Barat 40378

 

18) Pasar Terapung Lembang

Imej via qinanatour

Selalunya pasar atas air popular di Bangkok. Tetapi, di Bandung juga ada pasar terapung. Di Pasar Terapung Lembang ini anda dapat melihat pelbagai jenis makanan tradisional Bandung yang dijual, termasuklah sayuran dan ikan-ikan yang segar.

Selain pasar terapung, kawasan darat di sekitarnya terdapat banyak lagi tarikan lain seperti keretapi mini, taman fauna, pancing magnet dan lain-lain lagi. Kemudahan seperti surau juga tersedia di sini.

 

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00pagi– 5.00petang) | Sabtu & Ahad (9.00pagi– 8.00petang)

Bayaran:  Rp. 15.000

Lokasi: Jl. Grand Hotel No.33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391

 

19) Kebun Strawberry Ciwidey

Imej via paketbandung

Satu lagi aktiviti yang menarik di sini ialah aktiviti memetik buah strawberry di Kebun Strawberry Ciwidey. Keadaan cuaca yang agak dingin menjadikan tempat ini sesuai untuk tanaman strawberry. Pemilik kebun akan memberikan anda raga dan anda boleh memetik sendiri buah strawberi. Harga buah strawberi yang dipetik sendiri lebih mahal dari buah strawberi yang telah siap dipetik. Tetapi, pengalaman memetik sendiri buah strawberi itulah yang mahal, terutama buat anak-anak.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi – 8.00malam)

Bayaran: Masuk (Percuma) | Petik Buah Strawberi (Rp.35.000 – Rp.50.000)

Lokasi: Jalan Ciwidey, Desa Patengan, Kec. Rancabali, Kab. Bandung

 

20) Kawah Putih Ciwidey

Imej via anekatempatwisata

Kawah Putih Ciwidey ini adalah danau berbentuk kawah yang tercipta akibat letusan Gunung Patuha. Ia dipercayai sebagai danau misteri oleh warga setempat kerana dulu setiap burung yang terbang melintas di sekitarnya pasti akan mati. Akibatnya semua orang enggan untuk mendekatinya.

Namun, pada abad ke-19 seorang ahli botani dari Jerman menjelajah kawasan ini dan menemui danau kawah yang amat cantikini.

Airnya jernih bak kristal, namun akan berubah warna mengikuti perubahan cuaca. Bahagian tepinya pula terdapat pasir yang begitu putih. Malah, tumbuhan yang terdapat di kawasan ini juga jarang dijumpai di tempat lain. Ia membuatkan Kawah Putih Ciwidey ini punyai tarikan yang tersendiri dan unik.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00pagi–5.00petang)

Bayaran: Rp.15.000

Lokasi: White Crater, Sugihmukti, Pasirjambu, Bandung, Jawa Barat

 

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Bandung yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

 

 

 

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.