Tahukah anda kemurungan adalah satu penyakit yang tanpa kita sedar. Ia bukan seperti penyakit biasa seperti demam, batu, selsema, dan lain-lain lagi. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira umur tua atau muda. Kemurungan ini terjadi kepada seseorang tanpa orang itu sendiri sedar, mungkin kita rasa ia adalah sebuah penyakit yang boleh diubati.

Kemurungan boleh diubati tetapi ia mengambil masa yang lama untuk sembuh. Kajian telah dijalankan, penyakit kemurungan ini perlu diberi perhatian sepenuhnya jika tidak ia boleh bertambah lagi teruk. Ia juga boleh memberi kesan terhadap kerja, sosial dan aktiviti harian seseorang.

Masyarakat kini mungkin tidak sedar lagi bahawa kemurungan ini amat berbahaya kerana ia melibatkan jiwa dan perasaan seseorang. Kemurungan ini boleh membunuh seseorang secara halus dan sukarela.

Apakah maksud kemurungan?

Kemurungan adalah masalah gangguan mental atau emosi. Dengan bahasa mudahnya, ia berkaitan dan berpunca dari tekanan atau bebanan yang disebabkan oleh masalah peribadi atau kerja. Oleh sebab itu, ia boleh membuatkan seseorang rasa selalu bimbang dan rasa ingin membunuh diri.

Tidak mustahil juga, kanak-kanak boleh terkena penyakit kemurungan ini. Tetapi bagaimana kanak-kanak boleh mendapat penyakit kemurungan?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai punca kanak-kanak kemurungan. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC.

4 Punca kemurungan kanak-kanak

punca kemurungan kanak-kanak
Image via baituljannah.com

1. Pergantungan: terlalu bergantung kepada sesuatu atau seseorang. Berlaku bila parents terlalu memanjakan sampai anak takde ruang utk buat keputusan sendiri, takde ruang utk buat silap, takde ruang utk kendali emosi sendiri, takde ruang utk selesaikan masalah sendiri dan lain-lain.

2. Ibu bapa meletakkan expectations yang terlalu tinggi. 

3. Ibu bapa suka membanding-bandingkan dan tak melihat anak sebagai individu unik. 

4. Membesar dalam konflik berterusan. Contoh: ibu bapa kerap bergaduh.

*Anak-anak adalah sebuah anugerah kepada setiap ibu bapa. Kehadiran mereka membawa sinaran cahaya yang boleh memberi kebahagiaan kepada sesebuah keluarga.

Jangan kita sia-siakan mereka dan beri mereka perhatian sepenuhnya kepada mereka. Selain itu, selalu memberi pujian kepada mereka dan tunjukkan kita bangga dengan mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.