Nak tahu senarai sekolah berasrama penuh terbaik di Malaysia? Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak dari segala segi kehidupan, terutamanya dalam soal pendidikan. Apabila anak mahu menjejakkan kaki kea lam sekolah menengah, pastinya seawal anak berada dalam tahun 6, ibu bapa sudah mula melihat-lihat dan mencari-cari sekolah yang terbaik untuk anak-anak.

Sekolah berasrama penuh adalah di antara pilihan utama ibu bapa di Malaysia. Jom lihat 20 senarai sekolah berasrama penuh terbaik dan mempunyai rekod baik sentiasa.

1. Sekolah Tun Fatimah, Johor

Sumber: Sharulnizam

Sekolah Tun Fatimah adalah sebuah sekolah yang sememangnya terkenal dengan keputusan peperiksaannya yang cemerlang. Tidak hairanlah kenapa ibu bapa berlumba-lumba mahukan sekolah ini. Ia terletak di Johor Bahru, Johor. Ia telah dibina pada tahun 1965 dandirasmikan oleh DYMM Sultanah Johor. Ia mempunyai pelajar perempuan sahaja.

2. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

Sekolah yang menduduki tangga kedua ialah Sekolah Seri Puteri yang asalnya digelar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer dan berada di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur sebelum ditukar namanya kepada Sekolah Seri Puteri dan dipindahkan ke Cyberjaya. Sekolah ini adalah untuk pelajar perempuan sahaja.

3. Sekolah Sultan alam Shah, Putrajaya

Sekolah Sultan Alam Shah atau singkatannya SAS asalnya  terletak di Jalan Yaacob Latiff , Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Kini ia telah berpindah ke premis baru seluas 35 ekar di Putrajaya sejak 26 April 2003.

4. Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan

Kolej Tunku Kurshiah adalah Sekolah Berasrama Penuh yang pertama bagi pelajar perempuan Melayu di Malaysia. Nama asalnya ialah Malay Girl’s College dan terletak di Kuala Lumpur. Kini ia bertukar nama kepada Kolej Tunku Kurshiah dan telah berpindah ke kawasan seluas 22 ekar di Bukit Merbah, Seremban, Negeri Sembilan. s

5. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor

Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi  adalah Sekolah Berasrama Penuh yang ke34 dibina di Malaysia. Ia terletak di Johor Bahru dan terletak berdekatan dengan pusat perlancongan Desaru yang popular.

6. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor

Sumber: Mypt3

Kolej Islam Sultan Alam Shah atau KISAS terletak di Klang, Selangor. Sehingga kini ia kekal sebagai satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan empat. Ramai tokoh intelektual, tokoh politik serta alim ulama telah dilahirkan sekolah hebat ini.

7. Sekolah Menengah Sains Tengu Munawir, Negeri Sembilan

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir yang terletak di Seremban adalah Sekolah Berasrama Penuh yang menduduki kedudukan ketujuh dalam keputusan peperiksaan SPM pada tahun 2019 yang lalu. Ia terletak di Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan. Pada awal penubuhannya ia diberi nama Sekolah Menengah Sains Seremban, namun pada 8 Mac 2011, ia ditukar kepada nama baru sempena nama Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9. Sekolah ini menerima pelajar lelaki sahaja.

8. SBP Integrasi Gombak, Selangor

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak atau nama ringkasnya SBPI Gombak juga dikenali sebagai INTEGOMB. Ia terletak di Jalan Sungai Pusu, Gombak dan sangat dekat dengan kampus utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). SBP Integrasi Gombak adalah salah satu daripada beberapa buah sekolah yang berkonsepkan integrasi di Malaysia.

Sekolah intergrasi telah diwujudkan seiring dengan permintaan aliran Sains Agama yang semakin mendapat sambutan daripada ibu bapa pada masa kini. Untuk pengetahuan anda, SBPI menawarkan 3 aliran iaitu:

  • Sains Tulen
  • Sains Tulen Agama
  • Sains Teknikal

9. SBP Integrasi Rawang, Selangor

Menduduki kedudukan yang ke Sembilan ialah SBP Intergrasi Rawang yang terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Ia juga lebih dikenali sebagai SEPINTAR merupakan salah satu daripada Sekolah Berasrama Penuh yang melaksanakan program Tahfiz Model Ulul Albab atau singkatannya TMUA. Tidak banyak sekolah di Malaysia yang melaksanakan model program tersebut. Di antara sekolah lain ialah:

  • SBPI Batu Rakit
  • SMA Persekutuan Bentong
  • SBPI Selandar

10. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

Kolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) adalah sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki di Malaysia. Ia terletak di Kuala Kangsar, Perak. Ia hanya menerima pelajar lelaki sahaja. Pada awalnya, sekolah ini hanya menerima pelajar dari golongan elit Melayu sahaja. Namun selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini telah dilonggarkan. Hari ini semua rakyat Malaysia layak untuk memasuki sekolah ini.

Berikut adalah senarai kedudukan sekolah Berasrama Penuh bagi kedudukan ke11 sehingga 20 bagi tahun 2020:

11. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu

12. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur

13. Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani

14. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak

15. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor

16. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Selangor

17. Sekolah Menengah Sains Johor

18. Sekolah Menengah Sains Muzafar Syah, Melaka

19. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur

20. Sekolah Menengah Sains Sabah

Sumber: Pendidikan4all

Itulah dia info  tentang 20 senarai sekolah berasrama penuh terbaik Malaysia bagi tahun 2020 berdasarkan keputusan SPM tahun 2019    yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang senarai MRSM di Malaysia cara tampal lencana sekolah dan aktiviti menarik sempena cuti sekolah.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.