Masalah kulit kering sememangnya menjadi salah satu perkara yang ditakuti. Bagi mendapatkan kulit yang lembap dan sihat, ramai individu yang mula menggunakan losyen badan. Fungsi losyen badan yang pastinya dapat memberikan kelembapan pada kulit yang kering menjadikannya sebagai produk yang perlu digunakan untuk perawatan diri.

Penggunaan losyen badan yang teratur pastinya akan membuatkan kulit anda lebih sihat. Walaupun begitu, terdapat juga losyen badan yang tidak sesuai untuk anda gunakan. Pemilihan losyen badan yang sesuai juga sangat penting.

Disebabkan hal ini, terdapat pelbagai jenis losyen badan yang berlainan fungsi. Losyen badan juga mempunyai fungsi yang berbeza dengan bau yang berbeza. Terdapat juga pelbagai jenama yang terkenal kerana fungsi yang ditawarkannya. Losyen ini juga terdapat dalam pelbagai jenis botol yang pastinya menarik perhatian anda.

Terdapat pelbagai kebaikan menggunakan losyen badan. Antaranya ialah:

Menghidratkan Kulit Kering

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering, mereka pasti risau dengan keadaan cuaca yang sejuk atau panas. Hal ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu akan menyebabkan kulit mereka sukar dirawat.

Penggunaan losyen badan yang sesuai dengan kulit kering pastinya dapat membantu melembapkan kulit. Penggunaan losyen secara terus sebelum dan selepas mandi dapat membantu kulit agar tetap lembap dan kenyal. Menggunakan losyen setelah mandi akan membantu badan mengunci kadar air dari lotion kerana pori-pori sedang terbuka.

Melindungi Kulit Dari Sinar UVA dan UVB

Pendedahan kulit yang lama terhadap sinar UV dapat memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan kulit. Sinar UV yang berinteraksi terus ke kulit akan membawa pengaruh yang buruk. Penggunaan losyen badan yang mengandungi SPF 15 dapat menghindari kulit dari terkena sinaran matahari. Bahan ini juga dapat membantu kulit dari terkena kanser kulit.

Bantu Anda Berehat

Semasa memakai losyen di badan anda, anda boleh mencuba pelbagai urutan yang dapat membantu merehatkan badan anda. Jika anda melakukan urutan yang stabil ketika memakai losyen, ianya dapat menghilangkan tekanan, mengurangkan rasa sakit badan serta meningkatkan endorphin yang dapat membuatkan anda merasa lebih tenang.

Terdapat pelbagai jenis losyen yang datang dengan pelbagai jenis bau. Pada masa kini, anda boleh memilih sendiri bau yang sesuai dengan kepribadian anda. Nikmati haruman yang terdapat di dalam losyen badan yang pastinya dapat membantu anda berehat.

Menjadikan Kulit Lebih Bersinar

Terdapat beberapa losyen badan yang direka khas untuk menjadikan kulit anda lebih cerah. Losyen badan dengan kandungan vitamin C dan kolagen pastinya akan membantu menghilangkan kesan kusam pada kulit anda.

Penggunaan losyen dengan kandungan vitamin E, dapat membantu melambatkan penuaan pada kulit badan anda. Vitamin E berfungsi dengan menghalang kehilangan kolagen dan keanjalan kulit. Jika anda menjadikan losyen sebagai produk harian, anda juga dapat menghilangkan sel-sel kulit mati yang terdapat di badan anda.

Sekiranya anda ingin mencari losyen yang sesuai dengan kulit, terdapat beberapa tips yang dapat anda gunakan seperti melihat kandungan yang sesuai bagi jenis kulit kering, normal dan berminyak.

Vaseline Intensive Care

Lotion ini mengandungi aloe vera dan jelly Vaseline. Campuran bahan ini menjadikan losyen ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Losyen ini juga membantu menjaga kulit agar sentiasa segar dan sihat.

Disamping itu, Losyen badan ini juga tidak berminyak dan boleh menyerap kelembapan dengan baik bagi jenis kulit kering. Losyen ini membantu mencegah kulit kasar, bersisik dan gatal.

Selain itu, losyen ini juga terbukti dapat memulihkan kulit kering dalam masa 3 minggu. Sangat sesuai jika anda mempunyai kulit kering secara alami mahupun akibat cahaya matahari.

ST Ives Nourish And Soothe

Losyen ST Ives Nourish And Soothe merupakan losyen yang sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. Kandungan losyen yang mempunyai oatmeal juga sangat baik untuk kulit. Kandungan oatmeal yang membantu melegakan kegatalan, kulit mengelupas dan menyembuhkan jerawat dan membersihkan kulit pastinya menjadi pilihan mereka yang berkulit sensitif.

Losyen ini bukan sahaja dapat melegakan kulit kering dan gatal, malah losyen ini membantu menyembuhkan kulit sensitif dan memberikan kelegaan kepada pemakainya. Selain itu, losyen ini tidak mempunyai bau yang terlalu kuat menjadikannya sesuai bagi mereka yang berkulit sensitif. Penggunaan secara berterusan juga memberikan rasa yang lembut pada kulit anda.

Palmer’s Cocoa Butter

Sama seperti fungsi losyen yang lain, losyen ini juga berfungsi untuk melembutkan kulit kering dan kasar. Losyen ini juga mengandungi Cocoa Butter dan Vitamin E. Kandungan vitamin E berfungsi untuk merawat kulit yang tidak sekata. Jika anda inginkan kulit yang lembut dan sekata, losyen ini sangat sesuai untuk digunakan.

Selain itu, kandungan lemak di dalam cocoa butter yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A membantu memberikan nutrisi kepada kulit, mengekalkan kelembapan serta menjadikan tekstur kulit lebih kenyal. Kandungan polifenol di dalam cocoa butter ini juga membantu untuk memperlambatkan penuaan kulit.

Johnsons’s Body Care

Johnsons’s Body Care merupakan antara jenama losyen badan yang sangat dikenali. Penggunaan losyen ini secara berterusan dapat membantu menjaga kulit anda agar tetap kelihatan cantik dan sihat. Losyen ini juga memberikan kelembapan kepada kulit anda sehingga 24 jam tanpa rasa melekit.

Losyen ini juga diperbuat daripada bahan-bahan yang baik untuk kulit. Antara bahan yang terdapat di dalam losyen ini adalah shea butter, minyak jojoba serta vitamin E. Shea butter sangat baik untuk melegakan kekejangan kulit.

Kandungan minyak jojoba yang terdapat dalam losyen ini juga membantu untuk memulihkan kulit yang kusam. Losyen ini memang sesuai digunakan untuk kesegaran berpanjangan.

Nivea-Extra White C&E

Losyen badan ini juga mampu menyerap dengan cepat. Jika anda tidak menyukai tekstur melekit yang terdapat pada losyen badan, losyen ini mungkin akan menjadi pilihan nada kerasa tidak meninggalkan kesan yang melekit.

Selain itu, gabungan vitamin C dan E yang terdapat dalam losyen ini memberikan manfaat yang berganda untuk kulit. Sekiranya anda selalu terdedah dengan cahaya matahari, losyen ini sangat sesuai untuk digunakan kerana mempunyai perlindungan UV.

Losyen ini juga membantu untuk memutihkan kulit, melembapkan serta menyuburkan kulit. Jika digunakan secara berterusan, losyen ini dapat menjadikan kulit lebih halus dan lembut. Losyen ini memberikan 10 manfaat seperti anti-oksidan, kulit licin, tona kulit sekata, berseri, kulit anjal dan banyak lagi.

Origins: Ginger Souffle

Sesuai dengan nama yang diberikan, losyen ini mempunyai bau halia yang pastinya menyegarkan anda. Menariknya mengenai losyen badan ini, losyen ini sesuai digunakan sama ada semasa musim panas, sejuk, kering ataupun lembap.

Losyen ini juga mengandungi pelbagai bahan seperti Olive Oil, Grape Seed Oil, Rice Bran Oil dan Apricot Kernel Oil. Kandungan minyak apricot secara tak langsung memberikan pemulihan kepada kulit yang letih dan kusam supaya lebih lembut.

Losyen ini mempunyai hidrasi yang tinggi. Hal ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Losyen ini mempunyai daya penyerapan yang tinggi serta tidak melekit menjadikannya pilihan yang sesuai bagi mereka yang baru ingin bermula menggunakan losyen badan.

Vaseline: Total Moisture

Jenama Vaseline merupakan jenama yang terkenal dengan manfaat losyennya. Sesuai dengan nama yang diberikan, losyen ini mengekalkan kelembapan dengan proses penyerapan yang pantas. Tekstur losyen yang tidak melekit menjadikan losyen ini digemari ramai.

Kandungan nutrien yang terdapat di dalam losyen baik untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Penggunaan teknologi multi-layer moisture juga menjadikan losyen ini lebih berkesan untuk mereka yang berkulit kering. Jika anda menggunakan losyen ini, kulit anda akan terasa lebih lembut, berkilat dan lembap.

Walaupun losyen ini menyerap terus selepas di gunakan, losyen ini tetap memberikan kelembapan sehingga 24 jam.

Aveeno Daily Moisturising Body Lotion

Losyen badan ini terbukti dapat meningkatkan kesihatan kulit kering hanya dalam masa 1 hari. Kandungan losyen yang mempunyai Colloidal Oatmeal dan kaya emolien, menjadikan losyen ini sesuai digunakan untuk mengekalkan kelembapan kulit sehingga 24 jam. Loseyen ini juga mencegah dan melindungi kulit dari kekeringan.

Selain itu, penggunaan losyen secara berterus akan memberikan rasa lembut kepada kulit, licin dan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat. Losyen ini juga tidak mengandungi pewangi, tidak berminyak. Lebih menarik lagi, kandungan oatmeal yang terdapat di dalam losyen membantu untuk memulihkan pH kulit. Memang sesuai untuk kegunaan harian.

Nixoderm

Sama seperti losyen yang lain, losyen jenama Nixoderm ini direka khas untuk menghidratkan dan mengekalkan kelembapan kulit dalam masa yang lama. Kandungan yang terdapat di dalam losyen ini juga sangat sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

Selain itu, minyak kacang Macadamia memberikan kesan kelembapan kepada kulit. Vitamin B5 serta vitamin E memberikan perlindungan kepada kulit. Selain itu, losyen ini juga menyerap dengan pantas serta memberikan rasa yang ringan kepada kulit.

Losyen ini juga tidak berminyak dan tidak mempunyai pewangi dan bebas dari sulfat. Kesan yang dapat dilihat selepas menggunakan losyen ini ialah melegakan kulit kering serta melembutkan kulit.

Kesimpulan

Penggunaan losyen badan sememangnya sesuatu yang penting. Fungsi yang terdapat di dalam bahan membantu menjadikan kulit lebih sihat, melembapkan kulit dan melembutkan kulit. Pemilihan losyen yang tepat juga sangat penting bagi mengelakkan timbulnya masalah lain kepada kulit.

Bagi wanita, penggunaan losyen secara terus dapat membantu mencegah penuaan kulit, mengekalkan kesihatan kulit serta mencegah kulit dari terkena kanser kulit akibat pendedahan terhadap sinar UV. Semoga senarai di atas dapat membantu anda membuat pemilihan losyen badan yang sesuai.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Rujukan:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.