Jom cuba resepi nasi lemak kukus ini. Siapa yang tak suka nasi lemak, makanan khas malaysia ini memang sangat senang dijumpai. Rata-rata semua orang melayu menyukai nasi lemak. Nasi lemak menjadi makanan yang sangat lazim dan banyak yang menjual di kedai-kedai melayu.

Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak dapat dibeli di gerai-gerai tepi jalan ataupun kedai makan. Nasi lemak biasanya dihidangkan untuk sarapan ataupun untuk jamuan makan tetamu pada sebuah acara.

Resepi nasi lemak sangat mudah, anda boleh membuat sendiri di rumah tanpa membuang masa dan duit untuk membeli berbungkus-bungkus nasi lemak. Tentunya nasi lemak yang dibuat sendiri lagi banyak dan berbaloi.

Di bawah ini kami kongsikan resepi nasi lemak yang dibahagikan oleh Noorastella Muhamma di Facebook. Ia mengongsikan cara membuat nasi lemak yang power beserta dengan sambal yang sedap. Sila dicuba.

Resepi Nasi Lemak Rasa Masakan Kedai

resepi nasi lemak kukus
Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

(Untuk 200 bungkus nasi lemak)
2 mangkuk cili kering halus.
6 mangkuk cili kering besar.
(gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yg terhasil seimbang rasa pedasnya kerana cili kering yang halus/kerinting lebih pedas dari cili kering besar).
Minyak masak.
Beras putih
Halia sebesar ibu jari
Serai 4 btg
Beberapa helai daun pandan yg di simpul

Bahan Untuk Menumis Sambal

Bawang besar 8 biji
Bawang putih 3 labu
Serai 6 batang
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
Halia sebesar ibu jari
Belacan 1 1/2 inci di bakar
Serbuk cili 6 sudu makan

Cara Membuat Sambal

1. Gunting cili kering halus-halus. Bertujuan cili cepat lembut ketika di rebus.

2. Rebus cili kering dalam kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak.

3. Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau utk pastikan cili kering masak dengan seimbang.

4. Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih. Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.

5. Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus. Simpan dalam besen dan ketepikan.

6. Kemudian, sediakan bahan-bahan utk menumis sambal.

7. Potong halus semua bahan-bahan tumis supaya memudahkan proses blend.

8. Untuk blend bahan-bahan tumis, tidak perlu menggunakan air sebaliknya menggantikannya dengan minyak masak. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.

9. Masukkan sekali serbuk cili. Kemudian blend sampai halus.

10. Setelah itu, boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. (Boleh gunakan minyak bekas goreng ikan bilis untuk menumis. Inilah rahsia sambal yang sedap dan wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama).

11. Masukkan bahan tumis yang di blend halus. Masukkan beberapa helai daun pandan yang di simpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yang maveles!

12. Tumis sampai garing dan terbit minyak/pecah minyak.

13. Kemudian masukkan cili kering yang sudah di blend awal tadi. Ambil setengah bungkus asam jawa dan ramas dalam semangkuk air. Masukkan air asam jawa yang ditapis. Kemudian masukkan gula, garam dan aji. Sambal yang terhasil adalah sambal yang manis-manis pedas.

14. Masak sambal sampai terbit minyak. Kepekatan sambal mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambah air sehingga mencapai kepekatan sambal yang sesuai. Sambal yang sedap adalah sambal yang dimasak dengan waktu lama. (Kebiasaan saya, sambal ini saya sediakan pada waktu malam. Jadi sebelah subuh sambal hanya perlu dipanaskan dan fokus pada nasi pula).

resepi sambal nasi lemak
Imej via Facebook

Inilah sambal yg telah siap. Merah kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yang lama. 3-4 jam.

Sekarang beralih pada penyediaan nasi pula.

Cara Menyediakan Nasi Lemak

1. Cuci beras berkali-kali sampai betul-betul bersih. (Petua agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yang bewarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yang selalu melembabkan nasi).

2. Tuang beras dan halia sebesar ibu jari, serai 4 batang dan beberapa helai daun pandan yang disimpul ke dalam kuali besar. Masukkan air 2 inci dari permukaan beras.

3. Untuk 10 mangkuk beras, gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yang sangat pekat.

3. Masukkan 2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula.

4. Masak sehingga air kering. Sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20 minit. Ketika ini, nasi hanya masak 40% sahaja, 60% lagi akan masak di dalam periuk kukusan.

5. Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan. Taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk untuk aroma nasi yang wangi.

6. Bila nasi sudah kering. transfer ke dlm periuk kukusan yang sudah dipanaskan.

resepi nasi lemak kukus
Imej via Facebook

Inilah nasi lemak yg telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit. Setelah nasi lemak siap, boleh diletakkan  timun, telur rebus atau ayam goreng sebagai pelengkap untuk untuk nasi lemak. Sila dicuba.

Boleh juga cuba resepi nasi lemak versi viral ini.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Nasi Lemak Kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.