muslim-mother-and-boy-reading5-e1321381530834

sunfieldcenter.com

Memang susah untuk cari istilah yang sesuai menggambarkan anak-anak anugerah Allah ini. Namun secara asasnya, tips ini khusus buat ibubapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan – ADHD, dyslexia, autism, learning disorder, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.

#1 Pastikan Anda Faham Diagnosis Anak Anda.

Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, samaada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.

#2 Daftarkan Anak Anda

Bagi anak yang sudah bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah – penting untuk pastikan anak dapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/pendidikan.

#3 Bincang Dengan Doktor Dan Cikgu Tentang Penempatan Sekolah

Ini akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan – samaada kekal mainstream, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.

#4 Letakkan Situasi Pada Perspektid Yang Tepat

Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, ia mungkin akan jadi kenangan yang manis untuk anda.

#5 Jangan Terlalu Tertekan Dengan Perkara Yang Kecil.

Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada kala anda terpaksa mengalah bila mereka tak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.

#6 Kekalkan Sisi Positif Anak Anda

56804f3dc4859635dff41352c4e6483bpinterest

Tidak kira betapa sukarnya menjaga dia, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali dia buat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.

#7 Jaga Kesihatan Anda

Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.

#8 Tetapkan Rutin Yang Konsisten

Waktu makan, bermain, tidur, keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.

#9 Tetapkan Jangkaan Yang Realistik Sesuai Dengan Kemampuan Anak Anda

Jika anak anda ada masalah autism, dyleksia dan learning difficulties, jangan paksa mereka jadi engineer/doktor/arkitek bila besar nanti.

#10 Cipta Makna Kejayaan Bagi Anak Anda Sendiri

Seperti kata guru saya, ada kalanya, ada seorang ibu perlu realistic dan berpada dengan meletakkan tanda aras Berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tak jadi pelajar harapan sekolah pun tidak apa. raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.

Dan yang paling penting, berbaik sangka dengan Allah. Setiap yang diatur olehNya adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan putus asa untuk terus berdoa, agar Allah memelihara mereka ketika kita ada dan nanti bila kita tiada.

Sebahagian tips diolah dari tulisan Smith & Segall, 2015.

Penulis: Dr Rozanizam Zakaria

Dr Rozanizam Zakaria

Merupakan seorang doktor dalam bidang psikiatri dan motivasi minda. Merupakan penulis buku "Aku Nabi Isa!.." dan banyak berkongsi tentang ilmu psikologi anak-anak. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.