Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Semua orang tahu akan hal ini. Tapi pernah tak ambil kisah tentang keistimewaan bunga raya ini dengan lebih detail. Tahu tak yang bunga raya ini ada bermacam jenis dan warna. Malah bunga raya Malaysia ini juga dapat menjadi bahan utama untuk kecantikan, kesihatan dan lain-lain lagi.

Gambar Bunga Raya, Bunga Kebangsaan

Ada banyak spesis dan warna bunga raya di atas muka bumi ini. Ada spesis yang seratus peratus dari ciptaan Ilahi dan ada yang telah dikacukkan untuk menjadi spesis bunga raya yang terbaru dan terkini. Untuk bunga raya bunga kebangsaan, Malaysia memilih bunga raya berwarna merah berbanding warna yang lain.

bunga raya malaysia

image via : My Info Malaysia Blog

Kepentingan Bunga Raya Malaysia Sebagai Bunga Kebangsaan

Bahagian dan ciri-ciri bunga raya dikaji satu persatu untuk mencari apakah kelebihan bunga ini untuk dikaitkan dengan sebuah negara. Selain bunga raya, terdapat bunga lain yang beraa di dalam senarai semasa pemilihan bunga kebangsaan itu dilakukan. Tarikh pemilihan ini adalah pada akhir tahun 1958, yakni sebaik saja selepas kemerdekaan.

Pada akhir tahun 1958 tersebut, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan adalah Bunga Raya, Bunga Kenanga, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.

Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Warna merah pada bunga raya melambangkan maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Hingga ke saat ini, bunga raya digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling negara Malaysia.

bunga raya malaysia

image via : Sinar Harian

10 Keistimewaan Bunga Raya Sebagai Manfaat Kepada Manusia

#1 – Membantu menurunkan tekan Darah Tinggi dan kadar kolesterol dalam darah

Terdapat satu kajian menggunakan haiwan secara konsisten menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak bunga raya mampu mengurangkan tekanan darah bergantung kepada dos yang tertentu. Pada masa yang sama, kajian menunjukkan bahawa jumlah kolesterol ( LDL-cholesterol dan trigliserida) turun dalam kebanyakan haiwan yang mempunyai masalah hyperlipidemic dan kencing manis.

Walaubagaiman sekali pun, HDL-cholesterol tidak akan terjejas secara amnya oleh penggunaan ekstrak bunga raya ini. Kebanyakan kajian awal juga menunjukkan bahawa minum teh bunga raya untuk 2-6 minggu mengurangkan tekanan darah dengan jumlah yang kecil pada orang dengan tekanan darah yang normal atau sedikit tinggi. 

Ekstrak bunga raya ini TIDAK membantu mengawal tekanan darah tinggi bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal atau terlalu tinggi. 

#2 – Membantu dalam masalah UTI (urinary tract infection)

Penyelidikan awal telah mendapati bahawa orang-orang yang mempunyai kateter kencing yang tinggal di pusat penjagaan jangka panjang yang mengambil ekstrat bunga raya mempunyai peluang 36% lebih rendah untuk mendapat jangkitan saluran kencing berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya. 

Untuk pengetahuan umum, penggunaan bunga raya ini bukan berasakan kajian yang menyeluruh. Jadi, ianya memerlukan pantauan daripada yang lebih pakar. 

#3 – Membantu dalam mengurangkan berat badan 

Bunga Raya adalah salah satu tradisional ubat yang sangat baik untuk penurunan berat badan. Bunga tumbuhan ini didapati mengandung asid hydroxycitric, bahan yang biasa dijumpai dalam kebanyakan pil penurunan berat badan. 

Kajian menunjukkan bahawa Bunga raya ini mengandungi inhibitor enzim yang merangsang pembebasan amilase, enzim yang membantu dalam memecahkan kanji dan gula. Ini membawa kepada pengurangan penyerapan bahan-bahan ini dalam tubuh badan. Pada masa yang sama, bunga raya juga mempunyai sifat diuretik yang menghalang pengekalan air atau cecair di dalam badan.

#4 – Membantu mengelakkan rambut gugur  

Jika kita bimbang akan masalah keguguran rambut, bunga raya boleh membantu mengelakkan keguguran rambut. Hal ini disebabkan, ianya kaya dengan vitamin A dan C serta asid amino. Ianya dapat membantu untuk memerangi keguguran rambut dan mendorong pertumbuhan rambut. 

bunga raya malaysia

image via : Nona

#5 – Membantu meningkatkan immune sistem

Bunga raya mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan anti-bakteria. Elemen-elemen ini bergabung untuk memberikan asas yang kuat dan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melindungi tubuh daripada menangkap selesema atau selesema.

#6 – Membantu merawat Demam

Buat pengetahuan umum sejak zaman dahulu lagi, bunga raya telah digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan penyakit salah satunya adalah demam. Disebabkan ekstrak bunga raya mempunyai kesan penyejukan, ianya mampu mengurangkan demam.  

Sekiranya suhu demam terlalu tinggi atau tidak turun selama 2 atau 3 hari berturut-turut,  disarankan untuk berjumpa doktor.

#7 – Tinggi antioksidan 

Pokok bunga raya mempunyai antioksidan yang tinggi dalam vitamin C. Ianya membantu mencegah jerawat kerana ia mempunyai sifat anti-radang. Pada masa yang sama, antioksidan yang tinggi mampu meningkatkan dan mengekalkan keanjalan kulit serta berjaya menangani garis halus dan kedut. 

#8 – Membantu menenangkan tekanan perasaan 

Beberapa polifenol utama yang terdapat pada bunga raya telah menunjukkan kesan perlindungan pada otak serta membantu meningkatkan aliran darah. Justeru itu, ianya mampu mengawal perubahan mood seseorang tetapi ianya masih tidak mempunyai kajian yang mendalam berkenaan dengan ekstrak bunga raya mampu mengawal atau menenangkan tekanan perasaan.

Walaubagaiman sekalipun, dengan kepelbagaian warna pada bunga raya ini ianya membantu menenangkan fikiran kerana setiap warna yang terdapat pada bunga raya ini membantu dalam kawalan emosi.  

#9 – Membantu merawat luka

Penyembuhan luka adalah proses pembaikan setelah kecederaan pada kulit dan tisu lembut lain. Aplikasi topikal bunga raya meningkatkan penguncupan dan penutupan luka dan kesannya dapat dilihat dengan jelas mulai hari ke-4 selepas pengunaannya.

Penyelidikan phytochemical awal mengenai ekstrak bunga raya menunjukkan kehadiran flavonoid, saponin, terpenoid dan tanin. Jadi, kajian telah menunjukkan bahawa flavonoid  menyembuhkan luka, ianya disebabkan oleh sifat-sifat antimikrobnya. 

#10 – Membantu mengawal penyakit Kencing Manis

Penyelidikan terbaru menggunakan bunga raya untuk rawatan kencing manis. Pelbagai bahagian tumbuhan ini menunjukkan hasil yang berpotensi untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan lipid. Ekstrak bunga raya mungkin boleh menurunkan kadar gula dalam darah, jadi berjumpalah dengan pakar untuk dos pengambilan ubat kencing manis.

Jemput baca artikel menarik lain khasiat bunga cengkih pada manusia,

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.