“Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba merajuk, tak tahu apa salah yang kita buat, tak fahamlah dengan isteri ni”

Ramai suami tertanya-tanya apa yang si isteri nak sebenarnya. Mana tidaknya, suami sendiri tak faham kenapa isteri merajuk. Apa punca isteri merajuk dengan suami sebenarnya, adakah mereka ada buat salah, apakah kesalahan suami dan pelbagai lagi persoalan pasti berlegar-legar di minda suami.

Kalau nak diikutkan, wanita adalah seorang yang rumit, hal kecil pun akan jadi besar dan panjang jika tidak mendapat perhatian atau layanan dari orang lain berhubung sesuatu perkara. Sedangkan bagi suami, perkara yang remeh temeh berakhir di situ dan tiada apa-apa masalah lagi.

Suami silap! Jangan fikir isteri semudah itu. Banyak punca isteri merajuk dengan suami sebenarnya. Mungkin salah satu sebab ini adalah kerana kesilapan suami sendiri yang remeh, tetapi dianggap serius oleh si isteri, lalu isteri merajuk dengan suami. Ops, sebelum terlambat, jom lihat 15 punca isteri merajuk dengan suami.

merajuk dengan suami
Imej via [pesonapengantin]

1. Isteri Terasa Diabaikan

Isteri pasti merajuk dengan suami sekiranya terasa dirinya diabaikan. Walaupun isteri pandai berdikari, tetapi isteri tetap mempunyai perasaan inginkan perhatian daripada anda. Selalulah ambil berat tentang mereka, berbual sentiasa dan jangan abaikan mereka.

2. Lebih Mementingkan Handphone Berbanding Isteri

Letih ada suami macam ni, pagi petang siang malam asyik berkepit dengan fon je. Atas katil pun dengan fon, main game dan lain-lain lagi. Mana isteri tak merajuk, sebab suami lebih pentingkan handphone berbanding isteri. Hari-hari pasti rasa nak merajuk dengan suami selagi suami masih fanatik tengok fon.

3. Lepak Dengan Kawan Dalam Masa Yang Lama

Tak salah suami nak melepak, tapi jangan terlalu lama. Isteri mengira setiap detik masa ketika anda keluar. Jika suami maklumkan untuk pulang pada jam 11 malam, lebih dari jam 11 malam jika suami belum pulang, pastinya isteri akan merajuk dengan suami. Jangan lepak terlalu lama ok!

merajuk dengan suami
Imej via [baituljannah]

4. Kerja Rumah Yang Membebankan

Tak tentu pasal isteri merajuk dengan suami secara tiba-tiba. Ketahuilah bahawa isteri amat letih dengan kerja rumah yang cukup banyak dan membebankan. Rajin ringankan tulang membantu isteri anda di rumah ya walaupun sekadar tolong angkat pinggan basuh.

5. Nafkah Zahir Tidak Mencukupi

Ada juga isteri merajuk dengan suami sebab nafkah zahir tak cukup dari segi wang, tempat tinggal dan keperluannya sepanjang perkahwinan. Wajiblah anda berusaha sesuatu kerana nafkah zahir adalah wajib. Mintalah kepada Allah SWT, isteri pasti akan faham situasi anda.

6. Nafkah Batin Tidak Mencukupi

Pastikan nafkah batin yang diberikan cukup dan memuaskan isteri anda. Jika nafkah batin tidak memuaskan berlarutan dan isteri tidak puas hati, berjaga-jagalah kerana isteri bakal merajuk dengan suami pada masa-masa yang tertentu. Mereka juga akan turut berasa dingin.

7. Suami Tak Faham Dan Tak Sependapat

Sedihkan kalau pendapat kita tidak diterima oleh orang yang rapat dengan kita, tambah-tambah suami sendiri. Banyak kes-kes yang berlaku menyebabkan isteri merajuk dengan suami kerana sudah tidak sehati sejiwa dan tak sependapat. Suami mungkin tak faham akan kemahuan isterinya.

merajuk dengan suami
Imej via [baituljannah]

8. Tidak Dihargai

Isteri konfirm akan merajuk dengan suami kalau suami lakukan sesuatu yang membuatkan isteri terasa tidak dihargai. Sebagai contoh, anda sudah masak makan malam dan menunggu suami, tetapi katanya dia pulang lambat dan sudah makan. Makanan yang dimasak terpaksa simpan sahaja atau beri kepada jiran sedangkan anda masak khas untuknya.

9. Perlukan ‘Me’ Time

Berikan isteri anda ‘Me’ time walaupun mereka akan keluar bersama kawan-kawan mereka. Berikan ruang dan peluang untuk mereka bebas bersama kawan-kawan untuk window shopping dan sebagainya. Isteri pasti takkan merajuk dengan suami lagi jika mereka dapat bersama kawan-kawan.

10. Lebih Pentingkan Orang Lain

Punca isteri merajuk dengan suami juga adalah kerana suami mementingkan orang lain secara sedar mahupun tidak sedar. Kadang-kala kita terlepas pandang apa yang kita telah buat, mungkin anda lebih utamakan kawan-kawan atau keluarga sendiri berbanding isteri anda.

11. Tiada Sokongan Suami

Minat isteri perlulah disokong sepenuhnya oleh suami. Bukan sahaja minat, apa sahaja berkaitan isteri, suami perlulah jadi penyokong yang tegar selagi perkara tersebut tidak bertentangan dengan Islam. Cuba anda munasabah diri, cukupkah sokongan anda kepada isteri selama ini?

merajuk dengan isteri
Imej via [ber1ta]

12. Tidak Terima Isteri Seadanya

Punca isteri merajuk dengan suami adalah disebabkan oleh tindakan suami yang seakan-akan tidak menerima isteri seadanya. Apa kesalahan yang telah dilakukan oleh isteri sebenarnya boleh dimaafkan dan diperbaiki dengan baik. Suami perlu tegur isteri dengan betul dan menerima kesalahan yang telah dilakukannya.

13. Suami Asyik Nak ‘Betul’

Ada suami yang asyik nak menang sahaja, semua dia nak betul. Apa sahaja dia cakap dan buat, semuanya betul. Macam mana isteri tak makan hati, mestilah isteri merajuk sebab semua yang isteri cakap dikatakan tak betul. Sekali sekala cubalah rendahkan ego anda, fikirkan mana sebenarnya betul dan tak betul.

14. Tidak Dimanja Dan Diberi Perhatian

Jika isteri kelihatan dingin, pastinya dia kurang perhatian oleh anda. Secara zahirnya, isteri kelihatan serius tetapi anda harus melayannya dan memanjanya seperti kanak-kanak. Jika sudah lama tidak dimanja dan dibelai, itu salah satunya punca kenapa isteri merajuk dengan suami.

merajuk dengan suami
Imej via [metro-poss]

Itulah dia punca isteri merajuk dengan suami yang mungkin anda tak tahu. Mana satu sebab isteri anda merajuk? Ketahui, fahami dan atasi masalah isteri merajuk dengan segera. Jom baca juga rawatan kesuburan suami isteri, tanda isteri curang dan tips jadi isteri seksi.

Rujukan:

  1. siraplimau
  2. says
  3. akuislam

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.