Seorang kanak-kanak haruslah dilindungi daripada menjadi mangsa dera sama ada secara fizikal atau mental. Undang-undang untuk melindungi kanak-kanak telah dicipta dengan tujuan untuk menjamin keselamatan yang sewajarnya untuk mereka. Melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab setiap orang dan masyarakat.

Jika anda mengesyaki ada kanak-kanak yang didera secara fizikal atau mental anda haruslah segera melaporkan ia kepada pihak polis. Langkah lain yag boleh anda lakukan ialah dengan berjumpa doktor atau guru yang boleh membantu kanak-kanak tersebut.

perlindungan kanak-kanak

Undang-undang melindungi kanak-kanak adalah perlu supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Undang-undang tersebut boleh membantu anak-anak anda untuk membesar dengan yakin dan tanpa rasa takut. Kanak-kanak seharusnya dibiarkan membesar dalam keadaan yang gembira dan ceria. Untuk itu haruslah ada undang-undang yang ketat untuk melindungi kanak-kanak.

Kita selalu membaca mengenai kes kanak-kanak menjadi mangsa dera dimedia-media. Tidak kurang juga cerita-cerita sedih tentang kekejaman terhadap kanak-kanak. Dalam usaha untuk menghentikan perbuatan ini terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah, undang-undang yang sewajarnya haruslah diimplementasikan.

Di kebanyakan negara terutamanya di Amerika Syarikat, undang-undang ini telah dikuatkuasakan dengan tegas. Kanak-kanak haruslah dilindungi kerana merekalah yang akan membentuk masa depan dunia. Anda boleh memainkan peranan anda dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika anda mengesyaki ada kanak-kanak menjadi mangsa dera.

Terdapat pelbagai jenis undang-undang yang melindungi kanak-kanak. Jika anda kekurangan pengetahuan tentang topik ini, anda boleh merujuk diinternet untuk maklumat lanjut. Terdapat banyak laman web yang menerangkan secara terperinci tentnag undang-undang yang melindungi kanak-kanak.

Para pendidik seharusnya menggunakan kaedah yang bersesuaian sebagai denda kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah dan bukannya melakukan perkara-perkara yang negatif dan boleh memudaratkan kanak-kanak. Mendenda pelajar seharusnya mempunyai nilai didikan didalamnya supaya mereka belajar daripada kesilapan mereka.

Jika seseorang pelajar itu telah menjadi mangsa dia seharusnya tidak menyembunyikan perkara itu, sebaliknya haruslah ia segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menggunakan kanak-kanak sebagai pekerja tidak seharusnya digalakkan. Ada kanak-kanak yang disuruh bekerja pada usia yang terlalu muda dan itu adalah tidak sihat untuk mereka. Terdapat banyak organisasi yang memainkan peranan menjaga keselamatan kanak-kanak. Jika anda adalah saksi kepada kes penganiyaan kanak-kanak, laporkan ia kepada pihak berkuasa.

Kredit gambar : Red Cyclon

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.