Anda bakal bertunang atau bakal bergelar pengantin baru tak lama lagi? Sedang mencari idea untuk hantaran? Jom kami kongsikan tips memilih barang hantaran sebagai panduan untuk anda.

hantaran

Sumber: Kahwinlife

1. Berapa bajet anda untuk hantaran?

Sebelum apa-apa, anda dan pasangan perlu tetapkan berapa bajet maksimum yang akan diletakkan untuk barang hantaran. Meletakkan bajet adalah sangat penting supaya anda tak terlebih berbelanja akibat terlalu curiga. KAlau terlebih belanja untuk membeli barang hantaran, dikhuatiri akan menjejaskan bajet untuk perkara lain.

Bagi memudahkan anda merancang kewangan, asingkan bajet bagi tiga perkara utama ini:

  • Bajet untuk dulang
  • Bajet untuk gubahan dulang serta upah penggubah dulang
  • Bajet untuk barangan hantaran yang akan diletakkan di atas dulang

2. Berapa jumlah dulang nak disediakan?

Dah ada bajet, bolehlah anda tetapkan pula berapa jumlah dulang hantaran yang nak disediakan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil. Jika pengantin perempuan bercadang untuk memberi tujuh dulang sebagai hantaran untuk pihak lelaki, selalunya pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit daripada itu, biasanya lima dulang.

3. Apakah warna & tema majlis anda nanti?

Tip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah memilih konsep majlis dan tema warna terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan daripada lari konsep di antara barang anda serta konsep keseluruhan majlis.

Contoh konsep majlis dan tema warna yang mungkin sesusuai untuk anda:

  • Konsep Klasik Tradisional Melayu
    Warna yang sesuai adalah emas di raja, ungu manggis, hijau gelap, dan merah gelap (maroon). Lazimnya hiasan dulang akan merangkumi tepak sirih tradisional, bunga paha, bunga telur, dan hiasan bunga segar.
  • Konsep Perkahwinan Inggeris
    Warna yang sesuai adalah warna-warna pastel seperti putih, biru, kuning, merah jambu, dan hijau. Semuanya di dalam tona warna lembut. Hiasan dulang pula adalah seperti bunga hydrangea, lily, pot pori, kek cawan, atau dulang moden seperti kaca atau dulang putih
    berenda bunga.
  • Konsep Perkahwinan santai
    Bagi konsep perkahwinan ini, pilihan warnanya adalah lebih banyak. Cadangan hiasan dulang pula adalah seperti alas dulang bantal, kayu palet atau pun sponge.

4. Jangan lupa masukkan barang adat dalam senarai hantaran

Jangan lupakan barang adat seperti sirih junjung, bunga rampai, Al-Quran, sejadah, dan telekung solat yang menjadi adat kita orang melayu. Kurang manis majlis nanti kalau takde barang adat atas dulang hantaran.

hantaran

Sumber: Danishninash

5. Senaraikan barang hantaran yang perlu dibeli

Sebelum anda mula membeli-belah, sediakan senarai barang hantaran yang perlu dibeli. Senarai ini merangkumi barang hantaran dan aksesori hiasan dulang untuk gubahan. Takde idea untuk hiasan dulang? Kalau ada bajet, anda boleh upah sahajaorang lain untuk gubahkan. Kalau tak, anda boleh cari idea dari majalah pengantin atau google sahaja.

6. Beli barang hantaran semasa jualan murah

Jom kami kongsikan tips paling mahal. Nak beli barang untuk hantaran? Beli sewaktu ada jualan murah. Biasanya sempena jualan murah, anda akan dapat diskaun yang banyak. Tak perlu risau, ada banyak jualan murah di Malaysia.

Jualan akhir tahun, jualan sempena hari raya, jualan sempena deepavali, jualan sempena tahun baru cina, jualan sempena krismas. Anda boleh beli sedikit demi sedikit. Tak semestinya kena beli sekali gus.

7. Masukkan Barangan Wajib Hantaran

Antara barangan wajib dan klasik yang tidak patut anda tinggal adalah:

  • Tepak sirih
  • Tapak cincin
  • Kotak mas kahwin/hantaran
  • Sepasang telekung/ mushaf Al-Quran/sejadah
  • Beberapa makanan seperti kek, coklat, dan buah

Barangan di atas telah dimasukkan di dalam senarai gubahan dulang sejak turun-temurun, maka moleklah anda memasukkannya juga untuk dulang anda. Ianya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!

8. Jangan Berlebih-Lebihan

Tips  memilih barang hantaran perkahwinan seterusnya yang ingin kami kongsikan dengan anda adalah  jangan berlebih-lebihan. Dulang hantaran hanyalah secebis daripada keseluruhan majlis perkahwinan anda. Ada banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.

9. Elakkan terlalu banyak dulang

Kalau boleh elakkan dulang hantaran yang banyak kerana nanti, anda perlukan lebih ramai ‘dulang girls’ untuk memegang dulang anda, bermakna makin ramai kawan/sahabat anda perlukan untuk memegang dulang anda. Sekiranya baju-baju dulang girls ini anda kena sponsor, maka bertambahlah bajet yang perlu anda belanjakan.

Takkan 3 dulang girls yang lainnya mak cik- mak cik yang pegangkan dulang anda, tak cantik pula dalam gambar kahwin nanti!

hantaran

Sumber: Ikahwin

10. Sesuaikan barang dengan dulang

Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan dulang yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz dulang jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih dulang dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

11. Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

  • Sirih Junjung
  • Kemeja/Seluar
  • Beg duit/Tali Pinggang
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Jam Tangan
  • Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
  • Kasut
  • Buah-buahan
  • Kek/Kek Cawan
  • Coklat
  • Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

12. Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

  • Mas kahwin/Duit Hantaran
  • Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
  • Tepak sirih
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Potpourri/Bunga Rampai
  • Jam tangan
  • Kasut
  • Telekung
  • Beg Tangan
  • Set wangian /Barang mekap
  • Buah-buhan
  • Kek/Kek Cawan/ Coklat

13. Idea jenis & jenama yang boleh anda beli untuk hantaran

  • Set pakaian
    • Baju Kemeja Crocodile, Polo, Tommy Hilfiger
    • Baju Wanita Gucci, blouse, seluar pants, night dresses
  • Set alat makeup
    • Set barang makeup Mac, Brown, etc
  • Set minyak wangi
    • Giorgia Armani, Polo, Hugo Boss: barang hantaran untuk lelaki
    • Victoria Secret, Body Shop, Clinique, DKNY: barang hantaran untuk perempuan
  • Set barangan elektronik
    • Barangan Apple seperti iPhone, iPad, Macbook, etc
    • Barangan Samsung seperti Galaxy S7, Galaxy Edge, etc
    • Laptop seperti Dell, HP, Lenovo, etc
    • Kamera seperti Nikon, GoPro, Sony, Polaroid
  • Set mas kahwin
    • Cincin/barang kemas
    • Cek hantaran kahwin
    • Buku mas kahwin
    • Emas dinar/jongkong emas
  • Set pakaian sukan
    • Kasut Adidas, Nike, Puma, Reebok
    • Topi
  • Set sembahyang suami isteri
    • Telekung Siti Khadijah, Kain Pelekat Gajah Duduk
    • Mushaf Al-Quran/sejadah
    • Kain meter untuk baju kurung /baju melayu
    • Kain sampin songket
  • Set makanan
    • Cupcakes, kek Secret Recipe
    • Buah seperti epal, buah naga, anggur, oren, pear
    • Coklat Cadbury, Hersheys, Toblerone, Kinder Bueno
hantaran

Sumber: Nona

Itulah dia perkongsian kami untuk hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda gastrik, penyakit batu karang, dan khasiat lobak putih.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.