Acap kali kita mendengar bahkan menyebut perkataan taska dan tadika. Kadangkala kita juga sering terkeliru dengan perkataan taska, tadika dan nursery.  Bila disebutkan taska ataupun tadika semestinya kita terbayangkan sebuah pusat yang dipenuhi dengan kanak-kanak kecil.

Namun begitu, tahukah anda pengertian sebenar dan dimana terletak perbezaannya. Kesemua perkara yang telah disebutkan tadi merupakan jenis-jenis pendidikan awal bagi kanak-kanak. Sudah pasti wajib untuk setiap daripada kita menghantar anak-anak kecil ke Taska mahupun Tadika kerana manfaatnya pada masa akan datang yang tak ramai ketahui.

Definisi Dan Maksud Taska

taska
Imej via [suara.tv]

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri, Taska adalah singkatan bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak. Ia juga dapat ditakrifkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang berusia 4 tahun kebawah.

Tujuan utama taska diwujudkan adalah bagi membantu ibu bapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibu bapa. Untuk menubuhkan sesebuah taska, ia perlulah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, taska juga menyediakan program dan aktiviti yang bersesuaian buat kanak-kanak. 

Sesuaikah Taska Untuk Anak Anda?

taska
Imej via [utusan]

Persoalan yang sering  bermain di minda ibu bapa kini adalah sesuaikah Taska untuk anak-anak mereka? Maklumlah, kita sering digemparkan dengan kes-kes penderaan kanak-kanak melalui media massa. Tak hairanlah jika boleh dikatakan segelintir ibu bapa menjadi ‘trauma’ untuk menghantar anak kecil mereka ke taska.

Sebenarnya tidak menjadi masalah jika anda ingin menghantar kanak-kanak ke taska. Hal ini kerana, anda tidak perlu khuatir tentang penjaga anak-anak anda, mereka sudah pun dilatih dan diwajibkan kepada mereka menjalani kursus 10 hari (Kursus Asuhan Kanak-Kanak Asas, KAAK) yang ditentukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Akan tetapi, anda juga perlu memantau keadaan dan perubahan tingkah laku anak anda dirumah. Jika hasilnya positif itu bermakna taska tersebut mampu memberi impak yang baik dan sebaliknya. 

Definisi Dan Maksud Tadika

Bagaimana pula dengan tadika? Apa itu tadika?  Tadika merupakan singkatan bagi Taman Didikan Kanak-Kanak. Kebiasaannya tadika menerima kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun dan ia menyediakan aktiviti pembelajaran akademik yang berasaskan mata pelajaran.

Pelajaran yang diajarkan di tadika sebuah alat untuk digunakan di peringkat sekolah rendah nanti. Tadika menempatkan 10 atau lebih kanak-kanak, salah satu sebabnya adalah untuk mengajarkan kepada anak-anak tentang cara yang betul untuk bergaul dan bersosial. 

Jom kami ulaskan sedikit tentang perbezaan diantara Taska dan Tadika sekaligus merungkai tanda tanya dibenak anda semua. Mungkin anda akan lebih yakin dan tahu sama ada taska sesuai atau tidak untuk anak anda!

Perbezaan Taska Dan Tadika

taska
Imej via [kiddy123]

1. Usia Kanak-Kanak

Perbezaan taska dan tadika yang pertama adalah usia kanak-kanak. Taska akan mengambil kanak-kanak yang hanya berusia 4 tahun dan ke bawah walaupun bayi. Manakala Tadika pula hanya akan menerima kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun sahaja.

Selalunya, khidmat Taska akan bertindak sebagai pengasuh serta digunakan oleh ibu bapa sekiranya kedua-dua mereka terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Berbeza pula dengan Tadika, kerana tujuan utama ibu bapa menghantar anak mereka adalah untuk menerima pembelajaran akademik. Perbezaan ini dapat kita lihat dengan ketara.

2. Tenaga Pengajar/ Pengasuh

Pengasuh di Taska ataupun Pusat Penjagaan Kanak-Kanak biasanya tidak memerlukan kelulusan dan sijil yang tinggi, cukup sekadar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun setiap pengasuh yang berkhidmat di Taska wajib menjalani kursus selama 10 hari iaitu  (Kursus Asuhan Kanak-Kanak Asas, KAAK) ataupun disebut sebagai Sijil PERMATA.

Bagi Tadika pula, untuk menjadi seorang tenaga pengajar di Tadika , sekurang-kurangnya mempunyai diploma dalam bidang perguruan. Kebanyakan mereka sudah terlatih untuk mengurus kanak-kanak dan mempunyai ijazah atau sarjana dalam pendidikan awal kanak-kanak.

taska
Imej via [profhariz]

3. Bilangan Kanak-kanak

Bilangan kanak-kanak yang diambil masuk ke taska dan tadika juga adalah perbezaan yang perlu anda tahu. Taska tidak akan mengambil bilangan kanak-kanak yang ramai kerana menjaga anak-anak dibawah umur 4 tahun ini sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Biasanya mereka akan ambil dalam lingkungan 15 dan ke bawah mengikut Pusat Taska tersebut. Tadika pula akan menerima kanak-kanak berumur 10 tahun keatas sahaja. Bahkan sesetengah tadika tidak akan menerima kanak-kanak yang tidak boleh menguruskan diri seperti halnya membuang air kecil.

4. Sistem Pembelajaran

Sistem pembelajaran di Taska amat kurang berbanding Tadika. Taska hanya menumpukan penjagaan kanak-kanak disamping menyediakan program yang sesuai untuk kanak-kanak seusia bawah 4 tahun.

Buat Tadika, mereka mengutamakan sistem pembelajaran bersifat akademik. Seperti disebutkan diatas, tadika ibarat sebuah alat yang bakal digunakan buat peringkat sekolah rendah dan menengah. Bukan sekadar akademik, malah  kemahiran sosial, intelek, fizikal, rohani dan nilai estetik kanak-kanak juga diterapkan.

Sedikit sebanyak dapat membentuk kanak-kanak itu menjadi seorang yang berdisiplin dan berwibawa bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pilihah sistem pembelajaran yang mana sesuai dengan anak anda!

5. Kementerian

Untuk pengetahuan anda, Taska dikawal oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia adalah perbezaan taska dengan tadika kerana tidak sama dari segi kawalan.

Tadika, kindergarten dan seangkatan dengannya berada dibawah naungan 3 kementerian yakni  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara. Dengan itu, sebarang kemusykilan dan aduan bolehlah merujuk kepada kementerian yang disebutkan.

Buat Pilihan Yang Tepat | Taska Atau Tadika

taska
Imej via [mekyunie]

Natijahnya, sesuai atau tidak Taska bagi anak-anak anda bergantung pada anda sendiri. Jika anda rasa ia diperlukan maka gunakanlah perkhidmatan itu. Tidak bermakna hantar anak ke Taska atau Tadika bererti melepas tangan begitu sahaja.

Sedar atau tidak, sebenarnya sebaiknya seorang ibu itu sendiri yang perlu mendidik dan membentuk akhlak anak itu kerana pembelajaran yang baik bermula dari rumah. Dari sudut psikologinya, anak-anak akan meniru dengan apa yang mereka lihat dan dengar.

Demikianlah seperti yang disebutkan oleh Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitabnya Tarbiyyatul Aulad. Selepas ini anda tak akan keliru lagi perbezaan diantara Taska dan Tadika bukan?

taska
Imej via [peraktoday]

Itulah dia 5 perbezaan taska dan tadika harus anda kenal pasti, dapatlah anda buat pilihan sama ada ingin pilih taska ataupun tadika. Jom baca juga Cara galakkan anak melukis, Tips jadikan anak solehah, Senarai doa ketika anak periksa dan Hadiah hari jadi anak perempuan.

Rujukan:

  1. my.theasianparent
  2. neurokhalifah
  3. jpnkedah

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.