Mainan Bayi Yang Sesuai Mengikut Umur (3 Bulan, 6 Bulan, 1 Tahun)
"Selama ni tak terfikir mainan bayi yang sesuai mengikut umur bayi, kami dok beli suka hati ja mainan bagi kat anak" Itu dia keluhan para ibu bapa yang…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
“Selama ni tak terfikir mainan bayi yang sesuai mengikut umur bayi, kami dok beli suka hati ja mainan bagi kat anak”
Itu dia keluhan para ibu bapa yang baru tahu bahawa mainan bayi tidak semua sesuai untuk diberikan. Mainan bayi yang boleh anda berikan haruslah mengikut kesesuaian umur mereka. Perkara ini bukanlah boleh dianggap remeh-temeh memandangkan mainan bayi akan mempengaruhi kesihatan dan minda mereka.

Imej via mommyasia
Mainan bayi mengikut umur bayi akan mempengaruhi perkara-perkara seperti kekuatan lengan bayi, kekerapan bayi merangkak, kekuatan bayi menggigit, ketelitian bayi terhadap mainan dan minda bayi. Oleh itu, penting untuk anda pastikan mainan bayi yang anda pilih selamat dan mudah digunakan untuk bayi bermain.
Tahukah anda, setiap 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun umur bayi, bayi perlu menukar mainan yang lebih sesuai. Apakah mainan bayi untuk 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun? Jom lihat senarai mainan bayi di bawah.
Mainan Bayi - 3 Bulan
Bayi pada usia 3 bulan akan seronok mendengar bunyi-bunyi mainan, melihat warna-warni yang menarik perhatian dan juga akan mula memegang barang-barang. Mainan bayi untuk bayi usia 3 bulan haruslah mempunyai ciri dan tekstur bersesuaian dengan kehendak bayi anda.
Antara mainan yang boleh anda berikan adalah:
- Gelang Gigit - Gelang gigit tidak terlalu keras dan tidak menyakitkan jika anak anda suka meletakkan objek ke dalam mulutnya. Belikan gelang gigit yang sesuai untuk anak berusia 0 - 3 bulan.

Imej via mybetterdentists
- ‘Lightweight Rattle’ - Permainan rattle ini adalah untuk digoncang atau dipegang oleh bayi. Rattle yang ringan sangat sesuai untuk bayi anda supaya ia tidak jatuh ke wajah bayi.

Imej via blanja
- Mainan Berbunyi - Mainan bayi berumur 3 bulan yang berbunyi sangat disarankan. Mereka akan merangsang dengan bermain mainan bunyi yang diberikan. Antaranya adalah itik berbunyi, bola-bola bunyi dan lain-lain lagi.

Imej via blanja
- Mainan Gantung - Kenapa mainan gantung sesuai untuk bayi 3 bulan? Mereka akan cenderung melihat sesuatu bergerak dan minda mereka juga akan bergerak memikirkannya. Ia dapat meransang otak sekaligus.

Imej via panclick
- Teddy Bear Kecil - Teddy bear kecil atau bear boleh anda berikan kepada bayi anda. Mereka akan gunakan sebagai bantal peluk atau mainan yang mudah untuk dipegang.

Imej via ruslar
Mainan Bayi - 6 Bulan
Bayi berusia 6 bulan sudah aktif dan ingin bergerak bermain malah ada juga yang sudah pandai berpusing-pusing dan cuba meniarap. Mereka sudah pandai memegang objek dengan betul dan ingin memegang banyak objek dalam rumah. Jom lihat mainan bayi untuk bayi 6 bulan pula.
- Playmat - Playmat atau tikar adalah mainan sesuai untuk bayi berumur 6 bulan memandangkan mereka sangat aktif bergerak. Mereka boleh bermain di atas playmat bercorak dan akan cuba sentuh corak tersebut.

Imej via Creative Baby Inc
- Teething Ring - Bayi amat suka mengunyah. Kala ini, teething ring yang sesuai digunakan adalah bersaiz besar dan bercorak sedikit untuk menarik minat bayi memegangnya.

- Mainan Blok / Lego - Bermain lego atau blok dapat merangsang otak bayi lebih berkembang dan seiring pertumbuhan, ia sesuai dengan bayi berumur 6 bulan.

Imej via siraplimau
- Mainan Fabrik Bayi - Bayi ingin bermain? Mainan sesuai untuk bayi berumur 6 bulan adalah mainan fabrik. Mainan yang lembut dan tidak menyakitkan amat disarankan.

Imej via dhgate
- Buku Bayi Nipis Dan Kecil - Buku bergambar atau buku cerita dapat menarik hati bayi anda melihatnya selalu. Paling penting, ia harus nipis dan kecil.

Imej via lazada
Mainan Bayi - 1 Tahun
Bayi yang berumur 1 tahun sudah pandai bertatih, merangkak, bergerak, mengengsot dan sebagainya. Apa yang mereka inginkan, semuanya mereka akan cuba. Mainan bayi boleh diberikan adalah mainan yang lebih mencabar.
- Anak Patung - Mainlah anak patung kerana ia akan jadikan imaginasi anak anda bertambah matang. Mereka akan mula fahami hal manusia dan kenali diri sendiri juga.

Imej via Fanpop
- Masak-masak - Bermain masak-masak sangat sesuai untuk anak berumur 1 tahun. Mereka boleh menggayakan diri seperti seolah-olah sedang memasak dan sebagainya.

Imej via youtube
- Pembinaan Blok - Anak anda akan seronok untuk meneliti dan membina bahan mainan lego mereka. Biarkan dia sendirian bermain lego tersebut. Mudah untuk anda membuat kerja lain.

Imej via BumBumCak
- Baby Walker - Baby walker di rumah juga boleh dijadikan mainan anak anda. Anak berusia 1 tahun amat suka bergerak. Letak dan biarkan dia bermain dalam walker baby.

Imej via target
- Rumah-Rumah - Bayi boleh masuk dan duduk di dalam rumah mainan mereka. Ia sangat menarik. Anda boleh beli di DIY atau buat sendiri rumah mereka.

Imej via jogja.tribunnews
- Huruf-Huruf - Mainan bayi huruf-huruf ini boleh didatangkan sebagai puzzle, bantal, lego dan banyak lagi. Anda boleh pilih mengikut kemahuan anda.

- Objek Haiwan - Objek haiwan seperti dinasour, singa, kucing dan lain-lain lagi pasti menjadi mainan kegemaran anak anda.

Imej via youtube
- Buku Bayi - Buku bayi berkulit keras boleh anda beli kerana bayi sudah pandai pegang buku sendiri dan akan membuka buku tersebut tiap kali bermain.

Imej via fancybox
Sudah tahu mainan bayi mana satu yang sesuai untuk anak anda? Carilah mainan bayi yang bersesuaian dengan umur bayi anda sama ada 3 bulan, 6 bulan ataupun 1 tahun. Anak akan seronok bermain dan akan lebih ceria!
Jom baca juga Cara pilih puting bayi, Cara bayi mudah merangkak dan Kebaikan bayi merangkak.