Zaman kini, semua perkakas rumah boleh dibuat secara diy dan bertukang sendiri. Ia lebih menjimatkan berbanding membeli peralatan rumah dengan harga yang mahal. Salah satu perkakas rumah yang menjadi keperluan ramai adalah penyangkut baju.

Terdapat beberapa idea penyangkut baju yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan penyangkut baju serbaguna ataupun penyangkut baju yang cantik dan terhias lagi menjimatkan. Pasti lepas ini, baju-baju di rumah lebih tersusun, kemas dan cantik.

Jom lihat idea penyangkut baju serbaguna dan menjimatkan untuk anda lakukan. Semuanya boleh dilakukan secara diy sahaja. Mudah kan?

1. Rak Penyangkut Baju Paip PVC

penyangkut baju
Imej via [amazingnara]

Rak penyangkut baju boleh dibuat dari paip PVC untuk menjimatkan wang anda daripada membeli yang baru. Anda boleh mendapatkan paip pvc dengan beberapa bahagian sahaja dan kemudiannya menggabungkannya dengan cara yang betul. Akhir sekali, letak penyangkut baju di bahagian atas untuk menyangkut baju.

2. Penyangkut Baju Plastik Buatan Sendiri

penyangkut baju
Imej via [fashiondivadesign]

Sekiranya anda mempunyai penyangkut baju yang diperbuat daripada kayu ataupun kayu-kayu yang boleh dijadikan penyangkut baju secara halus, ia lebih mudah untuk menghiasnya menjadi penyangkut baju plastik. Gunakan tape plastik dan balutkan penyangkut baju dengan tape tersebut satu persatu.

Anda boleh gunakan tape yang bewarna-warni supaya penyangkut baju plastik lebih cantik dan menarik. Ikat di bahagian hujung tape yang sudah dibalutkan pada penyangkut baju supaya tidak terkeluar.

3. Penyangkut Baju Gaya Songsang

Hiaskan penyangkut baju sedia ada anda secara songsang seolah-olah ia jatuh ke bawah. Gunakan latar kayu untuk lekatkan penyangkut baju di dinding agar ia boleh digunakan secara bebas. Nak letak baju atau beg pun tiada masalah. Menarik bukan?

4. Penyangkut Baju Serbaguna

Jika penyangkut baju sering digunakan untuk menyangkut baju sahaja, itu semua hanya dulu. Sekarang, anda boleh inovasikan penyangkut baju menjadi lebih serbaneka dengan cara menyangkut selipar, kasut, beg dan lain-lain lagi.

Dengan menggunakan playar, gunting penyangkut baju dari hujung untuk menjadikannya satu pattern tertutup untuk menggantung barang dan lain-lain lagi. Penyangkut baju serbaneka ini boleh anda lakukan dengan menggunakan penyangkut baju jenis besi.

5. Penyangkut Ajaib Wonder Hanger

penyangkut baju
Imej via [says]

Tahukah anda, terdapat penyangkut baju ajaib yang digunakan untuk menjimatkan ruang baju dalam almari anda. Selain itu, penyangkut baju ajaib ini juga membolehkan anda menyangkut baju yang lebih banyak dan berlebihan.

Selepas ini, anda tak perlu pening fikirkan penyelesaian untuk menyimpan baju yang banyak di dalam almari lagi. Nasib baik ada wonder hanger ajaib ini!

6. Penyangkut Baju Buku

Bukan sahaja penyangkut baju digunakan untuk menyangkut baju, tetapi juga boleh digunakan untuk meletakkan buku. Anda boleh bentukkan penyangkut baju menjadi lebih ke bawah pada bahagian kiri dan kanan.

Kemudian, terbalikkan penyangkut baju tersebut untuk diletakkan buku dan sebagainya. Sangkut ia di paku bilik anda. Ia sangat sempurna dan lebih jimat berbanding anda membeli rak buku dinding yang baru.

7. Penyangkut Baju Dari Ranting Kayu

penyangkut baju
Imej via [brilio]

Idea penyangkut baju yang amat kreatif dan semulajadi adalah dengan menggunakan ranting kayu. Tahukah anda, ranting kayu tebal amat kukuh untuk anda jadikan penyangkut baju anda. Bukan sahaja baju, beg, tudung dan kot pun boleh disangkut di sini.

Letakkan di bahagian dinding untuk menampakkan ia lebih eksklusif dan indah. Gunakan kayu yang kemas untuk menghasilkan bingkai bagi penyangkut baju ranting kayu tadi. Kemudian siap, teruskan sangkut pakaian anda!

8. Penyangkut Baju Dari Tangga

penyangkut baju
Imej via [brilio]

Idea penyangkut baju seterusnya adalah penyangkut baju dari tangga terpakai. Sama ada tangga anda besi, plastik atau apa sahaja, cat ia dengan cantik. Kemudian letakkan ia secara melintang untuk membolehkan anda menggunakan setiap tangga bagi setiap penggunaan.

Anda perlu menggunakan drill untuk melekatkan tangga di dinding, ia takkan jatuh malah lebih kukuh. Nak letak lampu kecil atau barang-barang di atas tangga tersebut pun boleh. Ia seolah-olah kabinet di bilik!

9. Penyangkut Baju Dari Kerusi

penyangkut baju
Imej via [idntimes]

Idea penyangkut baju kali ini agak ‘rare’. Anda hanya perlu menghimpunkan kerusi bagi menjadikannya objek untuk menyangkut baju anda. Penyangkut baju dari kerusi ini perlu disangkut tinggi bagi memudahkan anda menyangkut baju.

Kerusi akan diletakkan dalam posisi duduk seperti selalu tetapi dilekatkan secara meninggi. Di atas penyangkut baju kerusi tersebut, anda boleh menyimpan barang seperti tuala, topi, aksesori dan sebagainya lagi.

10. Penyangkut Baju Hiasan Tulisan

Jika anda mempunyai penyangkut baju jenis kayu atau yang melintang, gunakan dawai untuk membentuk tulisan di bawahnya. Playar mudah untuk membentuk tulisan mengikut kemahuan anda.

Tulisan yang dibentuk pula akan menjadi cantik berangkai-rangkai. Memang unik dan menarik, ia tampak lebih eksklusif dan lain daripada yang lain.

11. Penyangkut Baju Lekap Dinding

Sama ada anda bertukang secara sendiri bagi menghasilkan tempat lekap dinding yang mempunyai ruang penyangkut ataupun anda dapatkan sahaja di mana-mana kedai yang menawarkan peralatan tersebut. Idea penyangkut baju lekap dinding ini pasti menjadi.

Pilih tempat yang sesuai dan strategik untuk anda sangkut pakaian anda. Sekali sudah lekap di dinding, tak perlulah ia diubah-ubah lagi. Oleh itu, tentukan sebaiknya dimana ingin andai letakkan penyangkut baju ini.

penyangkut baju
Imej via [mingguanwanita]

Itulah dia 11 idea penyangkut baju yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan wang, lebih cantik malah lebih mudah. Pilihlah mana satu idea penyangkut baju yang anda suka. Jom baca juga Diy kad ucapan hari ibu, Diy permainan anak dan Diy pepper spray.

Rujukan:

  1. brilio
  2. homiku
  3. says

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.