Seorang lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membimbing keluarganya ke arah yang benar. Salah satu cara untuk membimbing keluarga adalah dengan mengajar atau mendidik anak dan isteri tentang tanggungjawab mereka.

Setiap didikan yang diberi hendaklah yang positif dan boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling dan diri sendiri. Kenapa begitu ? Sebab didikan yang diberi akan digunakan oleh anak-anak sehingga mereka besar dan mempunyai keluarga sendiri. Terutama sekali anak lelaki.

Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak lelaki kita untuk menjadi seorang lelaki dan suami yang bertanggungjawab dan prihatin kepada isteri dan anak-anaknya nanti. Didik mereka untuk menghargai isterinya dengan membantu dan memberi sokongan moral kepadanya.

Cara yang paling bagus untuk membantu seorang isteri adalah dengan pandai membuat kerja-kerja di dapur. Terdapat beberapa maslahat apabila lelaki membuat kerja-kerja dapur. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu maslahat anak lelaki mereka apabila masuk ke dapur.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 maslahat anak lelaki yang pandai membuat kerja di dapur. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Maslahat anak lelaki yang pandai membuat kerja di dapur

maslahat anak lelaki ke dapur
Imej via Bidadari.my

1) Tak ramai tahu kejantanan ( masculinity ) anak lelaki boleh dilatih di dapur :

  • Skill berhadapan dengan api
  • Skill berhadapan minyak panas
  • Skill bermain dengan pisau

2) Lebih jantan lagi bila anak lelaki kita :

  • Mampu berempati dan memahami lauk yang menjadi kegemaran keluarga
  • Mampu memilih bahan mentah yang terbaik untuk menjaga kesegarannya
  • Mampu mengagak sukatan dan jumlah lauk yang perlu disediakannya

3) Tetapi yang paling jantan adalah bila anak lelaki belajar tentang rasa tanggungjawab :

  • Tanggungjawab untuk memilih bahan mentah yang segar
  • Tanggungjawab untuk pastikan susun atur dapur terjaga
  • Tanggungjawab untuk pastikan semua ahli keluarga mendapat makanan yang mencukupi
  • Tanggungjawab untuk pastikan semua pinggan mangkuk dibersihkan setelah acara makan bersama

4) Tanpa sedar anak kita akan terdidik :

  • Empatinya
  • Sense of responsibilitynya
  • Common sensenya
  • Kerapiannya
  • Kerajinannya
  • Paling penting, memasak ni mendidik anak lelaki kita tentang Leadership ataupun sifat kepimpinan.

*Berikut adalah maslahat atau kebaikan-kebaikan jika anak lelaki kita pandai membuat kerja dapur. Zaman sekarang, ramai juga orang lelaki yang pandai masak dan membuat kerja dapur. Oleh itu, ibu bapa jangan segan pilu mengajar anak lelaki untuk pandai membuat kerja dapur. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.